Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu
ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
29 September 2013
28 September 2013
Maut ditembak dalam kereta
K. Ahnand maut selepas ditembak dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam. |
Histeria: Mangsa nampak makhluk berbulu
KUANTAN - Mangsa histeria kelmarin, Norsyafikah Saifulizan, 13, mengakui
nampak dua makhluk berbulu di makmal sekolah dan di bilik air sebelum
ini.
Suara ghaib suruh pelajar terjun bangunan
DUA pelajar SMK Tok Sira terbaring selepas diserang histeria. |
Kuantan: “Saya terkejut apabila keadaan
sekolah tiba-tiba kecoh dan beberapa pelajar bertempiaran lari sambil
menjerit-jerit sehingga menakutkan pelajar lain,” kata seorang pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira, di sini, menceritakan
kejadian 70 pelajar diserang histeria petang semalam.
Shafee Terima Gelaran Tan Sri Daripada Agong
KUALA LUMPUR: Peguam terkenal Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dianugerahkan gelaran Tan Sri bersama enam yang lain di Istana Negara.
Selain Dr Muhammad Shafee, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop turut dikurniakan gelaran Tan Si.
Mereka mendahului senarai 174 penerima anugerah dan pingat kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at Istana Negara di sini.
Mereka menerima pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri”, bersempena dengan sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Jun lalu.
Seramai tujuh penerima menerima darjah kebesaran berkenaan termasuk Dr Muhammad Shafee.
Selain Ahmad dan Dr Muhammad Shafee, dua individu lain yang turut menerima anugerah berkenaan ialah Penasihat Khas Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Professor Dr Abdullah Md Zin; Penasihat Perdana Menteri Tan Sri Othman Abd Razak; Ketua Pegawai Eksekutif ABN Media Group, Tan Sri Ketheeswaran Kanagaratnam; Pengarah Landmarks Berhad Tan Sri Zakaria Abdul Hamid; dan Presiden Kumpulan dan Ketua Sapura Group, Tan Sri Shahril Shamsuddin.
Turut hadir pada majlis berkenaan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. — BERNAMA

27 September 2013
Enam Pengarah Genneva Malaysia Hadapi 900 Tuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram
KUALA LUMPUR: Enam pengarah syarikat pelaburahn emas, Genneva
Malaysia Sdn Bhd berhadapan dengan lebih daripada 900 tuduhan di bawah
Akta Penggubahan Wang Haram melibatkan wang berjumlah RM5. 5 bilion
daripada 35,000 pendeposit di Mahkamah Sesyen di sini.
Silap tulis ‘Tahniah’ kepada keluarga Azizan, Astro Awani mohon maaf
Susulan kesilapan ejaan ucapan takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin
kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, stesen
televisyen Astro Awani terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk
kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai
baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.
Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.
"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.
Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

26 September 2013
Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya
Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri
perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan
itu dengan dengan gayanya tersendiri.
Lagi kes guru suruh pelajar 'balik China, India'
Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta
pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar “balik
ke India (atau) China”.
Ketua polis Pulau Pinang cabar pengirim SMS ugutan bersemuka
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu
yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya
pada Isnin lalu untuk bersemuka.
Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di Pulau Pinang sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.
"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.
"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja, telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya, saya akan pergi," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di Georgetown, malam tadi.
Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kelmarin.

Bersekedudukan hampir 10 tahun
BATU PAHAT - Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering
kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan
tanda tanya penduduk sekeliling selama ini akhirnya terbongkar.
RM66.6b harta tidak dituntut
KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Dua perkhidmatan baharu yang disediakan
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Hibah Amanah (pelabur Islam)
dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Islam) mampu merancakkan sektor
ekonomi sekali gus memberi impak positif khususnya kepada umat Islam
jika ia dapat dicairkan melalui cara yang betul.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, mengikut statistik yang diperoleh melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), ketika ini, harta orang Islam yang tidak dituntut mencecah RM66.6 bilion.
Katanya, melalui dua perkhidmatan itu, pihaknya yakin dapat mengurangkan masalah harta yang tidak dituntut kerana perkara itu jelas merugikan masa depan pewaris mereka atau generasi masa depan.
"Melalui hibah yang diperkenalkan, rakyat digalakkan menyertai perkhidmatan ini dalam usaha memudahkan urusan tuntutan harta pusaka berbentuk pelaburan dalam ASNB dibuat jika berlaku kematian kepada pemegang unit.

