PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) masih berada dalam
kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14' walaupun jatuh 11 anak
tangga disebabkan persaingan yang lebih sengit.
UM, universiti utama di negara ini menewaskan lebih 2,000 universiti lain di seluruh dunia.
UM merupakan universiti yang berada di ranking tertinggi di negara
ini berada di tempat ke-167 dalam 200 universiti secara keseluruhan,
walaupun jatuh 11 tangga berbanding 2012.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti
Teknologi Mara kesemuanya telah jatuh dalam dari segi ranking tahun ini.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat tiga anak tangga, dari tempat 358 pada tahun 2012 kepada 355 pada tahun ini.
Ketua Penyelidikan Unit QS Intelligence, Ben Sowter berkata penurunan
prestasi bagi institusi Malaysia tahun ini mencerminkan kehebatan
persaingan pendidikan global.
Tetapi perbandingan lima tahun menunjukkan mereka telah melakukan beberapa kemajuan yang ketara, katanya.
"Institusi di Malaysia telah membangunkan profil kukuh di kalangan ahli akademik dan majikan siswazah dunia," katanya.
"Ini bermakna mereka melakukan sesuatu yang agak baik dalam kajian
reputasi akademik dan majikan, yang menunjukkan bahawa mereka telah
membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan untuk
kualiti graduan yang mereka hasilkan," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Morshidi Sirat
berkata perlu ada usaha berterusan oleh universiti di Malaysia untuk
meningkatkan kedudukan mereka.
Naib Canselor UM Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata penurunan
kedudukan UM mencerminkan persaingan global yang semakin meningkat di
kalangan universiti yang bersaing untuk mendapat kedudukan antara
universiti terkemuka dunia.
"Kedudukan UM boleh bertambah baik jika kajian skor akademik tidak
menurun sebanyak 3.8 peratus berbanding 2012 kerana perubahan dalam cara
QS menilai skor 'Peer Review'."
Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini
Ujang yang merupakan Naib Canselor UTM sehingga Jun tahun ini berkata
universiti itu memberi penekanan kepada pengukuhan hasil penyelidikan
dan bekerjasama rapat dengan institusi terkemuka seperti Universiti
Harvard, Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Oxford. - Mstar
Tengok bawah Tan Sri, budaya main tumpang penulisan jurnal perlu dihentikan.