25 October 2013

PM mengadap Agong mohon perkenan bentang belanjawan



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, pagi ini bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk beliau membentangkan Bajet 2014.

Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu sebelum beliau membentangkannya di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama Seri Paduka sebelum dilihat keluar dari perkarangan Istana Negara dengan kenderaan rasminya.

- Bernama