Ketua Polis P.Pinang diugut bunuh
GEORGETOWN - Bimbang keselamatan dirinya, keluarga dan anggota lain,
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan
selepas menerima ugutan bunuh dua hari lalu.
Abdul Rahim dilaporkan menerima ugutan itu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.
Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.
Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Pemuda PAS: Khalid hilang roh sukan
Pemuda PAS Selangor terkilan dengan sikap Menteri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim yang tidak mengambil kira teguran bagi memajukan bola sepak
negeri itu sehingga mencabar kembali untuk memilih sama ada menggunakan
peruntukan untuk membina masjid atau bola sepak.
Dengan nada menyindir, Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan berkata, hal demikian mungkin disebabkan Khalid "terlalu lama dikelilingi oleh roh simpanan tetap yang berbilion-bilion sehingga menghilangkan perasaan terhadap roh sukan".
"Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan bahawa cabaran yang meminta supaya Pemuda PAS Selangor memilih sama ada untuk menggalakkan bola sepak atau membina masjid sebagai tidak adil kerana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza.
"Masjid sememangnya diperlukan untuk perkembangan agama dan kerohanian rakyat Selangor manakala sukan bola sepak adalah salah satu acara sukan yang boleh membina kesihatan fizikal dan sebagai alat perpaduan rakyat Selangor terutamanya kalangan generasi muda," katanya.

25 September 2013
Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh
Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan
memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

24 September 2013
GISB didakwa langgar taubat
SEPANG - Global
Ikhwan Sdn Bhd (GISB), syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan haram
Al Arqam, didakwa melanggar salah satu daripada sembilan langkah kembali
bertaubat yang dikemukakan syarikat itu, baru-baru ini.
MB Selangor mahu Pemuda PAS pilih bola atau masjid
Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan
bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari
ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara
"masjid atau bola".
Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain.
"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.
"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?

23 September 2013
Menteri cadang naik harga gula elak diabetes
SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula
secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan
penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan
penghidap diabetes.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

22 September 2013
Blogger pro pembangkang pertikai Hadi
SHAH ALAM - Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk
bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya
terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com.
Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".
"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.
"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Pas sedia kerjasama dengan Umno: Abdul Hadi
ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi
membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Pengasas bersama Taliban Afghanistan dibebaskan
ISLAMABAD 21 Sept. - Pakistan hari ini membebaskan pengasas bersama Taliban di Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Baradar (gambar), tindakan yang diharap dapat menggalakkan rundingan damai dengan pemberontak.
21 September 2013
Tak sanggup minum air lumpur
Kamarudin menunjukkan air paip yang ditadah sudah berkeladak. |
20 September 2013
19 September 2013
10 kenderaan mewah bukan milik saya - Suhaimi
PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Setiausaha Politik
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan
sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin
(1Azam) bukan miliknya.
Tiada apa yang diselindung dari SPRM, kata bekas setiausaha politik Shahrizat
Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil muncul hari ini mengakui beliau adalah individu
yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
tujuan siasatan.
Semasa mengadakan sidang media di Kelab Tasik Putrajaya petang tadi, Suhaimi berkata beliau disiasat atas pertuduhan salah guna wang program akhiri zaman miskin (1AZAM).
Katanya, sekurang-kurangnya tujuh individu dari kementerian lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.
"Tiada apa yang hendak disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di blog dan portal tidak semuanya betul," katanya.
Menurut laporan, SPRM menyita 10 kenderaan mewah Suhaimi namun beliau menafikan laporan itu.
"Jika ada pihak yang mempersoal kemewahan saya, seperti tersiar di blog, itu hasil usaha keras saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan dari situlah datang sumber kewangan itu."

