29 May 2009

100,000 peminjam ketakutan


KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan.

Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.

"Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat.

"Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja," katanya dihubungi, semalam.

Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

- Bharian

* Berbelanjalah ikut kemampuan.

2 comments:

  1. INILAH AKIBATNYA BILA PERUNTUKAN DIBELANJAKAN BERJUTA-JUTA UTK POLIS MALAYSIA SEMATA-MATA MENJAGA CERAMH & PERGERAKAN POLITIK PAKATAN RAKYAT. SEPATUTNYA NAK TANGKAP ALONG BUKAN SUSAH...MANA-MANA PELEKAT BERKAIATN DGN PINJAMAN SURUH POLIS SIASAT....BUKAN TAK ADA NO. TELEFON????? TAK BOLEH BUAT KERJA LETAK AJE JAWATAN.......

    ReplyDelete
  2. nak tau sebab apa?pakatan rakyat lebih jahat daripada along.tak caye.cuba tengok dua tiga menjak nii.chin peng pun dia org sokong ..tu baru gerakan provok sikit jee

    ReplyDelete