31 December 2008

Mangsa kekejaman polis terbaru - Malaysiakini



* Ambil tindakan terhadap 10 anggota polis itu kerana menjadikan Malaysia negara tidak bertamadun dan sangat bahaya kepada keamanan negara.

Pembangkang sedia cabar jika bekas Pengerusi SPR saman

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin pembangkang sedia mempertahankan hak mereka jika disaman oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Jelas mereka, Abdul Rashid mempunyai hak untuk berbuat demikian jika benar dakwaannya semalam bahawa beliau sering difitnah oleh pemimpin pembangkang sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Abdul Rashid itu kerana baginya tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR selama ini mempunyai asas yang kukuh.

"Memang kita anggap beliau tak dapat jalankan tugas sebagai Pengerusi SPR dengan profesional dan adil.

"Beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur politik," katanya kepada mStar Online.

Semalam Abdul Rashid, yang mengakhiri khidmatnya sebagai Pengerusi SPR berkata, beliau serius untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

Tambah Tian Chua, sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR, terdapat banyak kelemahan sewaktu mengendalikan pilihan raya hingga melahirkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

"Begitu banyak kelemahan SPR, hingga kita terpaksa menganjurkan perhimpunan BERSIH bagi menggesa SPR menjalankan proses pilihan raya dengan telus dan berkesan," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu, Abdul Rashid mempunyai hak untuk mengemukakan saman kepada sesiapa sahaja dan baginya, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa jua tuduhan.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Abdul Rashid tidak bersifat peribadi sebaliknya atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi SPR.

"Bila beliau jadi pengerusi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak peribadi sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab.

"Beliau perlu melihat itu (tuduhan) sebagai tidak peribadi kerana kita melihat beliau sebagai 'SPR'," katanya.

Mohamad Sabu berkata, pertimbangan Abdul Rashid untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang adalah hak peribadi beliau.

"Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan," katanya.

Namun Mohamad Sabu menjelaskan, walau siapa jua yang menerajui SPR akan menerima kritikan dan tuduhan yang sama jika gagal melaksanakan tugas dengan baik.

"Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, beliau memberitahu, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Abdul Rashid mempunyai hak yang sewajarnya untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, Abdul Rashid yang bersara sebagai Pengerusi SPR semalam perlu mengemukakan bukti-bukti kukuh bagi mempertahankan dakwaannya itu.

"Beliau mesti kemukakan bukti dan sudah pasti semua pihak perlu bertanggungjawab mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat.

"Bagaimanapun jika tuduhan beliau itu tidak berasas, beliau perlu menghadapi kesannya nanti," katanya.

Angkatan Muda Parti PKR juga menyatakan kesediaan partinya mencabar jika Abdul Rashid mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, "pembangkang akan mencabar jika disaman."

Jelas beliau, kes mahkamah kawasan pilihan raya Likas dan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan Abdul Rashid menunjukkan memang wujud isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya pengundi hantu.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan jika benar Abdul Rashid mahu mengambil tindakan undang-undang sekarang, mengapa tidak berbuat demikian dulu ketika menerajui suruhanjaya tersebut. - Mstar

* Kalau tidak saman, Rashid ini memanglah seorang yang pengecut

Gambar Siti Nurhaliza Comel di Bangsar Shopping

Gambar di ambil ketika merasmikan kedai Lord’s Tailor Opening Launch di Bangsar Shopping Centre baru-baru ini. Turut hadir juga, artis-artis terkemuka seperti Mawi, Rosyam dan lain-lain lagi.. Sungguh meriah dan menghiburkan dengan kebanyakkan artis-artis popular datang ke majlis tersebut. Mana taknya tempat ‘lubuk’ utama sponser baju-baju mereka akan datang...




* Pakai tudung ke tidak ni

Ayat Quran di rumah ibadat bukan Islam - Malaysiakini

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bercadang mengenakan tindakan terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang menggunakan simbol-simbol kesucian Islam termasuk ayat-ayat al-Quran di bangunan mereka.

Ayat-ayat itu didakwa digantung di beberapa tempat di rumah ibadat mereka.

Malaysiakini difahamkan Jais akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan rumah ibadat terbabit sebelum tindakan tersebut diambil.

"Kita kini dalam proses untuk mengadakan perjumpaan dengan mereka kerana mahu mendengar penjelasan mengapa mereka menggunakan ayat Quran di rumah ibadat mereka.