PNB kaji struktur dana ASB2
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang meneliti struktur
yang sesuai bagi penubuhan dana Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2),
sama ada berharga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau
berubah-ubah, dan dilancarkan dalam tempoh terdekat.
"Penelitian sedang kita buat sekarang untuk memastikan produk itu lebih berkesan, kerana mengikut kajian, kebanyakan produk-produk yang harganya berubah-ubah, kurang dijual," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah.
"Tetapi kalau harga tetap, banyak yang terjual. Jadi itu lah kita sedang teliti supaya produk yang akan dilancarkan nanti lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1 Malaysia, di sini hari ini.
Diminta mengulas bila skim ini akan dilancarkan, Hamad Kama berkata: "Yang penting kita nak buat secepat mungkin.

Warga emas maut, isteri parah disamun
BALIK PULAU -
Penjenayah tidak berhati perut apabila memecah masuk rumah dihuni
sepasang suami isteri warga emas di Jalan Tun Sardon di sini.
18 September 2013
Bayar Kompaun AES Segera Atau Bayar Lebih Jika Tangguh Bayaran - Hishammuddin
PUTRAJAYA: Kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta, kata pemangku Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kadar itu akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300.
"Ia sama dengan kaedah yang digunakan oleh polis.
"Semakin lama anda menangguhkan untuk membayar kompaun itu, lebih banyak yang perlu dibayar," katanya kepad pemberita di sini Rabu.
Bagi saman yang sudah dikeluarkan, Hishammuddin berkata lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu perlu dilakukan.
"Tindakan undang-undang ke atas pesalah masih ditangguhkan," katanya. - Mstar
Tak malukah ambil keuntungan daripada kelemahan manusia lain.

17 September 2013
Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000
Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa
(gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya
menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju
untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.
Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.
Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan.
Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.

Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng
Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat
bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di
Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.
“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Dr Mahathir diselar kerana kenyataan Umno “bakal mati”
Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang
mendakwa Umno kini “sudah tua dan bakal mati” ditempelak pemimpin parti
itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia
itu.
Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari 1981 hingga 2003.
“Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu,” kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.
Katanya, antara gejala dalam Umno adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang.

16 September 2013
Ribuan ziarah jenazah ulama masyhur Indonesia
JAKARTA - INDONESIA. Ribuan umat Islam termasuk Presiden Indonesia
Susilo Bambang Yudhoyono menziarahi jenazah ulama masyhur Indonesia
Habib Munzir Al Musawwa di Jakarta Selatan pada Isnin dan
menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikebumikan selepas Zohor.
Habib Munzir, 40, pemimpin Majlis Rasulullah, sebuah majlis zikir terbesar di Jakarta, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada Ahad. Beliau sebelum ini dilaporkan menderita beberapa penyakit.
Jenazahnya dikebumikan di Kompleks Makam Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selatan.

14 September 2013
Pemuda MCA Mahu Pembelajaran BM Di SJK (C) Hanya 210 Minit, Bukan 240 Minit Seminggu
KUALA LUMPUR: Pemuda MCA meminta Kementerian
Pendidikan menimbang untuk mengurangkan masa pembelajaran bahasa
Malaysia di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK) (C) kepada 210 minit
seminggu daripada 240 minit seminggu yang ditetapkan di bawah rangka
tindakan pendidikan nasional.
Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata walaupun Pemuda MCA gembira dengan penambahbaikan yang dibuat dalam rangka tindakan itu berbanding laporan awalnya, namun mereka berpendapat 210 minit seminggu sudah mencukupi bagi pembelajaran bahasa itu kerana ia seimbang dengan jumlah masa bagi pembelajaran bahasa Inggeris.

