Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.
Datuk
Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi
ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur
membayar wang perlindungan.
Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.
Zahid
tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua
pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang,
terutamanya dengan komen yang membina.
Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya
"Jika
anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka,"
katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah
pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah. - Malaysiakini
Buka pekung di dada.