Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk
Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi
Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat
melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa
terdekat.
Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.
Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan
yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari
Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi. - Bernama