27 May 2009

Dr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam


MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.

Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

- Mstar

* Selaras sangat dengan apa yang Pakatan Rakyat buat. ADUN Bukan Islam mogok lapar manakala ADUN Islam puasa sunat.

2 comments:

  1. puasa sunat pun kalau niat tak baik tetap tak baik..tetap tak diterima Allah..(mana org UMNO tau ibadat kami diterima atau tidak,hampa bukan tuhan )tanya nik ajis mana org PAS tau undi PAS masuk syurga? nasib baik la ulama2 UMNO bagi nasihat dulu kat mamat2 dan orang kanan ust.ngangeh.Kalau tak mungkin ada yang kojol bunuh diri..

    ReplyDelete
  2. Macam mana anda boleh tahu niat seseorang tidak diterima Allah, Anda siapa dengan Allah...?

    Belajar lima rukun islam dan enam rukun iman dulu, walau pun nampak mudah tapi lima tahun belum tentu tamat.

    Jangan jadi penganut setengah tiang !

    ReplyDelete