JK khas kaji dakwaan guru bayar untuk pertukaran
Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat
dengan terperinci dakwaan guru membuat pembayaran melalui orang tengah
untuk tujuan pertukaran.
Identiti Papagomo disahkan, berdepan hina mahkamah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo.
Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung satu lagi tulisannya yang lain yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.
Wan Muhammad Azri (kanan) sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.
Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

13 September 2013
Blogger Papagomo diperintah bayar RM500,000 dalam kes saman fitnah
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo
perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran
ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar).
Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Pelajar bersalin dalam bilik asrama
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar
apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama
sekolah berkenaan, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

Tahanan Warga Iran Larikan Diri Dari Mahkamah
PETALING JAYA: Polis meminta kerjasama orang ramai
untuk menjejaki seorang tahanan lelaki warga Iran yang melarikan diri
ketika hadir di mahkamah di sini bagi sebutan kesnya pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata Rafat Manesh Gavhei Mahmood, 48, ditahan pada 20 Feb lepas kerana kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, dipercayai melarikan diri pukul 10.30 pagi ketika berada di sekitar sel tahanan mahkamah tersebut dengan tangannya tidak bergari.
"Kejadian berlaku selepas lelaki berkenaan selesai mendengar sebutan kesnya mengenai perpindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.
"Kita difahamkan, lelaki itu melarikan diri ketika dia dan beberapa tahanan lain dalam proses untuk dibawa balik ke Penjara Sungai Buloh," katanya pada sidang media di sini .
Arjunaidi berkata lelaki itu yang mempunyai dua alatam iaitu USJ 5, Subang Jaya dan Regalia Residency Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, ditahan di USJ 8, atas kesalahan dadah.

Bakal duta baharu Amerika tiba hari ini
KUALA LUMPUR - Bakal duta baharu Amerika ke Malaysia Joseph Y. Yun tiba di ibu negara hari ini untuk memulakan tugasnya.
12 September 2013
Dr M: Kenapa Anwar tak hentikan 'Projek IC'?
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang mempersoalkan mengenai
'Projek IC' sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam
kerajaan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis dakwaan bahawa beliau berbohong ketika memberi keterangan di persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) apabila menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai 'Projek IC'.
Katanya, golongan yang mempersoalkan perkara tersebut sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.

Kerajaan Quebec haram kakitangan awam pakai pakaian agama
MONTREAL 11 Sept. - Kerajaan wilayah Quebec, semalam mencadangkan
undang-undang yang mengharamkan kakitangan kerajaan memakai pakaian
agama seperti tudung, purdah, serban dan kopiah semasa bertugas.
RTM gantung khidmat individu silap siar logo PDRM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan
perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan
logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.
Bekas pemimpin kanan Taliban bebas
Mullah ketika ditahan pada 2010 di Islamabad. |
11 September 2013
Polis kenal pasti identiti suspek kes pembunuhan timbalan ketua pengarah kastam
Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk
Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.
Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi. - Bernama

10 September 2013
UM Masih Dalam Kedudukan 200 Universiti Terbaik Dunia
PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) masih berada dalam
kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14' walaupun jatuh 11 anak
tangga disebabkan persaingan yang lebih sengit.
UM, universiti utama di negara ini menewaskan lebih 2,000 universiti lain di seluruh dunia.

Samsung Galaxy Note 3 Berada di Pasaran 25 September
Samsung secara rasminya telah melancarkan phablet generasi ketiga mereka iaitu Galaxy Note III
di sidang pameran elektronik IFA yang sedang berlangsung di Berlin dan
merupakan antara peranti yang dinanti-nantikan tahun ini.
Jangan Kritik Tempat Kerja Secara Terbuka, Dalam Talian - KP Perkhidmatan Awam
PETALING JAYA: Budaya menggunakan media sosial untuk
mengkritik telah menjadi masalah di kalangan pekerja muda, termasuk
dalam sektor perkhidmatan awam sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam
terpaksa mengeluarkan surat pekeliling mengingatkan mereka supaya
menghentikannya atau berdepan kemungkinan tindakan.
Oleh itu, jika anda tidak bersetuju dengan dasar kerajaan atau berasa diabaikan secara tidak adil dalam urusan kenaikan pangkat dan berfikir untuk mengadu dalam talian, anda dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Ketua pengarah, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata beberapa penjawat awam telah menggunakan Twitter, blog, Whatsapp , Facebook dan Youtube untuk mempersendakan inisiatif kerajaan.
"Kami telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penjawat awam memberi pandangan negatif terhadap program kerajaan melalui media sosial dan internet.

Subscribe to:
Posts (Atom)