"Orang ramai yang mengadu kepada Jais mengenai perkara tersebut, mereka memberitahu ada sejumlah rumah ibadat yang berbuat demikian," kata sumber-sumber hari ini.

Bagaimanapun, sumber-sumber enggan memberitahu lokasi dan jumlahr umah ibabat yang berbuat demikian di Selangor.

KT ujian pertama pengerusi SPR - Malaysiakini

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, yang memulakan perkhidmatannya hari ini, akan turun padang bagi merasai sendiri persaingan sengit PAS-BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu seminggu lagi.

"Ini ujian pertama dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan juga (mahu mencari) pengalaman sebagai pengerusi SPR yang baru," katanya.

Beliau bercakap kepada media lebih kurang 10 minit ketika disambut oleh timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan setiausaha barunya Datuk Ngah Senik di lobi pejabat suruhanjaya itu kira-kira 10 pagi.

Persediaan pilihanraya kecil itu berjalan lancar dan beliau akan meneliti secara lebih terperinci, katanya.

"Penamaan calon pada 6 Januari. Semuanya telah disiapkan, (termasuk) tempat penamaan calon, tempat pengundian, (dan) tempat pengiraan.

"Dan kita juga akan lihat lebih terperinci (persediaan untuk pilihanraya itu). Yang mana boleh diperbaiki lagi, kita perbaiki," tambahnya.

Abdul Aziz juga berkata, SPR akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan keselamatan sepanjang kempen tersebut, sehingga 17 Januari ini.

Diminta mengulas dakwaaan bahawa daftar pemilih yang disediakan dalam pilihanraya kecil itu tidak bersih, Abdul Aziz berkata:

"Macam basuh baju juga. Bukan bersih semua sekali gus. Prosesnya berterusan."

Bagaimanapun, tambah beliau, penyelarasan dengan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) amat penting dalam proses penyediaan daftar itu.

Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata semasa berkhidmat di kementerian berkenaan, beliau telah pun meminta jabatan itu membersihkan data-data mereka.

"Mereka (pengundi) yang berumur 150 dan ke atas, takkanlah hidup lagi," katanya.

Perkara itu turut ditegaskan oleh Wan Ahmad.

"Kalau jabatan berwajib (JPN) tidak bersih data mereka (melibatkan orang) yang meninggal dunia... SPR hanya agensi yang menggunakannya," tambahnya.

Mengulas cadangan pendaftaran pengundi secara automatik mereka yang cukup umur 21 tahun, Abdul Aziz hanya menjawab ringkas:

"Itu isu yang lainlah. Kita kajilah (cadangan itu). Bila dah diwajibkan, hendak kuatkuasakan pula. Bukan senang hendak kuatkuasakan."

Cadangan itu dikemukakan oleh bekas pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Jun 2001.

Abdul Aziz berikrar meneruskan kerja-kerja bekas pengerusi itu yang disifatkannya "cemerlang".

Jika perlu, tambahnya, insitusi itu akan diperkemaskan.

Dalam masa terdekat ini, Abdul Aziz akan mengadakan perbincangan terperinci dengan pegawai-pegawai SPR bagi memahami perjalanan dan situasi suruhanjaya itu.

Nabila Selepas Kahwin Makin Seksi

Nabila anak kepada Amy Search yang baru sahaja menjadi isteri kepada Zaidy pada 2 Disember lalu, kini semakin hot pula. Muncul di kaca tv RTM sempena satu rancangan yang menjemputnya datang untuk temubual ekslusif. Hurm..




* Tahniah RTM, terutama kepada menteri yang menjaganya. Yang ini halal, puisi Mufti haram.

Lihat Video Nabila Huda Amy terlibat Mat Rempit?

M'sia Mahu Tingkatkan Perdagangan Dengan Iran

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Meskipun Malaysia dan Iran berpuas hati dengan hubungan dua hala yang cemerlang, masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pertalian perniagaan antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

"Kami berpendapat masih banyak yang boleh kami lakukan dengan Iran, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan; pendidikan; kewangan dan perbankan; minyak dan gas; sains dan teknologi serta pelancongan," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Iran adalah rakan dagang di Timur Tengah ketiga terbesar Malaysia dengan dagangan berjumlah RM3.59 bilion pada 2007. Iran juga pengimport utama minyak sawit dari Malaysia dengan import berjumlah RM780 juta tahun lepas.

Sehingga kini, syarikat Malaysia seperti Petronas, Proton, SKS Ventures Sdn Bhd dan Amona Group of Companies telah melaksanakan projek dalam pembangunan infrastruktur, perumahan, pembinaan jalan, minyak, gas dan industri automobil di Iran.

