LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 May 2009

Halau Zambry

Admin | 11:34 PM | 6 Comments


Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir…

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri…Tuan tanahnya.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.

Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya “Pukimak hangpa”, seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul…situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik… lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau…

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul… suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi… berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh… itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri… Kau dimalukan depan anggota polis…. depan Menteri Kabinet MCA…korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka…pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu… apa dia nak kata….

- www.manjongmari.blogspot.com

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

Admin | 11:11 PM | 5 Comments

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam ini.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

"Saya akan syorkan supaya Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti," katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat," katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

- Mstar

* Semenanjung 4 - 0

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

Admin | 7:44 PM | Be the first to comment!
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.

- Malaysiakini

Calon PKR terkejut peratusan keluar undi rendah

Admin | 7:03 PM | 1 Comment
BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman terkejut dengan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlalu rendah setakat 2 petang tadi.

Beliau berkata, PKR sememangnya menjangkakan peratusan keseluruhan keluar mengundi akan menurun tetapi tidak menduga kadarnya sangat rendah setakat ini.

"Tak taulah apa yang berlaku... kita dah jangka akan rendah, tapi tak jangka rendah sangat," katanya ketika ditemui sewaktu melawat peti undi Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga pukul 2 petang tadi, jumlah pengundi yang sudah keluar mengundi ialah seramai 5,964 orang iaitu 38.77 peratus.

Bagaimanapun Mansor berharap jumlah keluar mengundi akan meningkat sebelum proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

"Masa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu pun rendah juga masa-masa macam ini, tapi kita jangka nanti ia akan meningkat... harapan kitalah," katanya.

- Mstar

Kak Min: Ahli Umno juga keluar mengundi...

Admin | 7:00 PM | Be the first to comment!
Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.

Ketika ditanya peluangnya dalam pilihanraya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.

"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.

Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

- Malaysiakini

46.15% mengundi di Penanti - terendah dalam sejarah

Admin | 6:58 PM | 1 Comment
Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding dengan 44.36 peratus atau 6,824 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Ia juga menyaksikan peratusan mengundi terendah dalam sejarah pilihanraya negara ini. Difahamkan sebelulm ini, peratusan terendah pernah dicatat di Sarawak.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi. Abdul Jalil mendapat 5,127 undi.

Bagaimanapun, BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

- Malaysiakini

PKR kekal kerusi Penanti, sasar majoriti lebih besar

Admin | 6:56 PM | Be the first to comment!
Laporan tidak rasmi selepas 90 minit proses pengiraan undi dimulakan, calon PKR, Mansor Othman sudah memperolehi jumlah undi yang mencukupi untuk diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Difahamkan calon PKR itu mendahului di semua 10 pusat pengundian dProses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian.

- Malaysiakini

Keputusan 8.30 malam

Admin | 9:13 AM | Be the first to comment!
Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan diketahui selewat-lewatnya jam 8.30 malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata demikian pada sidang media di sini.

Dalam perkembangan berkaitan Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

- KLpos

Bomoh resdung wanita mati dibunuh

Admin | 9:06 AM | 1 Comment
KOTA BAHARU: Setelah 10 hari dilapor hilang, akhirnya polis menemui mayat bomoh resdung wanita dalam keadaan berulat dan dicampak ke dalam gaung di Ladang Serasa, Gua Musang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata Halimah Salleh, 56, dipercayai menjadi mangsa bunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang ke dalam gaung sedalam hampir 50 meter sebelum ditemui pada kirakira pukul 11.30 malam.

Beliau berkata mayat Halimah ditemui selepas menerima maklumat daripada seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an.

Wanita itu kemudian ditahan polis selepas mengaku melihat pembunuhan bomoh itu.

"Mayat bomoh itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian. Mangsa dipercayai disamun oleh beberapa suspek sebelum dicekik hingga mati sebelum dibuang di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata laporan kehilangan Halimah dibuat oleh keluarganya apabila bomoh resdung itu tidak pulang selepas keluar dari rumah dengan sebuah kereta yang dinaiki beberapa lelaki dan wanita. Abdul Rahim berkata polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan itu bagi membantu siasatan.

Difahamkan sebuah kereta yang dinaiki beberapa lelaki dan wanita datang mengambil Halimah di rumah dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Kuala Krai setelah dia tidak pulang beberapa hari.

Ketika keluar, Halimah memakai sejumlah barang kemas yang dianggar bernilai hampir RM10,000.

- BERNAMA

Penanti: Pengundian bermula

Admin | 9:04 AM | Be the first to comment!
BUKIT MERTAJAM: Hari penentuan sudah dibuka dengan pengundi mula berbaris untuk mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pusat-pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi. Ia akan berlangsung hingga 5 petang.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Barisan Nasional tidak meletakkan calon.

Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.

Anak jati Penanti berketurunan Siam itu akan membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Terdapat sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

- Mstar

Suami bunuh lelaki dipercayai rogol isteri

Admin | 8:59 AM | Be the first to comment!
SANDAKAN 30 Mei - Seorang suami bertindak nekad menetak sehingga mati seorang lelaki yang dipercayai merogol dan melarikan isterinya di ladang kelapa sawit, di Batu 11 1/2, Jalan Labuk, dekat sini semalam.

Bagaimanapun suspek yang berusia 30 tahun itu kemudian menyerah diri kepada polis pada pukul 12.35 tengah hari pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, suspek turut menyerahkan dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

"Dia mengaku telah membunuh seorang lelaki bernama Albin @ Al Nasir setelah mendapati si mati merogol isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosli memberitahu, siasatan awal mendapati isteri suspek dilarikan pada Isnin lalu sebelum dibawa dan dirogol di Beluran dekat sini.

"Bagaimanapun pada hari Rabu lalu isterinya dilaporkan telah berjaya menghubungi suspek yang kemudian terus bergegas ke tempat berkenaan sebelum berjaya menangkap mangsa.

"Suspek kemudian membawa mangsa ke dalam sebuah ladang kelapa sawit sebelum bertindak membunuhnya," ujarnya.

Menurutnya, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

- Utusan

* Ini baru suami...

30 May 2009

Penanti : PKR lawan SPR

Admin | 8:46 PM | 2 Comments
Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya..SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini..semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon….pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100..Kak Min 100..Ramizu 100…Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker…dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh…sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.

Umno boleh buat ceramah..gantung bendera..sapa pun tak kacau. Malah diberi permit pulak.

ini lah taktik dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional. Satu Malaysia dah tau.

- www.perakexpress.com

Anifah bangga dengan saman fitnah Anwar

Admin | 8:42 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.

Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.

"Saya tidak ada masa untuk membaca isi kandungan saman yang dikemukakan dan saya belum fikir apa langkah seterusnya yang akan diambil.

