REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya
tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu
ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki
bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.
"Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia
merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula
beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar
penjenayah terbabit," katanya.
Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.
Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun
Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN). - SH
Semua sudah tidak selamat. Ini namanya bala.