25 October 2013

Bajet 2014: Kebajikan Rakyat Perlu Ditangani

KUALA LUMPUR: Belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat dijangka akan mengurangkan subsidi.

Menurut pemerhati bajet, ia boleh diterima tetapi mestilah dilaksanakan dengan mengurangkan bebanan rakyat.
Satu kajian mengenai apa yang rakyat Malaysia mahukan dalam Bajet 2014 menunjukkan bahawa terlalu banyak "pemberian" diberikan.


Jadi, kerajaan dijangka akan memastikan bahawa hanya layak mendapat BR1M dan mengkaji semula pemberian dan dasar-dasar populis.
Janji kerajaan dilihat akan ditunaikan, tetapi kerajaan dijangka akan menjanjikan kebaikan dalam tempoh mandat dan bukannya dalam tempoh setahun.

Kerajaan juga dijangka akan bertindak balas terhadap kemarahan pembayar cukai berhubung salah urus dan pembaziran yang diperincikan dalam Laporan Ketua Audit Negara dengan menggariskan langkah-langkah untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Bajet kali ini juga dilihat akan mengumumkan mengenai GST, tetapi tetapi Cukai Barangan dan Perkhidmatan itu dijangka hanya akan dilaksanakan pada tahun 2015.
Kepentingan orang ramai berkisar kepada struktur cukai, bagaimana ia akan memberi kesan kepada kos sara hidup dan paling menjadi kebimbangan bagi rakyat Malaysia.

Bajet ini mungkin akan melihat kepada kawalan harga rumah dengan memperbanyakkan rumah mampu milik untuk golongan miskin dan kelas menengah.
Kelas menengah, yang telah mengadu diabaikan dalam belanjawan lalu, dijangka mendapat "sesuatu" kali ini.
Sementara itu, golongan pekerja mahukan penjagaan anak-anak dibuat dengan lebih bebas dan pada harga yang berpatutan.

Bidang pelancongan dijangka akan mendapat sesuatu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 dan ramai juga meminta rebat cukai bagi rakyat Malaysia yang bercuti dalam negara.
Bidang perniagaan pasti mendapat insentif untuk inovasi dan pelaburan yang mana kerajaan dipanggil memberi ganjaran kepada usahawan yang mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Mengenai pembangunan, ramai yang meminta kerajaan hanya meneruskan projek-projek besar yang akan membawa peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. - Mstar