"Ada perkara yang lebih besar untuk saya fikirkan terutamanya selepas menghadiri persidangan Kesatuan Asean- Eropah baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita semalam.

Ketika ditanya adakah beliau tetap berpegang kenyataan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai insentif untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, Anifah berkata ia terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

"Seorang calon Bebas di Penanti mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sedangkan ia hanya satu pilihan raya kecil yang tidak menentukan kepimpinan negeri atau Pusat. Cuba fikirkan jika ia melibatkan pemilihan pemimpin peringkat Pusat, anda pasti akan mempunyai jawapannya," katanya.

Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Anifah didakwa membuat kenyataan sedemikian apabila menyatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai `umpan' melompat parti selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa diucapkan oleh Anifah sewaktu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton di Washington pada 16 Mei lalu semasa lawatan kerjanya ke negara tersebut.

Anwar antara lain mendakwa, Anifah selaku defendan mengucapkan kenyataan fitnah itu atau menyebabkan penerbitan kenyataan tersebut untuk mendapatkan kelebihan yang tidak sewajarnya demi memperoleh publisiti murahan.

- Mstar

* Bangga ya...

Kemenangan di Penanti Penting Untuk

Admin | 5:59 AM | 1 Comment
PILIHAN RAYA kecil N 12 DUN Penanti, Pulau Pinang jelas tidak panas dan hangat seperti beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Sepanjang tempoh kempen yang hampir sudah sampai penghujung, pilihan raya itu berlangsung dengan tenang saja. Tiada laporan berlaku kejadian tidak diingini.

Kalau pun ada kekalutan dilakukan oleh mereka yang kurang sifat tubuh badan tetapi terikut-ikut juga nakkan gambar merak di tampal dipokok-pokok di dalam kawasan pilihan raya itu.

Ketenangan pilihan raya Penanti ini tidak lain dan tidak bukan kerana UBN tidak ikut sama mengambil bahagian. Dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk di Permatang Pauh dulu di mana UBN mengambil bahagian dengan sesungguhnya dan penuh ghairah.

Maka berlakulah kekalutan dan kejahatan mengatasi normal-normal politik. Kehangatan dan sikap jahat UBN menyerlah sejak di hari penamaan calon lagi. Apabila UBN tidak berani menyertai pilihan raya itu dan ia menyebabkan pilihan raya itu aman, dapatlah disahkan bahawa sesuatu pilihan raya kecil itu akan jadi panas, kacau dan penuh keserabutan bila UBN ikut sama bertanding.

Dengan apa yang berlaku di Penanti ini menjelaskan dakwaan pembangkang selama ini bahawa UBN lah yang melakukan provokasi dalam pilihan raya. Yang memulakan perbalahan dan melakukan kerja-kerja yang boleh membawa ketegangan dan mengotorkan demokrasi.

Makanya lain kali elok kalau UBN tidak menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya kecil di masa depan bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan tertib.

Misalnya dalam pilihan raya kecil di Manik Urai pada 6 Julai depan moleklah kalau UBN tidak mengambil bahagian bagi menjamin pilihan raya berkenaan berlangsung dalam suasana baik.

Kalau UBN ambil bahagian tentu pilihan raya itu akan panas dan berlaku perkara yang tidak baik. Rasanya pasukan keselamatan, polis, askar, bomba, FRU, pengerusi JKKK, guru Kemas dan segala macam pasukan keselamatan juga suka kalau UBN tidak mengambil bahagian.

Berbalik kepada pilihan raya Penanti yang akan berlangsung lusa, 31 Mei walaupun ianya tenang dan calon PKR, Dr Mansur Othman tidak menghadapi laluan sulit namun ia tidak boleh dianggap mudah. Meskipun kemenangan sudah pasti dalam genggaman tetapi jangan rasa selesa dengan kedudukan itu.

Apa-apa boleh berlaku dalam politik. Pilihan raya Penanti itu bukan saja setakat memberi ruang kepada Pakatan Rakyat memperbetulkan kerajaanya, tetapi ia juga membuka ruang kepada rakyat. Rakyat Penanti boleh menggunakan pilhan raya itu untuk menghantar mesej kepada kerajaan.

Justeru, mereka perlu terus bekerja kuat seperti mana dalam pilihan raya yang disertai UBN. Rakyat kena keluar mengundi ramai-ramai. Tentunya dalam pilihan raya itu PR bukan saja mahu menang tetapi mahu jadikan kemenangan itu bukti jelas bahawa rakyat tidak bersedia menerima perubahan dan pembaharuan yang sedang dibina Najib Razak kini.

Makanya, PKR perlu menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Untuk mencapai ini maka pengundi kena keluar dan jangan saling harap berharap.

Pesanan atau kebimbangan diluahkan Pengarah Pilihan Raya kecil itu, Saifuddin Nasution Ismail (foto atas) hendaklah diselami. Menurut Saifuddin dalam satu kenyataan diemailkan ke blog ini, disebabkan perlawanan tidak panas menyebabkan ada segelintir pengundi yang merasakan tidak perlu keluar mengundi.

Anggapan atau sikap begitu silap dan perlu dibuang.

Lantaran itu beliau menyeru pengundi keluar dengan mengundi calon Keadilan bagi memberi isyarat bahawa mereka maukan kerajaan Pakatan Rakyat kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang telah dicerminkan oleh pencapaian kerajaan negeri sejak Mac lalu.

Pengundi Penanti hendaklah mencatat rekod tersendiri dalam pilihan raya itu kelak bukan saja mereka menang tetapi mencatat majoriti paling tinggi berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Horas!

- Msomelayu

Pelajar Malaysia lemas di AS

Admin | 5:35 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 29 Mei – Seorang pelajar negara ini yang menuntut di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia setelah lemas ketika bercuti di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, pada 24 Mei lalu.

Kejadian berlaku semasa Allahyarham Nublan Zaki Norhadi, 20, bercuti di kawasan peranginan itu bersama 30 rakannya dari universiti sama setelah tamat peperiksaan pengajian tahun satu.

Allahyarham lemas kira-kira pukul 7 malam dan mayatnya ditemui oleh renjer taman negara di kawasan itu pada pukul 1 petang keesokan harinya.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Hasni Suleiman berkata, berikutan kejadian itu, Mara telah menghubungi keluarga Allahyarham untuk memaklumkan berita berkenaan.

Urusan penyempurnaan jenazah telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai di Pejabat Mara di Washington DC, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke Malaysia dari Newark, New York, semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira pukul 7.15 pagi esok, jelas beliau.