Rais berkata Malaysia ingin menjalin kerjasama yang lebih baik dengan Iran dalam bidang kewangan dan perbankan sebagai mekanisme untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Kami turut mencadangkan supaya institusi perbankan di kedua-dua negara menimbang kerjasama dalam perbankan Islam. Kami turut memberi kelulusan kepada Bank Mellat dari Iran untuk memperoleh lesen perbankan luar pesisir dan menubuhkan sebuah cawangan di Labuan.

"Kami harap pembukaan cawangan Bank Mellat di Labuan akan terus meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan kerjasama antara kedua-dua negara," katanya.

Rais menegaskan terdapat keperluan bagi memastikan bank berkenaan hanya terbabit dalam tujuan yang dihasratkan itu - ekonomi dan dagangan.

Mengenai permohonan Iran untuk menjadi rakan sektoral Asean, beliau berkata permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan sehingga akhir 2008 disebabkan oleh penangguhan terhadap rakan sektoral baru.

"Iran seharusnya mengemukakan bidang kerjasama yang khusus sekiranya mereka berminat menjalin kerjasama dengan Asean dan mengambil langkah untuk membangkitkan perkara itu kepada anggota lain Asean dan Setiausaha Agung Asean," katanya.

-- BERNAMA

* Tindakan yang sangat baik mengadakan hubungan perniagaan dengan Iran

Manikavasagam letak jawatan Timbalan Pengerusi PKR Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Beliau membuat keputusan itu kerana merasakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR tidak menghargai pandangannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Manikavasagam bagaimanapun masih berteka teki mengenai kedudukannya dalam PKR apabila menyatakan mahu berbincang dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu sebelum mengumumkan pendiriannya. - Utusan

* Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang

Histeria Kaut RM2 Juta pada Tayangan Pertama

Difahamkan, filem bakal menghampiri kutipan RM2 juta selepas ia mula ditayangkan di pawagam pada 18 Disember lalu.

Dengar khabar, bukan Orang Melayu saja yang pergi tengok, Murai Batu difahamkan, kaum lain menyukai filem ini kerana promonya menarik, macam filem seram Thailand dan Korea.

Histeria sememangnya menarik dan ia memang nampak hebat pada babak hantu jembalang membunuh mangsanya di sebuah sekolah pada musim cuti.

Mungkin ramai nak tengok lakonan Liyana Jasmay dan Scha Al-Yahya yang sekarang tengah popular dengan siri Awan Dania tu. Kiranya ini filem pasal gadis-gadis remaja dan pelakon lelaki bukannya hero.

Dalam pada tu tersentak juga penonton melihat babak lesbian (sekadar ciuman) antara Yana dan Scha. Hai, itulah gelagat budak-budak sekolah asrama. Hah, itu kena selalu dipantau sebab gejala tidak sihat sebegitu selalu berlaku di sekolah asrama terutama satu gender.. - www.izyan.com

Pengerusi baru SPR tekad perbaiki imej SPR

PUTRAJAYA 31 Dis. — Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memulakan tugasnya hari ini akan berusaha memperbaiki perkara-perkara perlu selain meneruskan kerja-kerja baik yang sudah dilaksanakan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau berkata, usaha itu termasuk mengkaji dengan lebih teliti cadangan Abdul Rashid agar SPR diberikan kuasa autonomi mengawal sepenuhnya perjalanan pilihan raya di negara ini.

“Saya juga akan mempertingkatkan lagi kerjasama erat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia memandangkan kedua-dua agensi itu berkait rapat dengan SPR,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pengalamannya sebelum ini sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dijadikan asas untuk memperkemas kerjasama sedia ada.

Ditanya sama ada terdapat sebarang perubahan baru atau langkah drastik yang akan dilaksanakannya, Abdul Aziz enggan mengulas mengenainya sebelum menerima taklimat terperinci daripada para pegawai SPR,” katanya. - Bernama

* Imej SPR terjejas teruk kerana pengerusi lama jelas sokong parti UMNO dan lawan PAS dan Keadilan. Selain lidah bercabang dalam isu dakwat kekal. Jangan pi mai pi mai tangtu juga.

Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis !

Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak,

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan. - Palestinkini

Sebak kenang anak kahwin lari

SIK: “Hampir setiap malam saya menangis terkenangkan anak perempuan saya dilarikan teman lelakinya, dipercayai warga Indonesia,” kata Esah Shaari.

