Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang
menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan
urus tadbir yang baik.
"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai
barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin.
Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.
Anwar
juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap
menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama
memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.
"Cukai lebih
rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama
kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini
paradoks."
Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari
ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.
Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".
Subsidi
gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan
mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak
membimbangkan. - Mkini