- Utusan

* Tahziah

UMNO Pulau Pinang sifatkan PKR hanya pandai bercakap

Admin | 5:33 AM | 3 Comments
PULAU PINANG 29 Mei - UMNO Pulau Pinang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan sekutunya hanya pandai bercakap 'berapi-api' tetapi tidak tahu membawa pembangunan kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia jelas dapat dilihat dalam tempoh 15 bulan selepas penduduk Penanti memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR.

Kata beliau, masih ada penduduk Penanti dibelenggu kemiskinan, tiada kemudahan air dan elektrik, manakala jalan kampung yang rosak juga tidak diperbaiki.

Malah, bukan itu sahaja, menurutnya, masjid dan surau di kawasan itu seperti diabaikan, yang rosak tidak langsung diperbetulkan, peniaga dan usahawan kecil juga tidak diberikan bantuan apa lagi soal pendidikan anak-anak.

''Hakikatnya, Penanti sepatutnya menjadi antara kawasan paling pesat membangun dengan pelbagai kemudahan infrastruktur memandangkan bekas ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

''Namun, sepanjang tempoh itu juga, tiada apa-apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang yang kini memerintah Pulau Pinang. Mereka ini hanya tahu bermain dengan emosi rakyat untuk membangkitkan semangat melalui ucapan 'berapi-api','' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil kali ini turut terkena tempias dengan kata-kata umpatan dan cacian daripada PKR.

Tambahnya, paling menyedihkan, sebahagian lebih 15,000 penduduk di kawasan itu seolah-olah tidak peduli jika tiada sebarang pembangunan mahu pun pembaharuan dijalankan.

Pada masa yang sama, katanya, tiada mana-mana pihak mahu pun individu yang membangkitkan atau mempersoalkan mengenainya.

''Kita sudah melihat semua kempen, ceramah termasuk kenyataan akhbar yang dibuat PKR dan rakan sekutunya sepanjang 15 bulan ini, tidak ada satu pun membicarakan tentang sumbangan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammad Fairus kepada rakyat Penanti.

''UMNO negeri turut menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk Penanti bahawa Anwar dan Mohammad Fairus jarang turun untuk bertemu dan mendengar masalah rakyat, kalau adapun, bila dekat-dekat pilihan raya baru nampak 'batang hidung'," ujarnya.

Justeru, Zainal Abidin berkata, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini merupakan platform terbaik bagi pengundi di kawasan itu memberi isyarat kepada PKR bahawa mereka mahu melihat pembangunan dan bukan hanya bermain emosi.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat Penanti menilai dan memikirkan dalam tempoh mereka yang dipilih itu menjadi wakil rakyat, apakah pembangunan serta sumbangan atau pun projek-projek kecil yang dijalankan oleh pakatan pembangkang.

''Saya juga ingin bertanya kepada rakyat di Penanti sama ada mereka berpuas hati dengan pembangunan di kawasan itu setakat ini, ataupun bagi mereka cukup sekadar mendengar kata-kata retorik serta ucapan 'berapi-api' yang dimainkan PKR dan rakan sekutunya untuk meneruskan kehidupan seharian,'' katanya.

- Utusan

* Kata Umno | BN tidak bertanding...

29 May 2009

Aminah dakwa dapat sokongan ahli Wanita Umno

Admin | 8:45 PM | 1 Comment
Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

Aminah juga mendakwa, ahli-ahli Wanita Umno gembira kerana beliau bertanding menentang calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Ada yang mengucapkan selamat berjaya kepada saya dalam pilihanraya kecil itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, katanya, ada segelintir penyokong PKR yang tidak boleh menerimanya walaupun beliau bertanding atas tiket bebas.

Aminah yang juga bekas ketua Wanita PKR negeri berkata, ada antara mereka yang mendakwa tidak mengenalinya dan tidak mahu menerima risalah kempen yang diedarkan.

Diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang menggelar dirinya Minah Ronggeng, Aminah berkata:

"Kak Min sedikit pun tidak kecil hati kerana Azmin sendiri yang mengajar supaya kita tidak membantai orang lain.

"Saya terima dengan senang hati, sedikitpun tidak kecil hati," katanya.

Minta SPRM umum segera

Sementara itu, Aminah Abdullah meminta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan segera hasil siasatan berhubung dakwaannya cuba disogok wang tunai dan jawatan timbalan ketua menteri oleh PKR.

"Kalau umum lepas pilihanraya, kena buat pilihanraya sekali lagi.

"Nak buat piliharaya baru, kena duit lagi, jadi eloklah keputusan diumumkan sebelum hari mengundi Ahad ini," katanya.

Isnin lalu, beliau mendakwa ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 serta jawatan timbalan ketua menteri (TKM) I Pulau Pinang oleh PKR.

Beliau mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM I jika menang pilihanraya berkenaan pada 31 Mei ini, dan kembali menyertai parti itu.

Aminah turut mengemukakan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat untuk menyokong dakwaannya.

Beliau berkata, SPRM telah selesai mengambil kenyataan darinya.

- Malaysiakini

* Ada ke patut gelar dia minah ronggeng. Nasib baik dia tak marah.

Isu Altantuya seret Badrul ke balai

Admin | 8:38 PM | Be the first to comment!
Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

- Malaysiakini

* Buang masa saja polis buat begitu kerana tiada asas pendakwaan baik tumpu hapuskan Ahlong.

Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri

Admin | 10:28 AM | Be the first to comment!

Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.

Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.

Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

- www.tvantara.com

100,000 peminjam ketakutan

Admin | 10:22 AM | 2 Comments

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan.

Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.

"Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat.

"Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja," katanya dihubungi, semalam.

Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

- Bharian

* Berbelanjalah ikut kemampuan.

Khir Toyo mahu hapus tol, kini jadi pejuang rakyat?

Admin | 10:11 AM | 1 Comment
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhubung pemansuhan tol sesuatu yang 'ajaib' sama seperti Umno memboikot Pilihan raya kecil Penanti yang tidak pernah ada sejarah sebuah parti memerintah tidak turut serta bertanding.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmaddalam satu kenyataannya memberitahu penindasan terhadap perjuangan membantah tol ketika beliau menjadi Menteri Besar tidak akan dilupakan dimana rakyat yang turut serta akan mendapat 'habuan' daripada pihak berkuasa seperti FRU antaranya terkena semburan gas pemedih mata, tangkapan dan asakan kasar.

"Apabila tidak jadi kerajaan, baru insaf bahawa memang tol tindas orang.

"Kami dibelasah oleh FRU, sembur gas dan minum air asid adalah harga yang kami bayar dalam perjuangan menentang dasar tol. Yang sokong tol ini ialah pemimpin Umno waktu berkuasa dan rakyat yang tidak tahu haknya sahaja," katanya yang mengulas kenyataan Khir dalam sebuah akhbar online.

