Demikian maklum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
31 August 2013
Loji kembali beroperasi, bekalan air pulih mulai petang
Demikian maklum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Exco: 'Gangguan bekalan air, bukan krisis air'
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu
"krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata
kerajaan negeri Selangor tadi.
Diesel tumpah, kecemasan kod merah di KL, Selangor
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengaktifkan tindakan
kecemasan (ERP) kod merah akibat tumpahan diesel yang melibatkan hampir
keseluruhan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Operasi SYABAS Datuk Ir Lee Miang Koi berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat ekoran tumpahan diesel yang dikesan pada muka sauk air mentah loji rawatan air itu.
"Sebagai tindakan segera, pihak SYABAS telah mengaktifkan ERP kod merah di Wilayah Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat pada jam 3.00 petang, 30 Ogos 2013 (Jumaat) bagi memantau kawasan-kawasan yang terlibat dan membuat penghantaran bekalan air kecemasan kepada pengguna terkesan dari masa ke semasa," katanya.

28 August 2013
Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan
Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa)
mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara
dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.

27 August 2013
Syria bukan boneka Barat
MOSCOW 26 Ogos - Presiden Syria, Bashar al-Assad
menyifatkan dakwaan Barat yang menuduh tenteranya menggunakan senjata
kimia sebagai 'tidak masuk akal' dan memberi amaran kepada Amerika
Syarikat (AS) bahawa negara itu akan berdepan dengan kegagalan jika
menyerang Syria.
Beliau yang diwawancara oleh akhbar Rusia, Izvestia dalam satu laporan yang disiarkan hari ini berkata, Syria tidak akan menjadi 'boneka' kepada Barat dan Washington tidak akan berjaya mencapai matlamat politiknya melalui perang.
"Dakwaan yang menuduh tentera Syria menggunakan senjata kimia yang dibuat oleh ahli politik di Barat dan negara lain adalah mengarut," katanya kepada akhbar prokerajaan itu.

Penyamun bersenjata parang dicekup
Kereta yang digunakan suspek untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah samun. |
26 August 2013
Asmaa el-Beltagi, syuhada Mesir
Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun
akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan
cita-citanya.
Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.
Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!
Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

25 August 2013
Simbol 4 jari, protes terhadap tentera Mesir
KAHERAH: Simbol 4 jari yang ditunjukkan oleh Perdana
Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan
kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman
junta tentera yang membunuh rakyat awam.
Himpunan yang diadakan di Istanbul itu, bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Mesir di Dataran Rabaa Adawiya juga merupa tanda sokongan kerajaan Turki terhadap kerajaan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir sendiri.
Sekarang ini, kemana-mana sahaja kita pergi di seluruh Mesir, lambang ‘4 jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan hampir setiap hari.
Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Enam ditahan, polis rampas bom dan peluru di Pulau Pinang
Lari dari ditahan, langgar 15 kenderaan
Kenderaan dinaiki suspek sarat dengan hasil barangan samun berjaya dipintas polis di terowong Smart. |
PDRM tambah 50,000 anggota PVR
LANGKAWI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 50,000 anggota
dalam pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) bagi memastikan kadar
jenayah di negara ini sentiasa terkawal.
Enam nyaris maut ditembak
NIBONG TEBAL 24 Ogos - Enam pelanggan lelaki sebuah kopitiam di Taman
Kasawari, Simpang Ampat di sini nyaris maut selepas dua lelaki yang
menaiki sebuah motosikal melepaskan tembakan secara rambang malam tadi.
2 pelajar kita ditahan tentera Mesir
Kuala Lumpur: Dua penuntut perubatan Malaysia di Mesir dilaporkan
ditahan pasukan keselamatan negara berkenaan selepas didapati melanggar
arahan perintah berkurung, Selasa lalu.
Mesir buka semula sempadan Rafah
GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula
sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu
ditutup selama empat hari.
Warga Ireland mangsa tentera
KAHERAH - MESIR- Percutian manis empat beradik warga Ireland ke Mesir
bertukar pahit selepas mereka dituduh melakukan jenayah berat di negara
tersebut minggu lalu.
24 August 2013
Bukit Aman tubuh skuad khas perangi jenayah berat
Dua
skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi
masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.
"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.

