28 May 2009

Cerita Sebenarnya di Satudio TV9

SEBANGKIT dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujjah.

Kedua mereka menelefon saya setelah membaca apa yang saya ulas mengenai hujah yang tidak jadi itu dalam blog saya – perihal Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi yang takut untuk berhujah antara satu sama lain.

Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.

Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga.

"Saya merasa pelik dengan Husam, dia hadir tetapi tidak mahu berhujah, dia tunggu Zahid juga,” kata pemanggil itu hairan dengan sikap Husam. Cara pemanggil ini mengadu seolah dia mahukan penjelasan daripada saya mengenai sikap si baju petah-petah merah ini. Dia merasakan ada kejanilan yang amat sangat dengan telatah Husam.

Kata pemanggil itu Husam enggan berhujah dengan Ezam kerana Ezam tidak setanding dan setaraf dengannya. Apa yang beliau hairan ialah kenapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam... tetapi datang ke studio. "Ini yang memelikkan dan membingungkan,” katanya.


"Apakah dia nak tunjuk yang dia berani?" soal pemanggil itu lagi.

Manakala seorang lagi pemanggil yang terlibat dalam mengaturkan rancangan itu turut melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat dengan telatah Husam malam tadi. "Saya tidak pernah berhadapan dengan suasan seperti ini, saya sungguh malu,” kata pemanggil itu.

”Kalau you adalah, you akan cengkik dia....” ujarnya geram dan tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Menurutnya juga selama ini dia hormati Husam sebagai seroang pemimpin tetapi dengan perangai yang ditunjuki malam tadi, rasa hormat itu sudah hilang, musnah!

"Dia berdalih, katanya dia tidak tahu menahu mengenai pembatalan Zahid itu. Itu bohong sebab dua hari sebelum itu kita sudah pun memaklumkan kepadanya. Kita pastikan samada dia hendak datang atau tidak, sebab kalau dia tak nak kita nak panggil Mat Sabu...” ceritanya lagi.

Anihnya dia kata dia bersedia untuk berhujah dengan Ezam, sebab itu kita buat persediaan. Dan promo mengenai rancangan ini dibuat sebanyak 10 kali di tv3 di mana panelnya dia dengan Ezam. Jadi kata pemanggil itu tidak timbul kalau hal itu dia tidak tahu. Bohong...

Lagipun menurut pemanggil itu lagi dia (Husam) sendiri sudah hantar surat kepada Zahid agar datang dan memberi tempoh hingga pukul 7:35 malam. Apabila Zahid tidak respon bermakna Zahid tidak mahu hadir, jadi tidak payahlah beliau hadir kalau setakat hendak menunjukkan keberanian tetapi penakut untuk masuk gelanggang.

Menurut pemanggil itu lagi apa yang ganjil dan anihnya Husam datang membawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Yunus dan minta agar Nazree berhujah dengan Zahid. Dia buat TV9 macam TvPas sahaja boleh ubah prgoram ikut suka hati. "Apakah dia benar-benar profesional ke?" tanya pemanggil itu.

Katanya dia kesian kepada Nazree datang dengan mengempit diari untuk berhujah tetapi dimainkan Husam. Dia cuba nak dijadikan bidan terjun oleh Husam. Mungkin tujuannya nak malukan Ezam kerana Nazree adalah anak buah Ezam sendiri.

Apabila strateginya itu tidak menjadi dia tinggalkan Nazree begtu saja, tanpa dipedulikan, kata pemanggil itu.

Pemanggil itu menyimpulkan dan simpulan ini tentulah kurang menyenangkan; katanya dengan sikap ditunjukkan Husam itu menyebabkan Pas juga tercemar. Orang akan mula menilai apakah begitu rupanya pemimpin parti Islam.


"Kalau saya menjadi ahli Pas saya tidak akan memberi laluan kepada Husam dia tidak layak untuk jadi pemimpin dan perangainya lebih teruk dari budak-budak," kata pemanggil itu.

