KAHERAH - MESIR- Percutian manis empat beradik warga Ireland ke Mesir
bertukar pahit selepas mereka dituduh melakukan jenayah berat di negara
tersebut minggu lalu.
Nasoyba berkata, adik beradiknya, Somaia, 27, Fatima, 22, Halawa dan
Omaima masing-masing, 20, serta Ibrahim, 17, dtahan selepas dituduh
menyertai demonstrasi di Masjid Al Fath, Ramsis, Kaherah.
“Seorang peguam dari Kaherah memberitahu, adik-adik saya didakwa
melakukan pembunuh, membakar, menyertai kumpulan bersenjata, memiliki
senjata dan bahan letupan bersama 300 tertuduh yang lain.
“Mustahil mereka melakukan pembunuhan kerana mereka takut melihat darah
dan tuduhan itu tidak masuk akal,” katanya dipetik Independent.ie
Menurutnya, pada 14 Ogos, dia dan bapanya Hussein yang juga imam masjid
terbesar Ireland di Clonskeagh, Dublin ada menghubungi seorang diplomat
Ireland dan dimaklumkan mereka selamat.
“Saya kemudiannya dihubungi peguam dari Kaherah dan dimaklumkan tentang
dakwaan tersebut. Kami sekeluarga buntu memikirkan nasib mereka dan
dakwaan tersebut,” katanya. - SH