27 May 2009

Tak Sangka Terror Juga Mak Cik Minah Penanti

Sebenarnya saya nak tulis mengenai Mak Cik Minah Penanti ni malam tadi. Tapi ketidak hadiran Zahid Hamidi dalam debat dengan Husam Musa di NTV7 malam tadi menyebabkan mood saya untuk tulis mengenai Mak Cik Minah terhenti - potong stim betoi Zahid Hamidi!

Yang saya hendak tulis ini mengenai CD pengakuan Mak Cik Minah yang kononnya disogok oleh 2 orang kanan PKR Pulau Pinang. Ramai pasti yang telah mendengar audio tersebut. Jika diamati CD audio tersebut, tak nampak sesuatu yang luar biasa pun yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Orang kalau hendak hulur rasuah mereka akan buat tawaran lumayan dengan nada yang serius. Mana ada gelak-gelak terkekeh-kekeh seperti dua orang PKR itu. Mereka jumpa Mak Cik Minah kerana dijemput makan. Sambil makan sambil sembang-sembang kosong penuh santai. Lalu keluarlah pelbagai lawak jenaka untuk menceriakan suasana dengan kawan lama yang lama tak jumpa yang kebetulan tidak lagi berada dalam satu parti yang sama.

Sambil berbual secara santai penuh hilai tawa itulah timbullah soal 'kalau' itu dan 'kalau' ini. Antaranya, kalau Aminah nak tarik diri dari pilihanraya macam mana? Kalau Aminah menang pilihanraya tu macam mana? Kalau Aminah jadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran macam mana? Kalau Minah jadi TKM 1 ganti Fairus macam mana? Dan satu lagi: kalau dapat RM80,000 macam mana, ha...ha...ha...!! Begitulah seterusnya kalau.....kalau....kalau, semuanya mengenai 'kalau', macam angan-angan Mat Jenin yang penuh dengan 'kalau ' itu.

Tidak sangka pula tawaran suka-suka dua orang Mat Jenin PKR itu dirakamkan oleh Mak Cik Minah pula. Tak sangka juga Mak Cik Minah ni terror juga dalam soal pasang-pasang perangkap ni. Apapun, tahniah Mak Cik Minah, orang lain jalan-jalan sambil makan dia pula pasang perangkap sambil makan!

- www.pendikargunung.blogspot.com

4 comments:

  1. nampak sangat peel ahli pembangkang..kalu kena batang idung sendiri,semuanya sandiwara..semuanya perangkap..kata cerdik sangat..hebat sangat..last2 dengan kak Min mami jual pasembor pon hampa kena goreng..mlm nie hampa boleh la dengaq apa pula abg anua n the badut group berceramah kat Penantiiii..hampa jgn tak tau,mamak tarafgong pun talibarut kak Min

    ReplyDelete
  2. Kita tak heran kalau kak min mami jual pasembor boleh goreng kawan baik dia sehingga jadikan bahan kempen.

    Tapi kita akan menjadi lebih heran kalau pengundi DUN Penanti sanggup jadikan kak min sebagai wakil rakyat Penanti hanya kerana dia pandai memerangkap kawan baik jadi mangsa.

    Kesian kak min, kerana gatal sangat nak jadi wakil rakyat tapi tiada isu nak diselesaikan maka terpaksa menipu.

    Oleh kerana itu seluruh ahli keluarganya hidup dalam keadaan cemas dan hina.

    ReplyDelete
  3. kalo dgn kawan baik pon dia leh perangkap.. kalo dia menang jadi wakil rakyat.. boleh jamin ke dia xkan perangkap rakyat utk kesenangan dirinya juga?

    ReplyDelete
  4. lebih baik dapat wakil rakyat yang pandai pasang perangkap daripada dapat YB yg kena perangkap mcm fairus tu..

    ReplyDelete