Esah, 56, berkata anaknya, Nur Jumiah, 17, mengikut lelaki itu ke Medan, Sumatera, sejak Okktober tahun lalu dan difahamkan mereka berkahwin di sana.

Katanya, dia sedih apabila anak kelapan daripada 10 beradik itu beberapa kali menghubunginya supaya berusaha membawanya pulang kerana tidak tahan hidup susah di sana.

“Nur Jumiah memberitahu dia hanya makan mi segera sepanjang Ramadan lalu, kerana tidak mampu membeli makanan berikutan suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa.

“Dia sangat berharap kami di sini mencari jalan membawanya pulang ke Malaysia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, semalam.

Menurutnya, anaknya itu gemar asam pedas dan selepas Nur Jamiah dilarikan, dia sekeluarga tidak lagi memasak juadah itu.

“Kami sekeluarga tidak sampai hati memasak juadah itu kerana mahu dia juga menikmatinya bersama kami,” katanya memaklumkan anaknya menghubungi kali terakhir Sabtu lalu.

Sementara itu, suaminya, Saad Ahmad, 61, berkata dia tidak mengenali lelaki Indonesia yang dikenali sebagai Anton walaupun sering datang ke kedai tidak jauh dari rumahnya.

Difahamkan, Anton menoreh getah di ladang getah milik Felcra tidak jauh dari kampung berkenaan.

“Saya tidak tahu bila mereka berkenalan dan anak saya masih belajar di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau ketika mengikut lelaki terbabit,” katanya.

Katanya, pada 23 Oktober tahun lalu, Nur Jumiah berkelah bersama rakan di Baling, dekat sini, dan bermalam di rumah rakannya membawa sebuah beg.

“Dia menumpang kereta kakaknya ke pekan Sik sebelum menaiki bas ke Baling dan berjanji pulang esok. Bagaimanapun, saya mula bimbang apabila dia tidak pulang sepertidijanjikan.

“Nur Jumiah ada menghubungi memberitahu berada di Lata Chelak, Baling, tetapi apabila kami ke sana, dia tidak ditemui lalu kami mencari di rumah sanak-saudara dan rakan sekolahnya tetapi gagal.

“Kira-kira 20 hari kemudian dia menghubungi kami memberitahu berada di Medan, Sumatera, sambil meminta kebenaran untuk berkahwin dengan lelaki yang melarikannya itu,” katanya.

Saad yang tiada pilihan, menghantar surat kebenaran bernikah bagi mengelak masalah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan Nur Jumiah selepas mengikuti seorang rakan. - HMetro

* Kata cinta membawa bahagia

Bedil tiga perompak

KAJANG: Seorang penjenayah yang leka memerhatikan ikan di dalam akuarium di sebuah rumah dicerobohnya terkejut apabila tiba-tiba dihujani peluru senapang yang dilepaskan pemilik rumah terbabit.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, perompak warga asing yang menceroboh masuk bersama dua rakan lain masih sempat melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah selepas tubuhnya ditembusi peluru senapang yang dilepaskan pemilik rumah berkenaan.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, suspek dikatakan menceroboh ke dalam rumah lelaki berkenaan di Semenyih, di sini, dipercayai untuk mencuri pelbagai barang berharga.

Bagaimanapun suspek tidak menyedari tindakan mereka memasuki rumah terbabit disedari pemilik rumah berkenaan yang turut mengendap tindak-tanduk kumpulan penjenayah itu dari balik pintu.

Sumber polis berkata, suspek pada mulanya dilihat menggunakan lampu suluh untuk membelek-belek akuarium yang terletak di ruang tamu rumah dicerobohi tanpa dapat dipastikan sama ada mereka berniat untuk mencuri ikan di dalamnya.

“Pemilik rumah berkenaan yang berusia 60 tahun kemudian tiba-tiba muncul sebelum menyergah kumpulan penjenayah berkenaan lalu melepaskan tembakan dengan senapang.

“Difahamkan pemilik rumah terbabit yang mempunyai lesen menggunakan senjata api melepaskan tidak kurang tiga das tembakan ke arah kumpulan perompak yang kelam-kabut cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, lelaki tua itu yang gagal memberkas suspek kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan berhubung kejadian pecah rumah berkenaan.

Menurutnya, selepas lima jam kejadian berkenaan, polis menerima laporan berhubung kematian seorang lelaki akibat terkena tembakan.

