Kajang: Seorang ahli perniagaan kerugian
dianggarkan RM1.5 juta selepas kediamannya di Sungai Long, di sini,
dipecah masuk ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari
raya.
Mangsa, Abdul Salam Ahmad, 49, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik pulang ke rumah Ahad lalu jam 9.30 malam dan terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah berselerak.
Menurutnya, sebaik masuk dalam bilik utama, dia terkejut apabila mendapati peti besi keselamatan dikopak dan barangan kemas serta wang lesap.
“Penjenayah terbabit dipercayai masuk rumah melalui laluan belakang sebelum memecahkan pintu .
“Sebelum kejadian itu, kami pulang ke kampung di Sungai Petani, Kedah pada 5 Ogos lalu dan pulang semula ke sini pada Ahad lalu sebelum menyedari rumah dipecah masuk,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.- Mymetro
Kenapa tidak masuk wang dalam bank?