Katanya perjuangan dan janji dalam manifesto untuk mengkaji balik dasar tol masih menjadi iltizam dan komitmen apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana memikirkan rakyat yang terbeban akibat tol.

Katanya sungguhpun ada di kalangan rakyat tidak memakai kereta dan tidak melalui jalan tol, tetapi rakyat yang miskin terpaksa menanggung beban akibar dari dasar kerajaan yang tindas rakyat melalui tol.

"Misalannya sayur sawi yang dibawa daripada Cameron Highland akan menjadi mahal kerana penjual sudah masukkan harga tol dalam harga sawi yang orang kampung beli.

"Inilah ekonomi seperti mata rantai, walaupun orang kampung tidak bayar tol, tetapi secara tidak langsung dia kena bayar tol," katanya.

- Harakahdaily

* Setuju tol untuk membiayai pembinaan jalan raya sahaja bukan mengkayakan orang yang sedia kaya.

28 May 2009

Maizawati Zainal: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada..."

Admin | 8:48 PM | 3 Comments
KUALA LUMP UR: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Menurut Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.

Maizawati berkata, keputusan untuk tampil di media bukan dirancang, sebaliknya ia ketentuan Allah.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku.

“Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” katanya yang muncul di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jam 8 hingga 10 pagi hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana dia berdepan situasi kontroversi demi kontroversi membabitkan suaminya dengan penyanyi Waheeda, Maizawati berkata, dia sentiasa berfikiran positif.

“Saya terima penjelasan dia. Saya fikir semuanya positif,” katanya.

Menurut Maizawati, dia juga percaya suaminya tidak berkahwin dengan Waheeda.

“Apa yang dia beritahu (tidak berkahwin dengan Waheeda) adalah benar. Saya harap masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai desas-desus Akhil, 40, menjalin hubungan dengan Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31, malah ada juga cakap-cakap mengatakan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Akhil menafikannya dan memberitahu hubungannya sebagai Waheeda cuma sebagai rakan sekerja apabila penyanyi itu dijemput menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Sebelum ini, mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja yang pernah disiarkan Astro.

- Utusan

* Ilmu kurang, goreng lebih...

‘Penjelasan kenapa saya tarik diri’ – Husam

Admin | 8:29 PM | 3 Comments
(Hrkh) – Naib Presiden PAS Dato’ Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai program Hujah terbitan TV9 adalah kerana panel debat Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat hadir.

“Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Beliau telah menyatakan persetujuan menyertai debat ini selepas pegawainya mengesahkan dengan pihak pengajur, bahawa Zahid disahkan datang dan tidak mahu digantikan dengan pihak lain

“Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato’ Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau,”katanya

Namun katanya pada 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan beliau berdebat dengan Ezam Mohd Noor, tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Husam berkata penganjur langsung tidak bersikap profesional manakala Zahid langsung tidak bertanggungjawab malah jika Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politiknya sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

“Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

“Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru,” kata Husam.

- www.harakahdaily.net

PKFZ: Rahman Palil serah SPRM siasat

Admin | 8:05 PM | Be the first to comment!
Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan dakwaan penyelewengan dalam laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketika dihubungi hari ini, ADUN Sementa itu berkata, beliau sedia menghadapi siasatan SPRM.

"Biar SPRM siasat dan mengambil tindakan jika benar saya terbabit dengan penyelewengan.

"Bagaimanapun, saya yakin saya tidak terbabit," kata Abdul Rahman (foto) yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor.

Nama beliau turut disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.

Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.

Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.

KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.

Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.

Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepada SPRM berhubung laporan audit PKFZ.

Pengerusinya, Datuk Lee Wah Beng berkata, beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM jam 8 pagi esok.

PKFZ merupakan zon bebas komersial dan perindustrian bersepadu seluas 1,000 ekar yang menawarkan kemudahan untuk pengedaran kargo antarabangsa dan sebagai pusat penyatuan setempat.

Ia terletak bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dan boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas.

Laporan audit PKFZ menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

- Malaysiakini

* Rindu jamuan hari raya YB

Dakwaan Aminah satu pembohongan - Zahrain

Admin | 8:02 PM | Be the first to comment!
PULAU PINANG 28 Mei — Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

“Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

- Bernama

* Apalagi mak cik, dedah jangan tak dedah...

Najib terkejut tahap kezaliman ah long

Admin | 8:00 PM | 2 Comments
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap ah long itu.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada ah long,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini hari ini. - Bernama

- Utusan

* Macam beruk ke terkejutnya...

Cerita Sebenarnya di Satudio TV9

Admin | 5:34 AM | 12 Comments
SEBANGKIT dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujjah.

Kedua mereka menelefon saya setelah membaca apa yang saya ulas mengenai hujah yang tidak jadi itu dalam blog saya – perihal Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi yang takut untuk berhujah antara satu sama lain.

Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.

Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga.

"Saya merasa pelik dengan Husam, dia hadir tetapi tidak mahu berhujah, dia tunggu Zahid juga,” kata pemanggil itu hairan dengan sikap Husam. Cara pemanggil ini mengadu seolah dia mahukan penjelasan daripada saya mengenai sikap si baju petah-petah merah ini. Dia merasakan ada kejanilan yang amat sangat dengan telatah Husam.

Kata pemanggil itu Husam enggan berhujah dengan Ezam kerana Ezam tidak setanding dan setaraf dengannya. Apa yang beliau hairan ialah kenapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam... tetapi datang ke studio. "Ini yang memelikkan dan membingungkan,” katanya.


"Apakah dia nak tunjuk yang dia berani?" soal pemanggil itu lagi.

Manakala seorang lagi pemanggil yang terlibat dalam mengaturkan rancangan itu turut melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat dengan telatah Husam malam tadi. "Saya tidak pernah berhadapan dengan suasan seperti ini, saya sungguh malu,” kata pemanggil itu.

”Kalau you adalah, you akan cengkik dia....” ujarnya geram dan tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Menurutnya juga selama ini dia hormati Husam sebagai seroang pemimpin tetapi dengan perangai yang ditunjuki malam tadi, rasa hormat itu sudah hilang, musnah!

"Dia berdalih, katanya dia tidak tahu menahu mengenai pembatalan Zahid itu. Itu bohong sebab dua hari sebelum itu kita sudah pun memaklumkan kepadanya. Kita pastikan samada dia hendak datang atau tidak, sebab kalau dia tak nak kita nak panggil Mat Sabu...” ceritanya lagi.

Anihnya dia kata dia bersedia untuk berhujah dengan Ezam, sebab itu kita buat persediaan. Dan promo mengenai rancangan ini dibuat sebanyak 10 kali di tv3 di mana panelnya dia dengan Ezam. Jadi kata pemanggil itu tidak timbul kalau hal itu dia tidak tahu. Bohong...

