31 May 2009

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu


BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam ini.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

"Saya akan syorkan supaya Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti," katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat," katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

- Mstar

* Semenanjung 4 - 0

5 comments:

  1. MACAM MANA la YANG HAMPA BOLEH KATA KEMENANGAN RAKYAT KALAU YG KELUAQ PI MENGUNDI PUN TAK SAMPAI 50peratus.APA PUN TAHNIAH LA KERANA SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA.DENGAQ CITA LEPAS NI KAT MERBOK PULA.BENDERA TU SIMPAN ELOK2.

    ReplyDelete
  2. Kehadiran yang tidak sampai 50 peratus itu adalah mewakili pengundi yang tidak hadir.

    Mereka yang tidak hadir tu bukan tidak menyokong PKR cuma mengikut kata "SPR" kononnya pengundi mestilah naik kereta yang ada stiker spr untuk pergi ketempat mengundi.

    Jika mereka naik kereta yang tidak ada stiker spr itu polis akan tangkap mereka sebagai "pengundi hantu kerana naik kereta hantu". SPR dilihat seperti terkena selsema babi ketika mengeluarkan peraturan disaat akhir sebelum mengundi.

    Daripada ditangkap oleh polis adalah lebih baik mereka makan free atas jemputan UMNO "bacul".

    ReplyDelete
  3. kaa..kaaa..kaaa betoi la depa kata,yang selalu takut hantu ni ahli PAs dan PKRrrrr.lepas tu kata pla org bacul.Nampak raut wajah mansor unhappy jee , sedih gamaknya sebab terpaksa menyepak fairus atau terbayang akan kena sepak mcm fairus jg kot

    ReplyDelete
  4. RALAT - KETIDAKHADIRIN 56 PERATUS PENGUNDI ADALAH MEWAKILI PENGUNDI YG BIJAK DAN TIDAK MUDAH DIPERBODOHHHHHHHHKAN

    ReplyDelete
  5. YANG PENTING PKR MENANG DENGAN MAJORITI YG LEBIH BESAR...DAN DUNIA DAH TAHU UMNO MEMPUNYAI SEORG PEMIMPIN YG BACUL...KERANA DIDUNIA...DLM SEBUAH NEGARA MANA ADA KERAJAAN MEMBOIKOT PILIHANRAYA????

    ReplyDelete