Samsung secara rasminya telah melancarkan phablet generasi ketiga mereka iaitu Galaxy Note III
di sidang pameran elektronik IFA yang sedang berlangsung di Berlin dan
merupakan antara peranti yang dinanti-nantikan tahun ini.
Galaxy Note III akan mula dijual di lebih 140 negara seluruh dunia termasuk negara Malaysia mulai 25 hb September ini.
Seperti laporan sebelum ini banyak spesifikasi Galaxy Note III
memang telah diduga. Untuk pengetahuan anda, Galaxy Note III akan
dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.-7inci, dua pilihan
pemproses iaitu 2.3GHz Snapdragon 800 atau 1.9GHz Exynos Octa CPU yang
akan disertakan dengan RAM 3GB.
Note 3 merupakan peranti pertama Samsung
dengan 3GB RAM dan akan ditawarkan dalam dua pilihan memori simpanan
dalaman iaitu 32GB dan 64GB serta mempunyai bateri berkapasiti 3200 mAh
yang mampu memberikan anda jangka hayat peranti yang lebih lama. Note3
akan hadir dengan menggunakan OS Android 4.3 Jelly Bean yang disertakan
dengan TouchWiz UI.
Galaxy Note III juga mempunyai kamera 13-megapiksel dengan optik
penstabilan imej dan penstabilan rakaman video HD. Peranti phablet
daripada Samsung ini menawarkan beberapa warna iaitu hitam
‘Jet Black’, putih ‘Classic White’ dan merah jambu ‘Blush Pink’.
Walaubagaimanpun, masih tiada sebarang petunjuk mengenai apakah harga
yang akan ditetapkan bagi peranti ini. Model ini dijangka akan
dijual dengan harga yang bermula dari RM2399 bagi model 32GB. [mobile88]