Lagipun menurut pemanggil itu lagi dia (Husam) sendiri sudah hantar surat kepada Zahid agar datang dan memberi tempoh hingga pukul 7:35 malam. Apabila Zahid tidak respon bermakna Zahid tidak mahu hadir, jadi tidak payahlah beliau hadir kalau setakat hendak menunjukkan keberanian tetapi penakut untuk masuk gelanggang.

Menurut pemanggil itu lagi apa yang ganjil dan anihnya Husam datang membawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Yunus dan minta agar Nazree berhujah dengan Zahid. Dia buat TV9 macam TvPas sahaja boleh ubah prgoram ikut suka hati. "Apakah dia benar-benar profesional ke?" tanya pemanggil itu.

Katanya dia kesian kepada Nazree datang dengan mengempit diari untuk berhujah tetapi dimainkan Husam. Dia cuba nak dijadikan bidan terjun oleh Husam. Mungkin tujuannya nak malukan Ezam kerana Nazree adalah anak buah Ezam sendiri.

Apabila strateginya itu tidak menjadi dia tinggalkan Nazree begtu saja, tanpa dipedulikan, kata pemanggil itu.

Pemanggil itu menyimpulkan dan simpulan ini tentulah kurang menyenangkan; katanya dengan sikap ditunjukkan Husam itu menyebabkan Pas juga tercemar. Orang akan mula menilai apakah begitu rupanya pemimpin parti Islam.


"Kalau saya menjadi ahli Pas saya tidak akan memberi laluan kepada Husam dia tidak layak untuk jadi pemimpin dan perangainya lebih teruk dari budak-budak," kata pemanggil itu.

Apapun pemanggil itu memberi ucapan tahniah dan syabas kepada Ezam dan Muhammad Agus Yusuf kerana dapat meneruskan juga rancangan hujjah malam tadi walaupun ianya seperti mahu disebotajkan oleh Husam. Sedikit sebanyak rancangan Hujjah yang berwibawa sebelum ini terjejas imejnya dengan politik murahan orang baju petak-petak merah ini.

- Msomelayu

* Tindakan Husam memang sangat wajar. Seperti mana Anwar, Ezam 'budak kecil' yang tidak perlu dilayan.

3 dikurung seperti binatang

Admin | 5:27 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.

Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.

Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.

Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.

Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.

‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.

Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.

‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.

‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau.

Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

- Utusan

27 May 2009

"Jangan cabar saya" - Aminah Abdullah

Admin | 8:48 PM | 4 Comments
BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu.

Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?

“Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.

- Utusan

* Dedahkanlah mak cik. Nanti orang sangka macam-macam. Datuk Zahrain ada lakukan sesuatu kat mak cik ke pada 2007?

Mas Selamat ditahan di bawah ISA selama dua tahun

Admin | 8:44 PM | Be the first to comment!
JOHOR BAHARU 27 Mei — Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari yang ditangkap polis Malaysia awal bulan lepas telah dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Turut dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah ISA ialah Abdul Matin, seorang anggota biasa JI yang ditangkap oleh polis juga pada awal April lepas.

“Mas Selamat Kastari akan ditahan selama dua tahun di bawah ISA di Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping,” menurut sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang penangkapan pemimpin JI Singapura itu kepada Bernama hari ini.

- Utusan

15 minit bayar tol terlalu lama - Menteri

Admin | 2:13 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Kepayahan ramai warga kota untuk membayar tol di laluan tunai pada waktu puncak dirasai sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (gambar kecil) yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dapat membuat bayaran di Plaza Tol Jalan Duta semalam.

Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.

"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam.

Untuk itu, beliau mencadangkan supaya pemegang konsesi lebuh raya melakukan promosi besar-besaran supaya lebih ramai pemandu menggunakan Smart Tag atau Touch 'N Go.

Beliau berharap Proton dan Perodua dapat memberikan peralatan Smart Tag sebagai aksesori tambahan kepada pembeli kenderaan baru.

Mengenai cadangan mewujudkan sistem gantri bagi mempercepatkan proses pembayaran tol, Shaziman berkata, ia dijangka diketahui akhir tahun ini.

- Kosmo

* Patut fikir bagaimana nak hapuskan tol itu. Paling tidak 'tiada tol' waktu puncak.

Tak Sangka Terror Juga Mak Cik Minah Penanti

Admin | 2:09 PM | 4 Comments
Sebenarnya saya nak tulis mengenai Mak Cik Minah Penanti ni malam tadi. Tapi ketidak hadiran Zahid Hamidi dalam debat dengan Husam Musa di NTV7 malam tadi menyebabkan mood saya untuk tulis mengenai Mak Cik Minah terhenti - potong stim betoi Zahid Hamidi!

Yang saya hendak tulis ini mengenai CD pengakuan Mak Cik Minah yang kononnya disogok oleh 2 orang kanan PKR Pulau Pinang. Ramai pasti yang telah mendengar audio tersebut. Jika diamati CD audio tersebut, tak nampak sesuatu yang luar biasa pun yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Orang kalau hendak hulur rasuah mereka akan buat tawaran lumayan dengan nada yang serius. Mana ada gelak-gelak terkekeh-kekeh seperti dua orang PKR itu. Mereka jumpa Mak Cik Minah kerana dijemput makan. Sambil makan sambil sembang-sembang kosong penuh santai. Lalu keluarlah pelbagai lawak jenaka untuk menceriakan suasana dengan kawan lama yang lama tak jumpa yang kebetulan tidak lagi berada dalam satu parti yang sama.

Sambil berbual secara santai penuh hilai tawa itulah timbullah soal 'kalau' itu dan 'kalau' ini. Antaranya, kalau Aminah nak tarik diri dari pilihanraya macam mana? Kalau Aminah menang pilihanraya tu macam mana? Kalau Aminah jadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran macam mana? Kalau Minah jadi TKM 1 ganti Fairus macam mana? Dan satu lagi: kalau dapat RM80,000 macam mana, ha...ha...ha...!! Begitulah seterusnya kalau.....kalau....kalau, semuanya mengenai 'kalau', macam angan-angan Mat Jenin yang penuh dengan 'kalau ' itu.

Tidak sangka pula tawaran suka-suka dua orang Mat Jenin PKR itu dirakamkan oleh Mak Cik Minah pula. Tak sangka juga Mak Cik Minah ni terror juga dalam soal pasang-pasang perangkap ni. Apapun, tahniah Mak Cik Minah, orang lain jalan-jalan sambil makan dia pula pasang perangkap sambil makan!

- www.pendikargunung.blogspot.com

Dr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

Admin | 1:35 PM | 2 Comments

MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.

Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

- Mstar

* Selaras sangat dengan apa yang Pakatan Rakyat buat. ADUN Bukan Islam mogok lapar manakala ADUN Islam puasa sunat.

Perlis: Anwar terima borang 320 ahli Umno

Admin | 1:31 PM | 1 Comment
Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.

Dengan penubuhan cawangan baru di DUN Perlis itu, PKR akan mempunyai lima cawangannya di negeri itu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Penyertaan ahli Umno esok sekaligus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini," katanya.

- Malaysiakini

SPR teliti bukti sebelum ambil tindakan

Admin | 1:21 PM | 2 Comments
ALOR SETAR 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.

“SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini. Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen di sini hari ini.

- Utusan

* Kokok berderai-derai harap PKR kalah dengan isu ini tapi langsung tidak sedar ekor sudah bergelumang dengan tahi kerana perangkap bakal memakan diri.

Sogok: Aminah serah bukti baru

Admin | 9:36 AM | 2 Comments
Calon bebas - mendakwa PKR cuba menyogoknya agar tidak bertanding di Penanti - menyerahkan bukti tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aminah Abdullah berkata beliau menyerahkan salinan cakera padat audio dan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada suruhanjaya itu di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Menurutnya, selain merekodkan keterangannya, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat (yang diedar kepada media) semalam," Aminah dipetik berkata.

SPRM berminat menyiasat lanjut Aminah dan perkara itu disahkan oleh calon berlambangkan kunci.

"Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika ditemui media.

Semalam beliau mendakwa ditawarkan jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, jika menang, dan RM80,000 jika menarik diri agar tidak mencabar calon PKR Mansor Othman pada pilihanraya kecil DUN tersebut.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim memberitahu agensi berita itu bahawa suruhanjaya itu mungkin mengambil lagi keterangan Aminah hari ini.

- Malaysiakini

* Pinggan mangkuk makanan hidangan lazat yang disediakan Aminah waktu itu tidak disertakan sekali?

Mogok lapar strategi pembangkang gugat kestabilan politik - Dr Zambry

Admin | 9:30 AM | 4 Comments
Beliau berkata mogok lapar itu juga merupakan antara satu daripada siri taktik pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dunia untuk menggambarkan seolah - olah keadaan politik negeri ini tidak akan tenang.

Katanya matlamat pembangkang hanya satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang tidak aman dan stabil di Perak.

"Bermacam-macam helah mereka gunakan termasuk yang terbaru sekali mempergunakan bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya menyaman kerajaan negeri.

"Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi muslihat mereka. Biarlah mereka...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan anggota veteran Umno di Bangunan Umno Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mogok lapar pembangkang dan juga penahanan 14 orang yang berarak dari Wisma DAP ke Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Pakatan pembangkang DAP, PKR dan Pas hari ini melancarkan kempen mogok lapar dan puasa sunat 72 jam di Wisma DAP di sini bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata beliau berharap rakyat dapat menilai sikap sebenar pembangkang berikutan tindakan mereka mencetuskan kekecohan.

"Tetapi saya yakin tindakan mereka ini akan kena pada batang hidung mereka sendiri kerana lamakelamaan rakyat menjadi semakin meluat dengan perangai mereka yang sentiasa menimbulkan kekecohan," katanya.

Terdahulu, semasa ucapannya Zambry menyeru anggota veteran Umno menggembleng tenaga membantu parti itu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai semangat perjuangan Umno.

"Anak-anak muda kini semakin lupa jasajasa Umno. Justeru kita mesti berbuat sesuatu dan orang lama seperti veteran amat sesuai membimbang mereka ini," katanya.

- BERNAMA

* Biarlah mereka...

2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran

Admin | 9:23 AM | 3 Comments

BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.

Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.

"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.

"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.

Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.

Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.

Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Bagaimanapun mereka enggan mengulas apabila ditanya mengenai kandungan rakaman tersebut yang menyentuh mengenai tawaran-tawaran tawaran tersebut.

"Itu (tawaran) apa yang awak fikir, apa yang awak tafsirkan.

"Mengapa anda tidak tanya beliau sendiri memandangkan beliau yang bangkitkan mengenai perkara ini," kata Cheah yang juga seorang peguam.

Katanya lagi perkara tersebut diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Kami sudah berbincang dengan peguam, dan mereka akn selesaikan perkara ini," kata Chah.

Dalam sidang media itu juga Cheah menegaskan bahawa kehadiran beliau bersama Peter bukan mewakili PKR, sebaliknya atas kapasiti sebagai kenalan lama.

"Kami hadir dengan kehendak sendiri, bukan atas dorongan sesiapa dari parti," katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, Cheah berkata Aminah menunjukkan hasrat untuk kembali menyertai PKR.

"Beliau juga nyatakan mungkin tidak akan teruskan untuk bertanding sebagai calon, dia tanya sama ada perlu atau tidak untuk teruskan.

"Dia jemput kita untuk beri pandangan, kita kongsi pandangan kita sahaja...kami bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau," katanya yang mengakui mengenali Aminah dan keluarga sejak tahun 1999.

Ditanya sama ada beliau akan terus menjalinkan persahabatan bersama Aminah dan keluarganya selepas isu ini dibangkitkan, beliau berkata "Kami masih kawan, tapi perasaan saya kini bercampur."

- Mstar

* Bayangkan, kawan sendiripun diperangkapnya semata-mata untuk mendapatkan modal pilihanraya

Husam Dua Kali Lima Dengan Zahid Hamidi

Admin | 9:18 AM | 2 Comments
RIBUAN peminat rancangan Hujah TV9 kecewa berat malam ini apabila dua ahli panel awal untuk ditampilkan ke pentas hujah tidak hadir. Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dan begitu juga dengan lawannya Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak hadir.


Kegagalan kedua-dua ahli panel ini hadir mengecewakan dan menjadikan hujah malam ini hambar dan tawar dan seolah lawan bercakap seorang.


Yang hadir malam ini adalah bekas tokoh Keadilan Rakyat yang kini sudah menyeberang ke parti asalnya, Ezam Mohd Nor.


Kenapa Zahid tidak hadir? Apakah beliau penakut dan kecut perut untuk berdepan dengan Husam? Sejak awal melihat gezet rancangan itu saya sudah merasakan perdebatan antara mereka berdua akan ‘cokngit cakdung’. Saya sudah merasakan Zahid akan ‘terpeliut’ ditangan Husam. Husam memang terkenal seorang tokoh yang sarat dengan fakta dan bukti dan hujah-hujah bernas.

