Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu
ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.
Filem
yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan
RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia (Finas).
Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.
'KL
Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos
produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.
'Tanda
Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun
Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar
peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah
dengan tidak jujur.
Filem tersebut tetap mengalami kerugian
walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa
akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.
Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.
Menurut
laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di
luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan
kutipan RM570,000. - Malaysiakini
Tidak hairan kerana penduduk muda dan bandar majoriti tolak Umno-BN.