GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula
sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu
ditutup selama empat hari.
Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang
terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai
pergerakan Hamas.
Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan
pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke
Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut
menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan.
- REUTERS