Walaupun tajuk hujah malam ini mengenai rasuah dalam politik, saya rasa Husam boleh mempertahankan Pas. Husam akan menempiskan persepsi kononnya berlaku rasuah dalam Pas. Justeru kehadiran Husam sangat diperlukan oleh Pas untuk menangkis segala tohmahan yang bakal ditimbulkan dalam rancangan itu.

Kehadiran Husam juga dikira tepat kerana beliaulah pemimpin Pas yang melenting bila isu rasuah timbul dalam Pas baru-baru ini. Beliau bingkas bangun meminta agar Pas meminta bukti daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraq dan mengambil tindakan disiplin kepadanya jika gagal mengemukakan bukti atas tuduhan itu. Cara Husam melayani Mat Iraq itu seolah-olah Mat Iraq menuduh beliau yang bermain politik wang!

Husam juga sepatutnya hadir kerana dengan penampilan malam ini beliau dapat mempamirkan kewibawaan dan betapa profesionalnya beliau sebagai pemimpin Pas masa depan yang sedang berkira untuk meletakkan Pas sebagai peneraju politik negara ini.

Orang tertunggu-tunggu untuk melihat Husam malam ini. Kalau Husam datang malam ini saya kira ia akan memberi markah yang tinggi untuknya dalam kempen merampas jawatan timbalan presiden daripada Nasharudin Mat Isa.

Tetapi sayang seribu kali sayang, beliau tidak hadir. Apakah ketidakhadirannya Husam juga macam Zahid, takut untuk berdepan dengan Ezam. Kalau benar kenapa harus takut berdepan dengan Ezam. Jika niat awal beliau menerima jemputan TV9 itu untuk mengambil peluang bagi menyucikan Pas dengan rasuah beliau harus hadir tanpa mengira siapa sekalipun yang ditampilkan dari pihak Umno.

Apabila beliau membatalkan niat pada saat akhir, ia menyebabkan orang beranggapan demikian, bahawa beliau juga dua kali lima dengan Zahid. Memang hak Husam membatalkan kerana TV9 gagal menampil lawan asalnya. Tetapi itu bukan alasan bijak bagi Husam. Beliau perlu hadir juga sepatutnya. Sudah tentu kehadiran untuk berdepan dengan sesiapa saja itu menunjukkan beliau berani dan bersedia menerima sesiapa saja untuk mempertahankan Pas.

Beliau kena hadir kerana sedikit sebanyak isu rasuah dalam Pas akan tempias dalam hujah itu. Bila ini berlaku maka beliau kena menjawabnya.

Ternyata sekali, bila Ezam turut tidak menolak rasuah juga berlaku dalam Pas. Apa yang Ezam bayangkan atau siniskan sungguh memedihkan. Dengan mengguna pandangan Ibnu Khaldum, di mana rasuah itu datang bersama kuasa, Pas telah tertampal dengan najis rasuah yang dilontarkan Ezam sekejap tadi.

Kalau Husam hadir pasti dia akan menjawab dan mengupasnya. Dan Ezam sendiri nampak excited untuk membincangkan isu rasuah dalam Pas kerana atas rasa tanggungjawabnya untuk tidak mahu melihat parti Islam itu menjadi macam partinya, Umno.

Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid. Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.

Dan apakah menyebabkan Husam takut untuk berdepan dengan Ezam? Apakah ianya ada sangkut paut dengan tuduhan beliau ke atas Ezam di Kuala Terengganu dulu yang kemudian disambut oleh Ezam kemudian tidak terjawab oleh Husam? Kalaulah... diulang kalaulah dengan Ezam pun takut nak berdepan bagaimana nak mempertahankan Islam dari serangan Israel?

- Msomelayu

* Bukan takut berdebat dengan Ezam tapi buang masa...

26 May 2009

Dakwaan Aminah: SPR mahu kaji bukti terlebih dahulu

Admin | 4:02 AM | 5 Comments
BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh calon Bebas, Aminah Abdullah berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu meneliti setiap bukti yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenainya.

"Kita akan kaji dulu apa bukti-bukti yang beliau akan berikan, kita perlu pastikan kedudukan sebenar perkara ini mengenai apakah tawaran-tawaran yang dimaksudkan serta siapa yang terlibat.

"Perkara ini akan dirujuk kepada penasihat undang-undang parti," katanya kepada mStar Online.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Aminah yang akan melaporkan mengenai tawaran yang diterimanya itu kepada SPR sebagai badan pengurus pilihan raya untuk mengambil tindakan susulan.

Aminah akan membuat laporan tersebut di pejabat SPR Pulau Pinang di Komtar esok.

Pagi tadi Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 sebagai ganti rugi dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ditanya sama ada penyertaan calon PKR, Mansor Othman akan terbatal jika SPR mendapati dakwaan Aminah itu benar, Abdul Aziz berkata perkara tersebut tidak dapat diputuskan buat masa ini.

"Kita tak boleh ramalkan apa-apa lagi, kita perlu teliti dahulu sebelum buat keputusan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tengoklah dulu macam mana nanti, kalau perlu kita rujuk mereka (SPRM) juga," katanya.

- Mstar

* Tak ada modal lah tu...

Nizar 'MB mahkamah', Zambry jawab Nik Aziz

Admin | 3:55 AM | 3 Comments
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menempelak PAS dengan berkata gelaran "menteri besar mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri besar BN itu menambah, ADUN Pasir Panjang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah, lapor Bernama.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry ketika diminta mengulas label sedemikian yang diberikan oleh menteri besar Kelantan itu hujung minggu lepas kepadanya.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah dan sekali gus membatalkan keputusan
Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar yang sah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan BN pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN sebagai jalan
penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita
mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," Zambry dipetik berkata.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

- Malaysiakini

* Nizar (MB mahkamah tinggi) mahu bubar DUN supaya rakyat pilih pemimpin. Zambry (MB mahkamah rayuan) enggan bubar DUN kerana tahu rakyat Perak akan talkinkan Umno|BN.

SAMPAI BILA?

Admin | 3:44 AM | 2 Comments
SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

- Utusan

* Bukan ke Najib dan Pak Lah dah turun. Nampak sangat turun takat tunjuk muka...

25 May 2009

Aminah dedah bukti PKR sogok

Admin | 11:56 AM | 7 Comments
Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.

Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

- Malaysiakini

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi

Admin | 10:19 AM | 3 Comments
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

- Harakahdaily

ADUN Teratai, 15 lagi dibebas

Admin | 7:39 AM | Be the first to comment!
ADUN Teratai, Jenice Lee dan 15 orang lagi, dibebaskan jam 11 pagi tadi dengan jaminan polis selepas ditahan selama tiga malam dalam lokap polis.

Mereka dibawa ke Majistret Ampang pagi ini sebelum dibebaskan.

Kesemua mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Ampang pada 10 Jun depan.