Rumah terbuka Zahid pun diganggu samseng
Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.
Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.
Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.
Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

23 August 2013
Zaid: Mahkamah sepatutnya arah bicara semula
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan
kekecewaannya dengan Mahkamah Rayuan kerana tidak mengarahkan diadakan
perbicaraan semula kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
"Pastinya keadilan memerlukan perbicaraan semula kes itu supaya kita tahu kebenarannya. Kini, tiada siapa yang akan tahu mengapa Altantuya dibunuh," katanya dalam posting Twitter.
"Bagaimana lagi kita akan tahu mengapa saksi utama tidak dipanggil, mengapa pendakwaan selemah itu ...
"Saya kecewa dengan hakim Mahkamah Rayuan. Bukan kerana pembebasan tetapi kerana gagal untuk memerintahkan diadakan perbicaraan semula," katanya. - Malaysiakini

Hatijah Aam ditahan reman
Polis berjaya mendapatkan perintah untuk menahan reman balu kepada
bekas pengasas al-Arqam, Hatijah Aam selama empat hari bagi siasatan
berhubung dakwaan penyelewengan dana rumah amal anak yatim.
Anjing dan isu masyarakat Malaysia
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif
mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan
muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru' kini yang
mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh
generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hari raya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam.
Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata, apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Mahkamah bebas Azilah, Sirul daripada tuduhan bunuh Altantuya
Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan
membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas
tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013. - TMI
Hebat mahkamah Malaysia.

Polis Selangor tahan 3 lelaki disyaki Geng 08
Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di
Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan
Lebuhraya Koridor Guthrie dekat Shah Alam, awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.
"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.
Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

22 August 2013
37 maut bas jatuh gaung
Polis nafi terdapat polisi “tembak untuk bunuh”
Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini menafikan polis mempunyai
polisi “tembak untuk bunuh” merujuk kepada lima suspek penjenayah
ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Negara (KPN) itu menyelar pengkritik yang mempersoalkan mengapa kelima-lima suspek itu tidak ditahan dan sebaliknya ditembak sehingga mati.
“Tiada polisi tembak untuk bunuh. Siapa beritahu kamu terdapat polisi tembak untuk bunuh? Kami hanya tembak untuk mempertahankan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengecam kritikan terhadap polis yang dituduh tidak melakukan apa-apa ketika kes tembakan semakin menjadi-jadi dan apabila penjenayah ditembak, polis dituduh melampau dan kejam.
“Apa sebenarnya yang orang seperti ini (pengkritik) mahukan,” katanya.

Polis: 'Geng 04, jangan cabar polis!'
GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi
amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya
tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta
keselamatan awam.
21 August 2013
Mayat berkuku panjang belit badan
PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang
tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali
kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di
Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.
Jamil: Kita tidak pernah kacau orang Syiah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kerajaan "tidak pernah kacau orang Syiah" walaupun dua individu
dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Taiping hari ini kerana didakwa memiliki bahan bertulis berkaitan mazhab itu.
20 August 2013
Berguling tahan sakit
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga asing ditemui terbaring di tepi
jalan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dengan
keadaan perut terburai, sebelum disahkan mati, dipercayai menjadi mangsa
samun.
Riwayat pembunuh upahan
Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki
yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri
mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang
terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
TNB: Tarif elektrik tak akan membebankan
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika
cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya
tidak akan membebankan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.
"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

19 August 2013
4 ahli kongsi gelap ditembak mati
SUNGAI NIBONG - Seramai lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04
mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah
pangsapuri dekat Jalan Pantai Jerejak di sini, pagi ini.
18 August 2013
Ops Cantas: Lelaki terlibat samun ditahan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat
dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan yang ditahan dalam Ops
Cantas di sekitar Ampang.
Tunggu 5 jam, hanya dapat panadol, ubat luka
KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya
perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan
memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi
mendapatkan rawatan.
"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.
Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.
Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

17 August 2013
Raja Abdullah Arab Saudi sokong tindakan ganas tentera Mesir
Raja Abdullah menggesa warga Arab bersatu menentang percubaan untuk menggugat kestabilan Mesir.
Raja Arab Saudi itu menggesa penduduk Timur Tengah untuk menghalang percubaan pengganas untuk mengganggu gugat keamanan rantau itu.

Pegawai veterinar didakwa belasah isteri dalam lif
BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Selepas rakaman video perbuatan seorang
lelaki membelasah isterinya di dalam lif tersebar di internet, seorang
pegawai veterinar hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas
tuduhan sengaja mencederakan wanita tersebut di sebuah hospital, empat
hari lalu.
15 August 2013
Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata
hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya
tidak boleh dipersoalkan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.
Beberapa pihak mendakwa tindakan itu merupakan satu perbuatan nepotisme.
“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin di Shah Alam hari ini.

