KOTA BAHARU: Setelah 10 hari dilapor hilang, akhirnya polis menemui mayat bomoh resdung wanita dalam keadaan berulat dan dicampak ke dalam gaung di Ladang Serasa, Gua Musang kelmarin.
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata Halimah Salleh, 56, dipercayai menjadi mangsa bunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang ke dalam gaung sedalam hampir 50 meter sebelum ditemui pada kirakira pukul 11.30 malam.
Beliau berkata mayat Halimah ditemui selepas menerima maklumat daripada seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an.
Wanita itu kemudian ditahan polis selepas mengaku melihat pembunuhan bomoh itu.
"Mayat bomoh itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian. Mangsa dipercayai disamun oleh beberapa suspek sebelum dicekik hingga mati sebelum dibuang di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata laporan kehilangan Halimah dibuat oleh keluarganya apabila bomoh resdung itu tidak pulang selepas keluar dari rumah dengan sebuah kereta yang dinaiki beberapa lelaki dan wanita. Abdul Rahim berkata polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan itu bagi membantu siasatan.
Difahamkan sebuah kereta yang dinaiki beberapa lelaki dan wanita datang mengambil Halimah di rumah dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Kuala Krai setelah dia tidak pulang beberapa hari.
Ketika keluar, Halimah memakai sejumlah barang kemas yang dianggar bernilai hampir RM10,000.
- BERNAMA
Betapa agungnya Islam apabila melarang perempuan keluar rumah kecuali dengan mahram. Islam pula menganjurkan pelaksanaan hudud. Ianya akan menakutkan perompak. Alangkah perlunya kita kepada Islam.
ReplyDelete