Pembebasan kumpulan tersebut disambut oleh para penyokong dan ahli DAP.

Sejurus selepas dibebaskan, Jenice mengadu tentang keadaan lokap polis.

Mereka ditahan malam Khamis lalu kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram. Polis kemudiannya mendapat perintah tahanan reman untuk menahan mereka selama dua hari Jumaat lalu, bagi menyiapkan siasatan mereka.

Jika didapati bersalah melanggar Akta Polis kerana berhimpun tanpa permit polis, mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga setahun atau didenda antara RM2,000 dan RM10,000.

Ketua Polis Ampang Jaya Abd Jalil Hassan dilaporkan berata, 16 orang itu ditahan kerana gagal bersurai selepas empat kali diarahkan berbuat demikian.

Mereka - 12 lelaki dan empat wanita - ditahan pada kira-kira jam 8.45 malam Khamis lalu selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice kerana berkabung 'kematian demokrasi'di Perak.

- Malaysiakini

Aminah mahu dedah 'wajah' sebenar PKR

Admin | 7:35 AM | Be the first to comment!
BUKIT MERTAJAM 24 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah (gambar) bertekad akan mendedahkan kepada pengundi mengenai 'wajah' sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen untuk menjelaskan mengenai sikap pemimpin PKR yang selama ini berselindung di sebalik konsep keadilan untuk mengaburi mata rakyat.

"Saya berada lama dalam PKR dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan parti tetapi akhirnya keluar walaupun ketika itu mereka sedang menuju ke kemuncak.

"Tindakan keluar daripada PKR bukan dibuat sesuka hati, itulah yang akan saya jelaskan kepada pengundi supaya mereka betul-betul faham sikap sebenar pemimpin PKR," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Aminah adalah salah seorang daripada tiga calon Bebas yang disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.

Menurutnya, walaupun ada penyokong PKR cuba memperkecil-kecilkannya dengan label 'calon pengacau', ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bersaing.

"Niat saya bertanding ialah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang sebenar. Sampai sekarang, niat itu masih saya pegang.

"Kalau penyokong PKR nak bagi label apa-apa pun tidak mengapa, saya mahu beri perhatian untuk berkempen untuk pengundi," katanya.

Aminah berkata, beliau dan rakan-rakan lebih selesa berkempen dari rumah ke rumah dan sebagai bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, beliau juga mempunyai ramai kenalan di Penanti.

"Kos kempen saya kecil, jadi saya dan keluarga bersama rakan-rakan lebih selesa kempen dari rumah ke rumah. Walaupun jentera kecil, tapi kami tetap berusaha sedaya yang termampu," katanya.

- Utusan

* Ingan sesumpah jantan sahaja...

Nizar pulangkan Camry

Admin | 7:28 AM | 1 Comment
IPOH 24 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur bahawa beliau bukan Menteri Besar Perak apabila mengembalikan kereta rasmi kerajaan negeri yang digunakannya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pukul 8.10 pagi ini.

Pemulangan kereta berwarna hitam itu bagaimanapun dibuat secara 'senyap-senyap' dan hanya diketahui pihak media pada tengah hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pegawai Khas beliau, Amran Harun yang turut menemani bekas Menteri Besar Perak itu memulangkan kereta dengan nombor pendaftaran AGS10 tersebut.

Amran ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar mengambil keputusan untuk menyerahkan kereta itu sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian Mohammad Nizar sebelum ini yang bersedia mengembalikan kenderaan itu jika mahkamah memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

''Mohammad Nizar telah memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri di Bangunan SUK pagi ini. Beliau dan pemandunya kemudian menaiki kereta peribadinya bersama saya," katanya.

Mohammad Nizar sebelum ini sentiasa menggunakan kereta tersebut ke mana saja kerana menganggap beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah walaupun selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri.

Beliau juga sentiasa bertegas untuk tidak memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri itu selagi mahkamah tidak membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Amran, pihaknya menyerahkan kunci kenderaan itu kepada pengawal di pondok keselamatan kerana pejabat kerajaan ditutup hari ini.

Ditanya kenapa memulangkan kenderaan tersebut pada hari tidak bekerja, dia berkata, ia dibuat kerana kebetulan mereka dalam perjalanan untuk menghadiri Konvensyen Pas di Teluk Intan.

''Lagipun, kita menerima arahan untuk memulangkan kenderaan itu pada hari Jumaat selepas Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusannya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim ketika dihubungi turut mengesahkan Mohammad Nizar telah memulangkan kenderaan rasmi itu.

''Saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa pembantu Mohammad Nizar telah menghantar kenderaan itu pagi ini.

''Saya juga telah minta pegawai saya hantar kenderaan itu ke bengkel untuk diselenggara dan pemeriksaan kerosakan," katanya

- Utusan

Keretakan rumahtangga Akhil: Waheeda enggan komen

Admin | 12:17 AM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: "Saya tidak mahu komen apa-apa," luah penyanyi popular Waheeda berikutan kenyataan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, Maizawati Zainal yang membuat pengakuan bahawa dia dan suaminya memang akan berpisah seperti mana khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini.

Sejak kebelakangan ini, kisah Akhil dan isterinya itu yang dikatakan akan bercerai cukup hangat diperkatakan di internet. Dan Waheeda telah dikaitkan menjadi salah satu sebab utama keretakan rumahtangga pasangan suami isteri itu.

Menurut kenyataan Maizawati di dalam sebuah akhbar hari ini, dia merasakan perpisahan itu adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Maizawati juga akui, dia sentiasa berfikiran positif apabila berdepan dengan kontroversi yang melanda suaminya dan Waheeda.

Malah, dia percaya bahawa Akhil dan Waheeda tidak berkahwin, seperti mana yang digembar-gemburkan.

Namun begitu, Waheeda yang dihubungi hari ini enggan mengeluarkan sebarang komen.

Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat menjadi bualan ramai. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Puas mereka menafikan dan menegaskan mereka hanya berkawan baik, namun isu tersebut masih belum reda apatah lagi bila kedua-duanya muncul membawakan watak sebagai suami isteri di dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang sedang ditayangkan di Astro Oasis.

Cerita 'hubungan' mereka ini terus berlarutan apabila kecoh pula isu gambar 'mesra' Waheeda dan Akhil di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang telah tersebar luas di internet.

Aksi 'gembira' Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan 'istimewa', tetapi masih ingin terus berahsia.

Waheeda, ketika dihubungi mStar Online ketika itu mengakui gambar tersebut dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.

Namun, ujar penyanyi itu, dia tidak dapat menghalang jika masih ada pihak yang ingin meletakkan persepsi negatif terhadap gambar-gambar tersebut.

- Mstar

* Tanda jalan tak betul...