30 October 2013

Naib Cancelor baru Universiti Malaya tekad perkukuhkan institusi

Naib Cancelor baru Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tekad untuk memperkukuhkan lagi Universiti Malaya (UM) terutamanya dalam memberikan dasar pendidikan terbaik.

Beliau yang gembira dengan pelantikan tersebut berkata akan melakukan sebaik mungkin dengan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kecemerlangan UM.

Prof Mohd Amin dilantik naib canselor UM

Datuk Prof Dr Mohd Amin Jalaludin
Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Prof Dr Mohd Amin Jalaludin sebagai naib canselor Universiti Malaya berkuatkuasa 8 November depan.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, pemilihan Prof Mohd Amin adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian di samping pengalamannya dalam aspek pembangunan akademik UM.

"Kementerian Pendidikan berharap pelantikan Datuk Prof Dr Mohd Amin dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan, kualiti staf akademik, kualiti mahasiswa, kedudukan di peringkat antarabangsa dan penjanaan pendapatan," kata kenyataan itu.

Selangor jenayah tertinggi

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Selangor menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes serta tangkapan jenayah tertinggi berbanding negeri lain dari Januari sehingga September tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 18,063 kes narkotik juga dilaporkan berlaku di negeri itu dengan 18,602 daripadanya membabitkan tangkapan terutamanya kesalahan pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah.
Bagi jenayah indeks pula, beliau memberitahu, Selangor mencatatkan sejumlah 32,348 kes sepanjang tempoh berkenaan, paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Daripada jumlah jenayah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah kekerasan membabitkan kes bunuh, rogol dan samun manakala 25,825 kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Bekas ketua pengarah Imigresen didapati bersalah kes rasuah, penjara 6 tahun

Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don hari ini didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah.

Wahid dijatuhkan hukuman penjara enam tahum bermula hari ini dan denda RM300,000 atau penjara 12 bulan. Hakim tidak membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman.

Hakim Rosbiahanin Arifin telah membebaskan tertuduh pada Oktober 2010 tanpa meminta beliau untuk membuat pembelaan. Ketika itu, hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Walau bagaimanapun, Rosbiahanin hari ini menarik semula keputusan awal itu dan mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.

29 October 2013

Derma bina banglo ustaz

BANGLO mewah dimiliki seorang ustaz di sebuah kampung terpencil Kampung Cham, Kemboja.

Seksyen 7 'hotspot' denggi

SHAH ALAM - Seksyen 7 dikenal pasti sebagai kawasan 'hotspot' denggi dan kes dilaporkan sebanyak 125 mangsa yang menghidap demam denggi.

Sejumlah 3,709 bilangan premis diperiksa di kawasan berkenaan dan mendapati 11 premis positif Aedes.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menjalankan Semburan Menggunakan Mesin Termal (SRT) sebanyak 1,811 kali.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, hasil tinjauan mendapati reka bentuk bangunan misalnya pangsapuri di Jalan Plumbum dan Kompleks Komersial direka dengan bumbung berbentuk rata yang menyebabkan air mudah bertakung,” katanya.

Beliau mencadangkan sebelum MBSA meluluskan Kebenaran Merancang, reka bentuk bangunan wajar dipastikan terlebih dahulu sebagai usaha mengelakkan takungan air yang membawa kepada peningkatan kes demam denggi.

28 October 2013

Pekeliling tambah baik perkhidmatan awam dikeluar


KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.

Anwar: Mansuh subsidi gula, taikun untung RM1b


Bil elektrik, air kediaman PM lebih RM2.5 juta

Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

Penjawat awam harus tolak sikap puas hati

Penjawat awam dan institusi awam harus bersedia untuk menolak sikap berpuas hati selain tidak melindungi zon selesa mereka demi memenuhi tuntutan serta harapan orang ramai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata dalam konteks Malaysia, adalah amat jelas bahawa harapan orang ramai terhadap akauntabiliti dan keresponsifan menunjukkan peningkatan ketara dengan pengalaman dalam sektor swasta dan kepesatan pembangunan teknologi.

"Sebaliknya, kita harus menerima teknologi baharu; sistem yang cekap, kepelbagaian penduduk dan perkhidmatan yang ditambah nilai.

Bekas banduan serah diri lepas bunuh isteri


26 October 2013

Suspek tembak pegawai bank masih dalam negara

KUALA LUMPUR - Suspek yang menembak mati pegawai wanita Ambank dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lepas dipercayai masih berada dalam negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berpusat di Selangor untuk menjejaki suspek.