“Difahamkan seorang wanita Indonesia membuat laporan polis sekitar jam 1 pagi berhubung kematian suaminya selepas terkena tembakan yang menembusi perutnya.

“Berdasarkan siasatan, suspek yang cedera parah sempat dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sebelum disahkan mati,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, pihak polis kemudian menjalankan siasatan terhadap rumah suspek yang dipercayai menjadi sarang kumpulan geng pecah rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai peralatan yang dipercayai untuk melakukan kegiatan rompakan dan pecah rumah. Antaranya adalah pisau kerambit dan parang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood, mengesahkan kejadian itu dan kes terbabit kini disiasat mengikut seksyen 320 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati lelaki warga Indonesia berusia 30-an yang ditembak itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini.

Menurutnya, polis percaya suspek seorang daripada anggota kumpulan penjenayah yang bergiat aktif melakukan pecah rumah sekitar Semenyih.

“Polis kini memburu dua lagi suspek yang juga rakan penjenayah yang dipercayai masih bebas,” katanya.

Dalam kejadian 18 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah kerugian lebih RM10,000 selepas kediamannya di Taman Berjaya di sini, dimasuki pencuri.

Polis percaya suspek memecah masuk rumah mangsa melalui bumbung sebelum memecahkan siling di bilik air.

Selain siling bilik air, pencuri turut memecahkan siling bilik tidur dipercayai untuk melihat sama ada kediaman itu berpenghuni atau tidak. - HMetro

* Ingat lepas ni nak ambil lesen senapang, maklumlah menjadi-jadi kes pecah rumah.

Tok Mun terkilan tak bertanding

KUALA TERENGGANU: Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lalu, Maimun Yusof, 89, semalam mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niat bertanding dalam pilihan raya kecil itu apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkannya bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh.

Takdok pitih (takde duit)...dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)...Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun dia mendakwa semua wang itu dilesapkan pihak tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokong yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lalu sudah memberitahunya laman blog itu sudah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terbabit melesapkan wang itu.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian itu.

“Tok dah minta polis sekat laman blog itu, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu cuba mengaut keuntungan mudah menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada dia masih berminat bertanding jika ada pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah...dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat.”

“Lagipun, selagi tak dok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. Insya-Allah kalau Tok dipanjangkan umur, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pula,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi). - Bernama

Sufiah elak jumpa ibu

KUALA LUMPUR: “Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Sufiah hingga begitu sukar untuk berjumpa semula dengan keluarganya,” kata Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek ketika mengulas mengenai wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang kini aktif melakukan kerja amal di London.

Hanafi berkata, beliau masih berhubung dengan Sufiah melalui e-mel dan sering menasihati wanita pintar itu untuk berjumpa semula dengan keluarga terutama ibunya, Halimaton Yusof, selepas bertahun-tahun tidak bersua muka.

“Bagaimanapun Sufiah sering memberi alasan belum bersedia bertemu keluarganya setiap kali saya bangkitkan hal itu seolah-olah ada sesuatu peristiwa besar berlaku antara mereka sebelum ini.

“Saya tidak ingin mendesak tetapi menghormati keputusannya itu. Keinginannya untuk berubah pun sudah dikira sangat baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muka depan Harian Metro 2 Disember lalu melaporkan mengenai wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.

Perkara itu didedahkan Hanafi yang dihubungi Harian Metro pada hari sebelumnya.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, beliau bersyukur kerana Sufiah sanggup memberi kerjasama dan mendengar nasihat anggota kerja Pisang hingga berubah serta meninggalkan terus kegiatan pelacuran yang diceburinya sebelum ini.

“Bukan mudah untuk Sufiah mendengar nasihat sesiapa, malah rakan baiknya sendiri jenuh menegurnya. Tapi, dengan kuasa Allah, wanita itu sanggup percayakan kami (Pisang) yang baru dikenali,” katanya. - HMetro

Dana RM6.1j bukan bermotif politik

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng menyangkal dakwaan pembangkang bahawa bantuan dana sebanyak RM6.1 juta yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat Cina di Kuala Terengganu bermotif politik dan menyifatkannya sebagai satu kenyataan tidak ikhlas untuk kebaikan rakyat.

Wong, yang juga penyelaras pilihan raya MCA, Kuala Terengganu, berkata dakwaan itu tidak tepat sama sekali kerana dana itu adalah peruntukan biasa yang disalurkan setiap tahun oleh kerajaan negeri bagi membantu mempertingkatkan kemudahan asas kepada masyarakat Cina di Terengganu.

