Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu
"krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata
kerajaan negeri Selangor tadi.
Exco
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong
berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi
awal pagi ini.
"Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah
tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula
menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong.
Katanya,
sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik
pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah
memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju
pam beroperasi secara berperingkat-peringkat.
"Orang ramai
akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua
pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi," katanya
kepada Malaysiakini.
"Pam air ditutup pada pukul 9 pagi
semalam dan semuanya kembali beroperasi secara berperingkat menjelang
jam 1 pagi ini," kata Elizabeth yang meninjau kawasan pengambilan air
yang terjejas dan memantau ujian air sehingga awal pagi.
Katanya,
bekalan air ke Klang mungkin paling akhir pulih berbanding dengan
kawasan lain yang terjejas lain kerana jaraknya dari takungan air.
"Pemulihan
bekalan air bergantung kepada jarak kawasan dari takungan air. Di
kawasan saya, saya mendapat bekalan air tetapi tekanannya rendah,"
katanya.
Menurutnya, tumpahan diesel itu datang dari sebuah
syarikat dan bukan dari mana-mana lori tangki seperti yang dilaporkan
sebelum ini.
Beliau berkata syarikat itu mempunyai kontrak untuk
membersih lori, termasuk lori sampah, dan membuang diesel itu ke dalam
longkang. Diesel tersebut kemudiannya menjejaskan Sungai Selangor dan
seterusnya titik pengambilan air.
Wong berjanji bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat terbabit.
"Kami
telah menutup syarikat itu, dan saya juga telah berbincang dengan
setiausaha kerajaan negeri dan kami bersetuju untuk ke Pejabat Tanah
secepat mungkin dan merampas tanah tersebut," katanya.
"Kami perlu melihat apa yang boleh kita lakukan di bawah majlis tempatan," katanya lagi ditambah.
Beliau
juga berkata syarikat itu mungkin ditutup kerana menyebabkan tumpahan
tersebut, dan akan didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam mengeluarkan amaran kod merah susulan tumpahan itu.
Syarikat
air itu berkata tumpahan tersebut menyebabkan penutupan loji rawatan
air Sungai Selangor fasa satu, dua, dan tiga serta loji rawatan air
Rantau Panjang
Empat loji rawatan air yang terjejas merangkumi 57 peratus daripada permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Malaysiakini
Sempat juga cuci tangki sebelum air naik.