Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata
beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat
untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.
Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.
"Pada
asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai
untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang
tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.
"Antaranya jalanraya
bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas
kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau
mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut
agama tertentu.
"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook. - Malaysiakini