Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Najib
yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan
Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit
diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau
berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai
komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta
dan kaki terpaksa dipotong.
"Saya menyeru agar kita bersama-sama
jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan
manis dalam senyuman," katanya - Bernama
Tindakan yang tidak bijak.