GEORGETOWN - Bimbang keselamatan dirinya, keluarga dan anggota lain,
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan
selepas menerima ugutan bunuh dua hari lalu.
Abdul Rahim dilaporkan menerima ugutan itu menerusi sistem pesanan
ringkas (SMS) yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di
pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira
jam 9 pagi Isnin lalu.
Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu
mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya
ditembak polis bulan lalu.
Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello
kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima
orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u
punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.
Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu
Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam. - SH
Ketua polis negeri pun rasa tidak selamat.