25 May 2009

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

- Harakahdaily

3 comments:

  1. harakah takde kerja lain ke selain daripada mengutuk BN ? .. itu ke fungsi harakah? :) dari apa yang saya nampak la..

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dgn Media Siber. Bila keputusan tak menyebelahi pembangkang mereka kata berat sebelah. Seperti mana masa ADUN BN masuk Pakatan semua bersorak tapi bilamana ADUN Pakatan masuk BN semau kata meraka kena beli dsbnya. Begitu juga bila Datuk Seri Anwar Ibrahim kata 16 sept 2008 nak rampas kerajaan dengan cara ahli BN melompat ke Pakatan semua bersorak. Mereka sampai ikut ke Taiwan dan pujuk MP BN. Apa kata PAS dan Pakatan masa tu? Semua ok tapi sekarang tak Ok. Saya bukannya penyokong BN. PRU lepas saya undi pembangkang tapi sekarang dah mula meluak pada PR!!!!!

    ReplyDelete
  3. nak buat mcm mana,depa asyik dok peleceh UMNO,kata mentaliti orang UMNO itu,ini dan sebagainya,saat dan kala ini kita boleh menilai bagaimana hina dan busuknya hati pembangkang ni..mereka lebih takut UMNO daripada ALLAH,buktinya pabila tiada hudud UMNO dipersalahkan..maksiat dan judi di kedah tak juga berkurangan..dulu bukan main galak hentam orang..skang nie depa bukan lagi 2 kali 5 tapi 2 kali 5 tambah 5..kat kelantan je betul2 Islam..tak caye?

    ReplyDelete