27 May 2009

Mogok lapar strategi pembangkang gugat kestabilan politik - Dr Zambry

Beliau berkata mogok lapar itu juga merupakan antara satu daripada siri taktik pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dunia untuk menggambarkan seolah - olah keadaan politik negeri ini tidak akan tenang.

Katanya matlamat pembangkang hanya satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang tidak aman dan stabil di Perak.

"Bermacam-macam helah mereka gunakan termasuk yang terbaru sekali mempergunakan bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya menyaman kerajaan negeri.

"Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi muslihat mereka. Biarlah mereka...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan anggota veteran Umno di Bangunan Umno Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mogok lapar pembangkang dan juga penahanan 14 orang yang berarak dari Wisma DAP ke Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Pakatan pembangkang DAP, PKR dan Pas hari ini melancarkan kempen mogok lapar dan puasa sunat 72 jam di Wisma DAP di sini bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata beliau berharap rakyat dapat menilai sikap sebenar pembangkang berikutan tindakan mereka mencetuskan kekecohan.

"Tetapi saya yakin tindakan mereka ini akan kena pada batang hidung mereka sendiri kerana lamakelamaan rakyat menjadi semakin meluat dengan perangai mereka yang sentiasa menimbulkan kekecohan," katanya.

Terdahulu, semasa ucapannya Zambry menyeru anggota veteran Umno menggembleng tenaga membantu parti itu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai semangat perjuangan Umno.

"Anak-anak muda kini semakin lupa jasajasa Umno. Justeru kita mesti berbuat sesuatu dan orang lama seperti veteran amat sesuai membimbang mereka ini," katanya.

- BERNAMA

* Biarlah mereka...

4 comments:

  1. ini jika difikirkan benar2.. ianya merupakan satu taktik yang meminta belas kasihan daripada rakyat yang Nizar kemaruk ingin menjad menteri besar semula di negeri perak.

    ReplyDelete
  2. hang pun boleh mogok lapar juga...oopsss puasa sunat dapat balik perak tu agak2 hang buat tak ? nizar bukan kemaruk jadi mb perak,saya nampak dia insaf jawatan mb hanya amanah dr ALLAH bukan sbg lubang dr lubang2 mencari kekayaan yg menjadi tradisi umno 7 keturunan makan api neraka tak habis.tanya tengoklah kesemua umno yg pernah mjadi mb kaya nak mampus.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya UMNO/Barisan Nasional bila bercerita tentang kebersihan, dari pada ahli hingga ke peringkat pemimpin terlupa yang diri mereka sedang bergelumang dengan najis.

    Bila nak mandi wajib bagi membersihkan diri dari rasuah...?

    ReplyDelete
  4. nampak sgt comments org pas dan pkr mcm tk sayang iman..nak buat mcm mana dah tok guru pun suka mencarut..mudah-mudahan org UMNO dijauhkan Allah drp sifat tercela dan busuk hati sesama bangsa dan agama ini..kpd dato zamri,TAHNIAH DAN SYUKUR..KPD RAKYAT ISLAM PERAK YG MENENTANG UMNO ,BELAJARLAH BERMUHASABAH DIRI

    ReplyDelete