PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar
pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama
ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus
pada lehernya.
Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia
menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran
dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada
pukul 6 petang Jumaat lalu.
"Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di
bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan
dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu
yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu.
Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah
disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen
Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang
Selasa.
Beliau berkata, penyerang itu tidak cuba untuk meragut telefon bimbit
atau beg tangan dan dia bersama rakannya telah membuat pusingan-U
secara haram dan memecut ke arah pusat bandar selepas cubaan culik
gagal.
Tina yang masih berasa terkejut berkata, tiada siapa yang benar-benar
cuba untuk membantunya walaupun beberapa kereta berhenti ketika lampu
merah.
Satu pasangan dalam kereta Toyota Alphard hitam akhirnya datang
membantu dan membawanya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, serta memanggil
polis untuk merekodkan kenyataannya di sana.
Mereka memberitahu bahawa mereka telah membuat pusingan-U selepas mengesan kejadian itu dari seberang jalan.
"Apabila saya bertanya kepada polis untuk memeriksa rakaman CCTV
mengenai kereta itu, saya telah dimaklumkan CCTV berkenaan adalah di
bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia tidak
bekrfungsi," katanya, sambil menambah bahawa kes itu kini sedang
disiasat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.
Pengasas Malaysian Crime Awareness Campaign, Mark yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, berkata terdapat lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial itu.
Ahli perniagaan yang berusia 39 tahun itu berkata, pasukannya akan
mengesahkan kejadian jenayah yang didengar mereka, termasuk memeriksa
laporan polis dan bercakap dengan sumber cerita berkenaan, sebelum
berkongsi pada halaman Facebook itu. - Mstar
Yang ada kuasa itu, buatlah kerja bersungguh-sungguh.