KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus sebulan setengah
gaji diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam selain mengkaji semula
kadar faedah pinjaman perumahan sedia ada dalam pembentangan Bajet 2014.
Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, pihak kongres
sepakat untuk membuat tuntutan bonus sebanyak sebulan setengah pada
tahun ini iaitu sekurang-kurangnya sama seperti yang dibentangkan pada
Bajet 2013.
"Permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan
keperluan kewangan tinggi kakitangan awam terutama menjelang musim
perayaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo