Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang mempersoalkan mengenai
'Projek IC' sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam
kerajaan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis
dakwaan bahawa beliau berbohong ketika memberi keterangan di
persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) apabila menyatakan bahawa
beliau tidak mengetahui mengenai 'Projek IC'.
Katanya, golongan
yang mempersoalkan perkara tersebut sepatutnya bertanya mengenai
tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu
berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.
Mahathir tanpa
menamakan Anwar berkata "seorang pemimpin Pakatan Rakyat" yang
berkhidmat sebagai timbalannya tidak pernah mempersoalkan mengenai
'Projek IC' itu.
Projek berkenaan didakwa sebagai satu rancangan
sulit didakwa untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang asing
beragama Islam di Sabah bagi mengubah demografi pengundi di negeri itu.
Bercakap
kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir
berkata Anwar pastinya telah menghentikan usaha tersebut sekiranya
'Projek IC' benar-benar berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Dia
pernah berada dalam kerajaan, dia tahu dasar kerajaan. Jika itu menjadi
dasar kerajaan, kenapa dia tidak hentikan?," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri satu majlis anjuran Dewan Perdagangan dan Industi
Jepun Malaysia (Jactim) hari ini.
Ditanya jika beliau merujuk kepada Anwar, Mahathir dengan berjenaka berkata: "Mungkin".
Mahathir
dalam keterangannya di persidangan RCI semalam berkata beliau tidak
tahu mengenai 'Projek IC' dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana
mengeluarkan dokuman kerakyatan kepada calon yang tidak layak. - Malaysiakini
Jika kata tidak wujud projek IC, mengapa salahkan penjawat awam yang tugas mereka 'Yang Menurut Perintah'.