"Task force ini juga dibantu oleh jabatan lain di Bukit Aman dan kita akan pastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

25 October 2013

Cuepacs kecewa kakitangan awam dapat bonus setengah bulan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa dengan bonus setengah bulan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 yang diumumkan petang tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pihaknya menuntut bonus sebanyak dua bulan, tetapi Najib memberi bonus setengah bulan.
“Kita tidak berpuas hati kerana penjawat awam bergantung kepada bonus setiap tahun kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk persekolahan dan perayaan.

Anwar: Belanjawan hukum rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

Harga gula naik mulai esok

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Penjawat awam terima bonus setengah bulan gaji

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. - Malaysiakini

GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu. - Malaysiakini

Tembak pegawai Ambank: Tiga suspek ditahan

SHAH ALAM 25 Okt. - Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita yang dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.
Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Bajet 2014 : Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam. Tiada Kenaikan Elaun Perumahan & COLA


Bajet 2014: Kebajikan Rakyat Perlu Ditangani

KUALA LUMPUR: Belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat dijangka akan mengurangkan subsidi.

Menurut pemerhati bajet, ia boleh diterima tetapi mestilah dilaksanakan dengan mengurangkan bebanan rakyat.
Satu kajian mengenai apa yang rakyat Malaysia mahukan dalam Bajet 2014 menunjukkan bahawa terlalu banyak "pemberian" diberikan.

Bajet 2014 harus atasi defisit, ketirisan, kata ahli Parlimen dan ahli perniagaan

Bajet 2014 yang akan diumumkan hari ini seharusnya mempunyai pendekatan yang mencukupi bagi mengimbangi defisit fiskal negara, kata sekumpulan ahli Parlimen dan ahli perniagaan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, mereka menuntut Putrajaya menguruskan kadar hutang negara yang kini berada pada paras 53.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 43% pada 2008 dan semakin menghampiri 55%.

PM mengadap Agong mohon perkenan bentang belanjawan



23 October 2013

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

PETALING JAYA: Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya.

Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal ketika beliau didakwa ditembak oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.

Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang tunai. Polis sedang menyiasat kejadian itu. - Mstar

SUBANG JAYA - Seorang pegawai bank maut ditembak di bahagian kepala oleh pengawal bank yang sama dalam satu kejadian rompak di Jalan USJ Central 2 di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.16 petang itu, mangsa Norazita Abu Talib, 37, dipercayai dipaksa oleh suspek yang bersenjatakan senapang patah untuk membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan.

NORAZITA bersama anak perempuannya.
Sumber polis berkata, sebaik sahaja mangsa membuka peti berkenaan, suspek yang berumur 37 itu kemudiannya telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian kiri muka mangsa.

"Suspek yang dipercayai bersekongkol dengan seorang lagi lelaki kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan sejumlah wang yang masih belum dikenalpasti jumlahnya," ujarnya ketika dihubungi.

Ketika kejadian, terdapat lima individu berada di dalam bank berkenaan termasuk suspek. - KOSMO!


Masa untuk memburu.

Bekas mufti: Jangan lihat ibadah korban sahaja

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook. - Malaysiakini

Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah

AFP
SULTAN HASSANAL BOLKIAH (kanan) berucap pada pembukaan Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan semalam.

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.

Prinsip Aziz M Osman!

Nama Aziz M. Osman cukup dikenali menerusi beberapa hasil karyanya yang kreatif dan berimaginasi tinggi seperti filem Fantasia, Femina, XX Ray dan bermacam lagi.

Remaja perempuan dibunuh kejam

Anggota polis forensik memeriksa mayat seorang remaja perempuan yang ditemui dalam sebuah beg di Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa, Klang, Selangor, malam tadi. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

PETALING JAYA 22 Okt. - Seorang gadis berusia 15 tahun yang hilang sejak semalam ditemui dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dimuatkan dalam sebuah beg di kawasan semak di Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa di Klang malam ini.

CUEPACS tuntut bonus sebulan setengah gaji

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus sebulan setengah gaji diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam selain mengkaji semula kadar faedah pinjaman perumahan sedia ada dalam pembentangan Bajet 2014.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, pihak kongres sepakat untuk membuat tuntutan bonus sebanyak sebulan setengah pada tahun ini iaitu sekurang-kurangnya sama seperti yang dibentangkan pada Bajet 2013.

"Permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam terutama menjelang musim perayaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo


21 October 2013

Ali Rustam kecewa Umno Melaka tidak beri sokongan

Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam kecewa apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri Melaka mengundinya untuk jawatan Naib Presiden.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau hanya mendapat undi daripada Umno Bukit Katil yang diketuainya sementara lima lagi bahagian seperti Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.
“Kalau hendak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

20 October 2013

Kalimah ALLAH milik semua

SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

19 October 2013

Bekas Musuh Islam Tunai Haji


Empat Remaja Samun Restoran RM12,000


Wanita dinoda lepas disamun dalam lif

Bahaya di mana - mana.

Dr Mahathir: Jangan halang penganut Kristian di Sabah dan Sarawak guna “Allah”

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menyifatkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah kerana mereka telah lama menggunakan kalimah itu sebagai rujukan kepada tuhan.

Beliau berkata semasa menjadi perdana menteri, sememangnya halangan tersebut tidak timbul dan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di dua negeri itu.
"Kita berpendapat mereka yang telah menggunakan kalimah itu di Sabah dan Sarawak, boleh terus menggunakannya kerana mereka telah lama menggunakan kalimah tersebut.

"Tetapi, ada pihak yang mahu membawa kalimah itu di Semenanjung untuk apa? Mereka di sini tak pernah guna pun. Ini adalah usaha mewujudkan ketegangan di antara kumpulan agama. Untuk apa? Kes ini telah dibesar-besarkan.

17 October 2013

Rumah dibina 30 hari

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kebanyakan kita mungkin pernah melihat kilang pemasangan kereta yang sebahagian besar kerja dilakukan oleh robot sebagaimana yang terdapat di kilang pemasangan kereta nasional, Proton.

Bagaimanapun ramai yang tidak sedar industri perumahan di kebanyakan negara, khususnya negara maju telah memasuki fasa tersebut, di mana penggunaan teknologi tinggi dapat menjimatkan masa, kos serta penggunaan tenaga kerja.

Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam industri yang berkembang pesat ini, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini sedang berusaha membawa teknologi dari luar negara termasuk dari Jepun, China, Australia, United Kingdom serta Amerika Syarikat dan disesuaikan dengan keperluan teknologi tempatan.
Rumah yang ingin dibina oleh PR1MA itu adalah berkonsep pasang siap yang mampu dibina dalam tempoh 30 hingga 60 hari tetapi yang lebih penting ia sangat kukuh sehingga mampu menahan gempa bumi.

Rumah tidak lagi dibina di tapak pembinaan, tetapi dibina di dalam kilang dan apabila 90 peratus siap, ia dipindahkan ke tapak untuk menyiapkan 10 peratus lagi kerja pembinaan.
Rumah itu merangkumi jenis banglo sehingga apartmen dan jika mengikut spesifikasi asalnya yang dibina di Jepun, rumah itu mampu menahan gempa sehingga sembilan skala richter dengan anggaran harga antara RM150,000 dan RM300,000.

Polis siasat Ali Rustam keluar kenyataan berbaur perkauman

Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.
"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

16 October 2013

Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri

Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.

Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.

"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.

14 October 2013

Terkini : keputusan mahkamah penggunaan kalimah Allah

Penyamun memiliki pistol polis sedang diburu polis

Disiplin orang Jepun sepanjang masa.

Lelaki berpakaian tentera tembak mati askar US

Mangsa baran suami alim

Khalid bidas Anwar, bukan senang kumpul lebihan dana kerajaan negeri

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.
  
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
  
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.
  

12 October 2013

KPN Jemput Surendran Sertai Operasi Polis Tembak Penjenayah

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjemput Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk menyertai operasi anggota polis untuk menembak penjenayah.

Khalid membuat jemputan tersebut di Twitter pada 11 Oktober dengan menyediakan baju kalis peluru untuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menerima tawaran berkenaan.

"Untuk memberitahu apa yang terjadi ketika polis berhadapan dengan penjenayah dalam operasi yang dijalankan, kami menawarkan YB Surendran untuk menyertai kami," tweet Khalid.

Ketika dihubungi Star Online, Surendran berkata beliau telah memberi maklum balas kepada Khalid melalui Twitternya dan menerima jemputan ketua polis negara berkenaan.

Beliau berkata Khalid memberitahu dia perlu menandatangani perjanjian perlindungan sambil menambah dia akan dijemput untuk menyertai satu operasi membanteras penjenayah bersenjata akan datang.