14 August 2013
Kopak peti besi kebas RM1.5 juta
Kajang: Seorang ahli perniagaan kerugian
dianggarkan RM1.5 juta selepas kediamannya di Sungai Long, di sini,
dipecah masuk ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari
raya.
Wanita Terselamat Dalam Cubaan Culik Di Bangsar
PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar
pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama
ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus
pada lehernya.
Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada pukul 6 petang Jumaat lalu.
"Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu.
Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang Selasa.

PAS minta cari jalan banteras jenayah, bukan hidupkan EO
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan
masa untuk memikirkan cara membanteras jenayah daripada mengambil
peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk
menghidupkan kembali Akta Ordinan Darurat (EO).
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata mengikut perkiraan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jumlah pengikut penjenayah EO yang dibebaskan pada 2011 meningkat kepada 260,000 orang.
"Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita trauma diragut ketika bersolat
KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid
dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika
sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di
sebuah masjid di Chendering, di sini.
Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.
Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.
“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

Tergamak ragut warga emas
REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya
tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini,
semalam.
Lagi bekas tahanan EO diberkas
JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah dengan seorang
daripadanya adalah bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) ditahan kira-kira
20 minit selepas mereka menyamun penghuni sebuah rumah mewah di
Senggarang dekat Batu Pahat baru-baru ini.
13 August 2013
Surau ‘Buddha’: Pemilik resort direman 4 hari
Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff,
45, direman empat hari sehingga Jumaat ini kerana disyaki membenarkan
surau di premisnya dijadikan tapak meditasi oleh penganut bukan Islam.
Hidup berubah sekelip mata
KUALA PILAH – Tarikh keramat 10 Februari 1997, pasti tidak akan
dilupakan oleh seorang pemuda apabila terlibat dalam nahas jalan raya
yang mengubah hidupnya selain turut mengorbankan sepupunya.
Pemilik restoran mati ditembak di Dungun
Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di Dungun awal hari ini.
Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

12 August 2013
Penganut Buddha meditasi di surau hina Islam
Tindakan sekumpulan penganut ajaran Buddha yang menjadikan surau
sebagai tempat untuk bermeditasi adalah pelakuan menghina Islam, kata
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
“Kita perlu bertegas dengan penguatkuasaan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini. Perkara ini tidak patut berlaku kerana mereka perlu tahu undang-undang negara.
“Tindakan mereka bukan hanya menyakiti perasaan (orang Islam) namun turut menghina agama Islam,” kata Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Beliau merujuk sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube pada 10 Ogos lalu yang menunjukkan sekumpulan sami dalam sebuah bangunan kecil melakukan meditasi di hadapan potret Buddha.
Video sepanjang 63 saat itu bertajuk “Chinese Buddhists pray in surau; surau becomes temple” dimuat naik oleh “Sebastianphiu” dan telah ditonton lebih 10,000 kali.

11 August 2013
Lelaki terbunuh akibat letupan bungkusan
Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas
bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya
meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di Tumpat
hari ini.
10 August 2013
Polis Melaka cari peniaga burger
MELAKA - Polis mencari seorang peniaga burger bagi membantu siasatan
berhubung kes merogol dan melacurkan seorang kanak-kanak perempuan
berusia 13 tahun kepada sembilan lelaki.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan), Superintendan P. R Gunarajan berkata, Mohd. Khairul Azli Isohod (gambar), 26, beralamat di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil di sini.
Mangsa dipercayai dipaksa menjadi pelacur pada Jun tahun lalu hingga 19 Julai lepas.
"Mangsa dan lelaki itu (Mohd. Khairul) dipercayai pasangan kekasih," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo
Nampak polis bersungguh.

09 August 2013
Pemandu teksi tertembak tangan sendiri
Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang
memiliki pistol secara haram terbongkar selepas dia tertembak tangannya
sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas
kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Desa Sri Hartamas itu, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai baru selesai membawa penumpang ke lokasi berkenaan untuk mengutip hasil jualan harian.
Katanya, berdasarkan keterangan lelaki itu selepas menghantar pelanggannya, dia ke tempat duduk penumpang untuk mengambil minuman sebelum terjumpa sebuah beg sandang hitam.
Subscribe to:
Posts (Atom)