BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu.
Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.
“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?
“Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.
- Utusan
* Dedahkanlah mak cik. Nanti orang sangka macam-macam. Datuk Zahrain ada lakukan sesuatu kat mak cik ke pada 2007?
Dedah jangan tak dedah ..., kan sekarang ni fesyen pakai seluar londeh ... itu yang mak cik ni nak dedahkan .... korang tahan ke tengok mak cik ni ikut fesyen terbaru ni ...? kah kah kah maruah ....? kah kah kah( sori terikut gelak tukar tiub )
ReplyDeleteBila kak min dah umumkan keburukan orang lain sebagai kempen pilihanraya DUN Penanti, maka orang akan yang kak min dituduh akan melawan.
ReplyDeleteKak min yang mulakan dulu.... apa punya bangang kak min kata "jangan cabar saya...?"
Ada satu sumber maklumat yang mengatakan bahawa kak min masuk bertanding di DUN Penanti bukannya nak jadi wakil rakyat kerana kak min memang tahu tidak layak tapi kak min gunakan pilihanraya cuma nak balas dendam terhadap beberapa orang pemimpin PKR Pulau Pinang.
Sebagai contohnya kak min katakan "“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?"
Dikatakan lagi bahawa kak min jadi calon dalam pilihanraya "balas dendam" telah disokong oleh orang tertentu dari parti gabungan Barisan Nasional. Segala perbelanjaan pilihanraya dan peguam telah disanggupi oleh orang ini dan dibayar dalam bentuk tunai melalui orang ketiga yang tidak berparti...?
Dikatakan juga bahawa penaja kak min ini adalah talibarut kepada kerajaan pusat di Kuala Lumpur...?
Perangkap berkaitan dengan cd itu sebenarnya telah dirancang sejak kes Fairuz dihebohkan di Penanti. Sebenarnya itu bukan idea kak min kerana kak min tak mampu melakukan kerja seperti itu tetapi telah dirancangkan dan dilakukan oleh seseorang yang pakar dalam tipu muslihat dan kak min mengikut apa yang telah dicadangkan....?
Apa yang disasarkan oleh penaja telah menjadi kenyataan, spr/sprm telah memulakan siasatan. Ada kemungkinan calon dari PKR jika menang akan dibatalkan. Fikiran rakyat sudah mula terganggu dan ada sebahagiannya sudah mula percaya diatas apa yang kak min katakan.
Sekarang kak min bertambah berani untuk bercakap kerana agen yang dihantar oleh penaja sentiasa memberi semangat dan idea bagaimana untuk berhadapan dengan wartawan, pengundi dan orang ramai. Dan polis pula dikatakan akan mengiring kak min bergerak kesana kemari atas alasan keselamatan.
Apa yang kita lihat sekarang, media pro kerajaan telah menjadikan kak min sebagai calon DUN Penanti yang popular. Wajah kak min selalu keluar dikaca tv dan didada akhbar. Calon lain jadi tenggelam dan tidak popular langsung.
Perlu diingatkan kepada pengundi DUN Penanti, bahawa kak min berkempen bukan untuk menjadi wakil rakyat tetapi dia menjadi calon adalah kerana mahu membalas dendam terhadap segelintir pemimpin dalam PKR yang telah melukakan hatinya dulu sehingga dia terpaksa keluar dari parti itu. Dan sakit hatinya itu telah disokong oleh orang tertentu....
Dan BN tidak mahu bertanding di Penanti kerana ingin memberi peluang kepada kak min melakukan serangan lebih berkesan terhadap parti PKR.
Kita ingin bertanya kepada penyokong, ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat..... apa tindakan anda menghadapi cabaran ini...?
HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG BODOH SAHAJA YG AKAN DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA...TAPI RAKYAT TAK MUNGKIN DIPERKUDAKAN OLEH UMNO & KAK MIN. SEKARANG MCM-MCM PERAKAM TERSEDIA DIJUAL DI PASARAN...SEPERTI PEN JAMES BOND 007.....YG BOLEH MERAKAM SUARA, GAMBAR SERTA RAKAMAN BOLEH DIBUAT CD MCM KES KAK MIN LA....HATI-HATI...BILA BERSEMBANG. KALAU NAK BELI "SPY PEN" ....CARI LA SAYA.......JGN SALAH GUNAKAN SPY PEN NIE..MCM BUDAK-BUDAK MUDA SEKARANG.....TUP..TUP...KELUAR INTERNET?????
ReplyDeletetahniah UMNO !!!nampaknya strategi korang walaupun nampak mcm budak2 tapi melompat juga balaci n baluci PKP n Pas kat penanti tuu..mungkin 31 mei ini awan mendung berarak kelabu di situ..buat org UMNO,korang tk yah buang masa layan pilihanraya utk org bodoh n tolol nie
ReplyDelete