26 May 2009

Nizar 'MB mahkamah', Zambry jawab Nik Aziz

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menempelak PAS dengan berkata gelaran "menteri besar mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri besar BN itu menambah, ADUN Pasir Panjang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah, lapor Bernama.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry ketika diminta mengulas label sedemikian yang diberikan oleh menteri besar Kelantan itu hujung minggu lepas kepadanya.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah dan sekali gus membatalkan keputusan
Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar yang sah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan BN pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN sebagai jalan
penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita
mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," Zambry dipetik berkata.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

- Malaysiakini

* Nizar (MB mahkamah tinggi) mahu bubar DUN supaya rakyat pilih pemimpin. Zambry (MB mahkamah rayuan) enggan bubar DUN kerana tahu rakyat Perak akan talkinkan Umno|BN.

3 comments:

  1. bodohla zamri kalau bubarkan DUN.zamri ada 3 baluci ma...

    ReplyDelete
  2. ZAMRY PANDAI LA....PASAL TU DIA LELONG SEMUA KERETA CAMRY SEBAB NAMANYA HAMPIR SAMA BUNYINYA. TAK NAK NANTI ORG KATA ADUN BN GUNAKAN ZAMRY (CAMRY).....ZAMRY MEMANG PANDAI...PANDAI KELONTANG LA....YG BODOH IALAH AHLI UMNO BAWAHAN YG SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINYA.....BUAT MCM AKU...APA KJ BAGI AMBIL.....PROJEK BAGI AMBIL...JANJI BYRN BULANAN CAMRY AKU DITAJA OLEH ORG UMNO.....

    ReplyDelete
  3. Tarafagong memang bijak..tapi sayang ,sebijak-bijak Tarafagong jadi pak turut juga kpd KJ.Aku boleh bayangkan bagaimana terhegeh2nya tarafagong ni pegi membuntut KJ..tah2 nak seringgit dua, buntut KJ pun sanggup cuci..tetapi inilah manusia perosak parti..percayalah PAS akan lingkup,PKR akan hanya tinggal P jika ada baluci2 seperti Tarafagong yang satu ini

    ReplyDelete