Apapun pemanggil itu memberi ucapan tahniah dan syabas kepada Ezam dan Muhammad Agus Yusuf kerana dapat meneruskan juga rancangan hujjah malam tadi walaupun ianya seperti mahu disebotajkan oleh Husam. Sedikit sebanyak rancangan Hujjah yang berwibawa sebelum ini terjejas imejnya dengan politik murahan orang baju petak-petak merah ini.

- Msomelayu

* Tindakan Husam memang sangat wajar. Seperti mana Anwar, Ezam 'budak kecil' yang tidak perlu dilayan.

12 comments:

  1. Sayuti Omar dari Siasah tu memang sakit hati benar dengan Husam Musa. Apa yang Husam buat semua tak betul. Betul ke org kata Sayuti (MSO) tu bengang sebab tak dapat sesuatu? Dengar ceritanya dulu Sayuti terima RM20k dari Zahid Hamidi utk tutup mulut bg satu kes. Betul ke Sayuti?

    ReplyDelete
  2. Commonle tv9,
    Jangan nak salahkan orang pulak kalau majlis you tersangkut begini.

    First of all tujuan you nak matchkan Husam and Zahid.
    So kalau Zaahid cabut, automatically understood yang Husam juga perlu diganti.
    Jangan cari alasan lain. TV9 dah putuskan Zahid and Husam, pasti sahaja you pun ada motif tertentu.
    Kalau pelaksanaannya gagal, bererti motif tak tercapai.
    Husam did the right thing.
    TV9 you gagal study karenah Zahid. Bukan sekali perangai Zahid macam ni.

    Juga, Ezam tu siapa,
    He is nobody. Sebab itu dia sanggup cari apa juga platform untuk menonjolkan dirinya kembali dengan cerita lapoknya.
    Lebih baik panggil Anifah , ada juga cerita seronok beliau bersama Hilarry klentong. Ataupun Mat Said Ganu, seronoknya dengar idea2nya.

    Kalau ada masa,
    elok rasanya hantar Ezam berceramah di Kemunting oKAY.

    Mungkin mereka disana lebih bersedia mendengar klentong terbarunya.
    Lagi pun, bak kata orang,
    bagai sirih pulang ke gagang.
    Dulu sebagai ahli,
    kini sebagai penceramah atau motivator.
    Pasti menarik you.

    ReplyDelete
  3. BAGUS HUSAM BUAT BEGITU...INI AKAN MENAIKAN LAGI IMEJ PAS. JIKA HUSAM BERHUJAH DGN EZAM INI AKAN MENJATUHKAN PAS KERANA TARAF HUSAM BERATUS KALI GANDA DGN EZAM. EZAM HANYA SESUAI BERHUJAH DENGAN ORG BISU & PEKAK. SELAGI 6 KOTAK EZAM TAK KELUARKAN SELAGI TU EZAM DIANGGAP MUNAFIK. LAGI PUN EZAM MEMANG TAK SETANDING HUSAM. HANYA UMNO YG BODOH AJE MENERIMA KATAK PISANG NIE......CAKAP TAK SERUPA BIKIN. INGAT!!! EZAM SUMPAH KERAMAT YG TELAH KAU BUAT...JGN ESOK BILA JADI BATU MCM SITANGGANG BARU NAK NYESAL.....

    ReplyDelete
  4. Husam sebagai antara pemimpin parti pembangkang tentu lah patutnya berdebat dgn pemimpin kerajaan ..siapa itu Ezam? dia sekadar melukut di tepi gantang dalam UMNO..bukan ada jawatan dalam kerajaan pun..jadi apa faedahnya nak debat dgn dia..kalau Husam nak kritik tentang kepimpinan kerajaan BN..Ezam bukan orang yg layak utk menjawab...maka baik tak payah debat dgn dia..balik rumah baca kitab lagi baik..

