PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap ah long itu.
“Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada ah long,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini hari ini. - Bernama
- Utusan
* Macam beruk ke terkejutnya...
korang nie kan tak abih abih menyakiti hati org..ini lah perangai org Melayu,kaya dgn PHD,nak komen pun komen la yang membina,takkan la bila jadi pembangkang harus semuanya dibangkang.kadang-kadang malu jadi Melayu
ReplyDeleteDAH PERANGAI PEMERINTAH ZALIM...GUNAKAN ISA UTK MENYEKAT KEADILAN...PASAL TU AH LONG PUN SAMA 2 X 5 MACAM PEMERINTAH......
ReplyDelete