“Ia bukan baru tetapi sudah lama dan kami tidak pula mempolitikkan peruntukan itu melainkan pembangkang sendiri yang mengeluarkan kenyataan mengaitkannya dengan politik.

“Mereka yang bercakap soal politik dan membuat banyak kenyataan mengenainya sedang kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan memaksa rakyat untuk sokong kita kerana bagi peruntukan itu.

“Bagi BN ia adalah hak dan keperluan rakyat... kalau bukan waktu pilihan raya pun banyak kita salurkan, tapi mereka (pembangkang) diam pula,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan harakah daily.net semalam yang melaporkan masyarakat Tionghua diingatkan supaya tidak mudah termakan 'umpan' pilihan raya dengan penyaluran bantuan dana berjumlah RM6.1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata Pas tidak mempunyai 'halangan' jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

Bagaimanapun katanya pengagihan peruntukan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.

"Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (Pas) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri,” katanya.

* Ini baru MCA

Injil tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Kerajaan akan menyekat sebarang usaha pengembangan agama Kristian termasuk penterjemahan kitab Injil ke bahasa Melayu yang bertujuan mengelirukan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, ia bertepatan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen Kawalan Dan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam.

Menurutnya, isu penterjemahan kitab Injil kepada bahasa Melayu sememangnya boleh menyebabkan kekeliruan istilah dan konsep ajaran Islam serta merosakkan akidah umatnya. - Utusan

* Tindakan yang tepat

Ingkar MB: 2 pemimpin PKR pertahan pemilihan ketua kampung

PETALING JAYA: Dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan tindakan mereka meneruskan proses penamaan calon pemilihan ketua Kampung Baru bagi Kampung Gunung Rapat, Ipoh Ahad lalu walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai menyifatkan tindakan mereka meneruskan proses penamaan calon itu sebagai proses menyatakan hasrat penduduk untuk memilih ketua kampung yang dimahukan oleh mereka.

Dr Lee ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada malam ini bagi menjelaskan keadaan itu. Nizar sebelum ini melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Dr Lee dan Chan yang mengingkari arahan itu.

"Bila Menteri Besar kata kita tidak mematuhi arahan, ia sebenarnya satu salah faham kerana apa yang kita lakukan itu tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.

"Ia (penamaan calon) adalah satu proses supaya penduduk dapat menyatakan hasrat mereka," katanya.

Beliau berkata, apabila penduduk telah memilih calon ketua kampung Khamis ini, beliau dan Chan akan mencadangkan nama itu kepada kerajaan ini bagi urusan lantikan.

Ditanya kemungkinan calon yang menang itu nanti tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri, Dr Lee berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang andaian tentang perkara itu.

Sementara itu, Chan berkata, beliau menerima sebarang keputusan kerajaan negeri sama ada akan menerima atau sebaliknya nama calon yang akan dicadangkan nanti.

"Kuasa lantikan masih terletak kepada kerajaan negeri, jadi apa sahaja keputusannya, kita terima," katanya.

Berhubung laporan yang diminta oleh Nizar berhubung pemilihan ketua kampung itu, Chan berkata, beliau akan menyerahkan laporan itu selepas proses pemilihan tersebut berlangsung Khamis ini.

"Kita akan serahkan laporan lengkap termasuk masalah-masalah yang timbul pada hari pemilihan itu nanti," katanya.

Semalam, Mohammad Nizar melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Dr Lee dan Chan apabila mereka enggan mematuhi larangan kerajaan negeri tidak membenarkan proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru, Gunung Rapat.

Justeru, beliau telah mengarahkan mereka menyerahkan laporan berhubung pemilihan ketua kampung yang akan diadakan pada Khamis ini.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga telah mengarahkan proses penamaan calon bagi jawatan berkenaan yang diadakan semalam dibatalkan dan tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan pemilihan bagi jawatan berkenaan.

Dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Fook Tat Chee itu, seramai lima penduduk kampung berkenaan berusia 39 hingga 68 tahun menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.

Jumaat lepas, Menteri Besar membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk parti dalam Pakatan Rakyat mengadakan pemilihan ketua Kampung Baru kerana mesyuarat Exco kerajaan negeri telah memutuskan jawatan berkenaan hanya dibuat secara lantikan. - Mstar

Cubaan ragut wang RM50,000 gagal

TEMERLOH 30 Dis. – Tindakan pantas orang ramai berjaya menghalang seorang penjenayah melarikan wang tunai RM50,000 yang diragut daripada seorang pekerja wanita sebuah pasar raya di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Ahmad Zulmazi Che Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 24 tahun merentap beg tangan seorang pekerja pasar raya selepas berpura-pura bertanya arah jalan.