    ReplyDelete
  5. apa2 jawapan yg Ezam beri nanti hanya lah akan dikatakan sebagai pendapat ahli UMNO saja bukan wakil kerajaan..memang aku puji lah tindakan Husam..

    ReplyDelete
  6. cita nya mcm ni, sepatut nya man u lawan barca, sekali tu barca tak mau mai, tv9 suruh man u lawan my team, mau ke man u lawan.
    tak setaraf lansung. macam tu antara husam, ngan zahid, zahid tak datang pastu nk jodohkan husam ngan ezam....lu pikir la sendiri, bengong punya olang,talak baca...

    ReplyDelete
  7. TV9 ni baru orang nak minat dah buat perangai macam rtm juga. Baik tak payah.

    Cayala Husam.

    ReplyDelete
  8. ape la yg ezam tu ada?
    kuasa...jauh sekali..
    pengaruh?
    buang karan je husam nk debat ngan dia, kena ngan proff agus pun dah merenyeh termalu, ni nk bercakap pasal rasuah ngan husam?
    ? rentikan la..
    setakat nk populariti, mai la datang penanti,tak yah masuk tv la...

    ReplyDelete
  9. salam to my prenz...
    first sy nk ucap'n SYABAS N BRAVOO
    kpd HUSAM!!!
    sy pemuda kagum dgn PAS, dgn sistem yg d bawa PAS, ulama first!!
    cuba anda lihat d IRAN n LUBNAN!!
    ulama dahulukan rakyat...
    membangun jgk negara depa... siap degeruni oleh US/israil lg...
    MALAYSIA??? hmmpphh "dgn ALLAH x takot, dgn RAJA kta kena takot"
    ..kata2 tok guru nik aziz...
    husam buat begini mmg baik utk parti, dan mengharumkan nama PAS @ PR...
    govement prihatin rakyat konon... husam mmg baguslah buat begini...
    solute....
    kpd hafiz nordin, contohilah sikap husam..
    salam utkmu keluarga cintanya muhamad S.A.W

    ReplyDelete
  10. helo mamak taraagong..marah nampak dekat Ezam..dulu bukan main kamcing..mana ada Ezam kat situ ada dompet you..tapi satu i nak pesan,jgn kita pandang rendah dan hina pd org lain,apatah lagi kalau kita mendakwa kita nie pejuang ISLAM..biar seperti jambangan padi,jgn takbur seperti pepohon jagung..i nak suggest supaya you diberi anugerah Baluci paling hebat mencaci

    ReplyDelete
  11. Aku marah sangat kat ezam sebab pembohongannya hanya dimakan dan dipercayai oleh ahli UMNO bawahan yg sedia ada bodoh kerana sering diperbodohkan oleh pemimpinya.....tapi rakyat bijak mcm aku tak mungkin sekali.....Kau tanya la Ezam...kenapa keluar dari PKR...tak dapat nak bawa tabiat UMNO kedalam PKR ke untuk memenuhi poket sendiri....Takut Banglo kat Ulu Klang terbengkalai ke??? Yang hairannya UMNO sanggup terima katak pisang ini. Inilah UMNo tempat menerima org-org yg bermaslah, org yang kaki rasuah mcm adun Bebas Perak. Patutla kat semananjung dah kena 4 - 0.....Kau pun mungkin salah satu ahli UMNO bawahan yg dah diperbodohkan kot.

    ReplyDelete
  12. Betul....betul...Betul......Org UMNO nie memang apa saja Presidennya kata mesti menganguk macam dah kena perbodohkan (Nasi Kangkang). Kalau aku malu ada ketua yg imej tercemar kat seluruh dunia???? kat tempat aku pun dah beribu-ribu ahli UMNO jadi Bijak masuk mPakatan Rakyat....PRU13....Perlis mesti jadi negeri Pakatan rakyat.

    ReplyDelete