28 May 2009

‘Penjelasan kenapa saya tarik diri’ – Husam

(Hrkh) – Naib Presiden PAS Dato’ Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai program Hujah terbitan TV9 adalah kerana panel debat Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat hadir.

“Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Beliau telah menyatakan persetujuan menyertai debat ini selepas pegawainya mengesahkan dengan pihak pengajur, bahawa Zahid disahkan datang dan tidak mahu digantikan dengan pihak lain

“Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato’ Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau,”katanya

Namun katanya pada 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan beliau berdebat dengan Ezam Mohd Noor, tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Husam berkata penganjur langsung tidak bersikap profesional manakala Zahid langsung tidak bertanggungjawab malah jika Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politiknya sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

“Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

“Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru,” kata Husam.

- www.harakahdaily.net

3 comments:

  1. Saya menghormati penjelasan YB Husam di atas prinsip beliau. Saya bersetuju dengan tindakan beliau untuk tidak berdebat dengan seorang yang tidak berotoriti saperti Mat Ezam yang tidak ada sebarang jawatan di dlam kerajaan atau parti UMNo....boleh sembang kosong saja.

    ReplyDelete
  2. Namun jauh disudut hati saya husam sebagai YB sebuah parti ISLAMIK tidak wajar melabelkan seseorang sebagai budak hingusan atau sebagai bukan sekasta dengannya..sepatutnya husam mencontohi mentornya yang sangup berdepan waima dengan org kiri kiri kiri UMNO kerana untuk berdebat atau berhujah belum tentu org yang sangka dirinya hebat akan menang..dan kalau dengan Ezam pun sudah hilang sebutir telo mcm mana nak berhadapan dengan ust.nasha...tapi yang lebih ana rasa pelik kenapa husam terhegeh-hegeh juga ke studio padahal zahid hamidi dah maklum sehari sebelum tu lagi..

    ReplyDelete
  3. Peragai TV3 dibawa ke TV9? patut le, tak pro langsung.

    Walau apa pun tahniah Husam, kalau aku pun aku belah juga.

    ReplyDelete