31 May 2009

46.15% mengundi di Penanti - terendah dalam sejarah

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding dengan 44.36 peratus atau 6,824 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Ia juga menyaksikan peratusan mengundi terendah dalam sejarah pilihanraya negara ini. Difahamkan sebelulm ini, peratusan terendah pernah dicatat di Sarawak.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi. Abdul Jalil mendapat 5,127 undi.

Bagaimanapun, BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

- Malaysiakini

1 comment:

  1. Mengenai peratus rendah dalam pilihanraya Penanti bukan masaalah yang perlu diperbesarkan.

    Bagi orang mengikut perkembangan pilihanraya itu pasti tahu mengapa kemerosotan pengundi mengeluar mengundi. Pihak BN dan pro media perdananya tidak perlu manjatuhkan maruah parti PKR dengan membesarkan cerita kemerosotan peratus yang keluar mengundi.

    Cerita ini hanya sesuai disebarkan dinegeri Sabah dan Sarawak saja kerana orang disana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di DUN Penanti.

    Dan SPR tidak perlu siasat mengapa ramai pengundi tidak keluar mengundi.

    ReplyDelete