Katanya, penjenayah itu tidak bernasib baik apabila ia disedari oleh beberapa pemuda yang kebetulan berada di situ lalu mengejar dan berjaya memberkas suspek yang dikepung kira-kira 15 orang awam.

“Ketika kejadian, pekerja wanita terbabit berjalan menuju ke sebuah bank yang terletak kira-kira 100 meter dari pasar raya berkenaan untuk memasukkan wang hasil perniagaan majikannya.

“Tiba-tiba datang suspek yang bersenjatakan sebilah pisau lalu merentap beg berisi wang RM50,000 selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zulmazi, selepas berjaya menahan suspek, orang ramai kemudian menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, suspek berasal dari Ipoh dipercayai bertindak demikian akibat terdesak kerana tidak mempunyai wang dan datang ke Temerloh untuk mencari kerja.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan samun bersenjata.

Ezam dakwa 6 kotak rasuah ada pada Anwar - Malaysiakini

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.

Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.

Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telahpun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

'Perjuangan konsisten'

Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.

“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam
kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsistesten.

Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.

Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”

“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”

Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.

* Cakap pusing-pusing

PMR: 51% calon jawab Sains dalam BI - Malaysiakini

Seramai 51.2 peratus calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, menjawab

soalan Sains dalam bahasa Inggeris. Seramai 472,060 calon mengambil PMR tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat lebih sekali ganda berbanding dengan 21.5 peratus yang berbuat demikan pada tahun sebelumnya.

Bagi soalan Matematik pula, 21.5 peratus calon menjawabnya dalam bahasa Inggers, berbanding dengan hanya 4.6 peratus tahun lalu.

Mengulas mengenainya, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata adalah menggalakkan apabila jumlah pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkatkan, lapor Bernama.

Mengenai keputusan keseluruhan PMR pada tahun ini, beliau berkata, 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil - meningkat daripada 5.65 peratus tahun lalu dan 4.83 peratus pada 2006.

"PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 peratus," kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan PMR hari ini.

Katanya, pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred A bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar manakala Gred A mata pelajaran Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

"Perbezaan yang kian mengecil itu menunjukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menerusi teras strategik yang kedua iaitu merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar berjaya mencapai matlamatnya," katanya.

Mengenai jumlah calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran yang diambil dengan mendapat sekurang-kurangnya semua D, Alimuddin berkata ia menunjukkan penurunan daripada 63.53 peratus tahun lalu kepada 62.93 peratus tahun ini.

Jumlah pelajar yang memperoleh semua E pula ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 (0.13 peratus) pada 2007 dan 524 (0.13 peratus) pada 2006.

"Majoriti calon pada tahun ini juga mendapat gred yang lebih baik daripada Gred C untuk 12 mata pelajaran dan ini adalah sesuatu yang membanggakan," katanya.

Dasar PPSMI: Guru jangan tergesa-gesa

PUTRAJAYA 30 Dis. - Kementerian Pelajaran menasihatkan 350,000 guru yang bernaung di bawah 25 kesatuan jangan tergesa-gesa membuat kenyataan melulu berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom sebaliknya meminta mereka bersabar dan memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat kajian terhadap dasar itu.

Tegas beliau, sesuatu dasar memerlukan penelitian terperinci sebelum keputusan dapat dilaksanakan.

''Setakat ini lima persidangan meja bulat membincangkan dasar ini telah diadakan. Tak baik tergesa-gesa sebab kita perlu fikir masa depan anak-anak, kerajaan tahu apa yang hendak dan perlu dibuat.

''Segala maklumat, surat, memorandum dan e-mel telah dihantar dan disampaikan terus kepada menteri untuk beliau buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alimuddin mengulas kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan/Persatuan Guru Kementerian Pelajaran semalam yang sudah mengemukakan memorandum rasmi sebulat suara menolak pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah.

Pengerusi majlis permuafakatan itu, Jemale Paiman berkata, mereka mahu kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran berkenaan masing-masing di sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Kesatuan dan persatuan berpendapat, PPSMI hanya wajar dilaksanakan mulai pendidikan menengah selepas murid mendapat pendedahan, pemahaman serta penguasaan asas yang kukuh dua subjek itu melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin menyifatkan cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu agar nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail diabadikan dalam bentuk anugerah atau nama institusi pengajian tinggi (IPT), sebagai sangat baik.

