Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di Dungun awal hari ini.
Mayat
Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran
darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30
pagi.
"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian
atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di Dungun hari ini.
Beliau
berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun
kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.
Bagaimanapun
sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang
itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu
untuk dimasukkan ke dalam bank.
"Polis percaya jenayah itu
melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan
gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor
pendaftaran CCL 5445," katanya.
Manoharan berkata hasil bedah
siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala
Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.
Polis
meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara
itu, Nor Zuedawati Umar, 25, berkata lazimnya suaminya akan keluar
sekitar pukul 4.30 pagi untuk ke surau seterusnya ke bank.
"Saya
terkejut apabila adik saya memberitahu suami telah meninggal dunia. Saya
bergegas turun dari rumah dan melihat suami terbaring berlumuran
darah...duit hasil jualan dan Toyota Hilux milik suami lesap.
"Saya
percaya suami tidak sempat ke bank untuk memasukkan duit hasil jualan
dari lima cawangan restoran," katanya ketika ditemui pemberita di tempat
kejadian di Dungun hari ini. - Bernama