26 May 2009

Dakwaan Aminah: SPR mahu kaji bukti terlebih dahulu

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh calon Bebas, Aminah Abdullah berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu meneliti setiap bukti yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenainya.

"Kita akan kaji dulu apa bukti-bukti yang beliau akan berikan, kita perlu pastikan kedudukan sebenar perkara ini mengenai apakah tawaran-tawaran yang dimaksudkan serta siapa yang terlibat.

"Perkara ini akan dirujuk kepada penasihat undang-undang parti," katanya kepada mStar Online.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Aminah yang akan melaporkan mengenai tawaran yang diterimanya itu kepada SPR sebagai badan pengurus pilihan raya untuk mengambil tindakan susulan.

Aminah akan membuat laporan tersebut di pejabat SPR Pulau Pinang di Komtar esok.

Pagi tadi Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 sebagai ganti rugi dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ditanya sama ada penyertaan calon PKR, Mansor Othman akan terbatal jika SPR mendapati dakwaan Aminah itu benar, Abdul Aziz berkata perkara tersebut tidak dapat diputuskan buat masa ini.

"Kita tak boleh ramalkan apa-apa lagi, kita perlu teliti dahulu sebelum buat keputusan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tengoklah dulu macam mana nanti, kalau perlu kita rujuk mereka (SPRM) juga," katanya.

- Mstar

* Tak ada modal lah tu...

5 comments:

  1. tengok dulu .. bukan takde modal .. mana tau itu mungkin benar.. ;)

    ReplyDelete
  2. Kita akan percaya bila Aminah Abdullah menunjukkan bukti atas dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti.

    Kalau setakat tunjuk cd saja, samalah seperti semua wakil rakyat berjanji sesuatu dihadapan rakyat tapi tak laksana dan tak jadi.

    Dengan ada dakwaan seperti itu, maka Aminah Abdullah akan menjadi orang terpenting dalam pilihanraya DUN Penanti. Pergerakannya akan diiringi oleh polis atas alasan keselamatan..? dan diberi liputan meluas oleh media perdana pro kerajaan.

    ReplyDelete
  3. PODAHH!!!!! SPRM PUN TAK BOLEH BUAT APA-APA DLM KES ADUN PR DIAJAK LOMPAT OLEH BEKAS MB KEDAH....SEMUA BUKTI DAH DIBERI SIAP RAKAMAN DAN VIDEO ...AKHIRNYA PEGAWAI SPRM YG HANDLE KES TERSEBUT DITUKAR TEMPAT KERJA......BAYANGKAN PEGAWAI SPRM YG HANDLE SIAP BERSAMA PENGADU MERANCANG PASANG VIDEO UTK BUKTI DAN BUKTI DIPEROLEHI SERTA PAKATAN RAKYAT DAH BAWA KES DLM PARLIMEN TAPI......HABUK PUN TAK ADA??? AKU DAH KATA AHLI UMNO BAWAHAN MEMANG TOLOL KERANA SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA......

    ReplyDelete
  4. MANGKOK AYUN BIN MANGKOK JAMBAN PUNYA TARAFAGONG.TARAK PASAI2 HANG BABITKAN UMNO DENGAN KAK MINAH KEREPOT YG DULU HAMPA PUJA SAKAN TU APA KEJADAHNYA. MUNGKIN HANG DULU TALIBARUT UMNO YANG SIAP JILAT DAN.MENTEKEDAGHAH APA SJ YANG HANG DAPAT DAN HARI NI HANG DOK NGANGA MENANTI KOT2 UMNO NK LAWAN KAT PENANTI,DAPAT LA SEKUPANG DUA NAK BAYAQ ROADTAX MOTO KRISS HANG YANG TERSADAI KAT BALAI POLIS TU..KALAU KAMI BODOH SEKALIPUN HANG DOK KALUT PASAI APA..HANG AJAQ LA PEMIMPIN HANG KAT KEDAH TU GUNA AKAL UNTUK BERTINDAK..TAPI HANG PUN TAK CEGHEDIK NAK AJAQ MCM MANA NOOO.KEPADA KAK MINAH..TERUSKAN SELONGKAR,KAMI DOK MENANTI,PKR TERTELAN ASAP LORI DI PENANTI.

    ReplyDelete
  5. bukan sekadar tertelan asap lori,silap-silap DSAI menari-nari di atas kepala lori sambil makan capati...lepas tu orang kat tanjung rambutan kata MARI!MARI!MARI!katil kosong banyak lagi..

    ReplyDelete