Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata
hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya
tidak boleh dipersoalkan.
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai
seorang “pegawai khas” di kementeriannya.
Beberapa pihak mendakwa tindakan itu merupakan satu perbuatan nepotisme.
“Ia
kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri
kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin
di Shah Alam hari ini.
Katanya beliau tidak mengendahkan pandangan seperti itu kerana beliau dipilih secara sah dan masih dilantik sebagai menteri.
“Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.
Nazri
berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya
membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi
muda di kawasannya. - Malaysiakini
Apa yang dikata itu memang betul cuma bunyi macam angkuh sikit.