''Kita akan pertimbangkan secara mendalam kerana kita tahu ketokohan Allahyarham dalam bidang pendidikan," katanya. - Utusan

* Bahasa Melayu sudah hendak ranap masih suruh bersabar

Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang

GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.

Serangan tersebut turut menyebabkan 40 lagi penduduk Palestin cedera.

Serangan terbaru Israel itu di wilayah ini, turut meragut nyawa pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.

Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang awam turut terkorban dalam serangan Israel di Genting Gaza.

Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket ke wilayah Israel hari ini menyebabkan seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza terbunuh dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod..

Setakat ini, lima orang Yahudi di Israel terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.

Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.

Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit menjelaskan, tiada ruang untuk gencatan senjata dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.

“Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel,” katanya kepada Israel Radio.

– Reuters

* Malaysia perlu desak Mesir buka sempadan

30 December 2008

Bantahan Terhadap Israel

Wajib bagi setiap muslim menyatakan bantahan terhadap yahudi terkutuk atas apa yang sedang berlaku di Ghaza. Darah rakyat Palestin ditumpah tanpa dosa, sedangkan mereka saudara seagama dengan kita. Zahirkan bantahan tersebut melalui berbagai cara terhadap Israel, juga pelindungnya Amerika.

Demikian juga Mesir dan Jordan yang tidak membuka sempadan bagi menyelamatkan rakyat Palestin. Bantahan boleh dibuat dalam berbagai bentuk dengan syarat caranya tidak bercanggah dengan Islam. Saya sendiri pada hari mesej ini ditulis sudah dua hari berturut-turut menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Israel di London. ~DR MAZA
-drmaza.com

Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno

Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.

Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.

“Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan.

Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan.

Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya.

Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.

Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu.

“Tujuan saya masuk ke dalam Pas adalah untuk beri kesedaran kepada ahli-ahli Umno bahawa terdapat banyak tipu helah dari pihak Umno ini,”katanya. - Suara Keadilan

Kate Winslet selesa berbogel

Aktres terkenal menerusi 'Titanic' dapat sokongan suami dalam filem terbaru

LONDON: Pelakon Britain, Kate Winslet, mempertahankan keputusannya untuk muncul dalam keadaan bogel dalam beberapa filem lakonannya sambil bertegas bahawa tindakan itu tidak bermakna beliau seolah-olah seorang pelakon filem lucah.

Pelakon berusia 33 tahun itu yang berkahwin dengan pengarah filem Revolutionary Road, Sam Mendes, berkata suaminya tidak melarang beliau berbogel kerana ia mampu menjadi 'tarikan' kepada filem berkenaan.

"Sudah tentu Sam tidak cemburu. Saya bukan pelakon filem lucah. Saya hanya berlakon dan saya tidak melakukan hubungan seks dengan orang lain untuk kerjaya filem saya. Sam tidak cemburu langsung, tidak sedikit pun, ia cuma perkara remeh bagi kami," katanya.
Ia diadaptasi daripada novel The Reader tulisan seorang profesor undang-undang dan hakim Jerman, Bernhard Schlink yang diterbitkan pada 1995.

"Saya berasa amat sukar untuk mengatasi rasa kurang yakin pada peringkat awal bagi melakonkan adegan dalam drama ini. Untuk menghidupkan watak Hanna Schmitz dalam drama ini adalah suatu cabaran hebat dan tanggungjawab yang besar," katanya. - BHarian

Fitnah: Rashid timbang saman pemimpin pembangkang

PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang memfitnah beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

"Saya menyimpan semua bukti-bukti yang ada dan akan menyerahkannya kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat," katanya selepas Majlis Pecah Tanah tapak bangunan ibu pejabat SPR yang baru, di sini.

Abdul Rashid berkata, beliau serius dalam hal ini memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

"Mereka serang saya secara peribadi. Mereka ingat saya ini macam Perdana Menteri sedangkan saya mempunyai ahli-ahli suruhanjaya yang mana kita berbincang setiap kali membuat sebarang keputusan.

"Tengoklah nanti. Saya kutip semua bukti-bukti ini. Jangan main-main kerana saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

"Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti," katanya.

Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau.

Ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan itu semasa memegang jawatan Pengerusi SPR, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mahu melibatkan suruhanjaya itu memandangkan tuduhan-tuduhan kepadanya adalah bersifat peribadi.

Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya.

"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi berhubung hal ini dan nampaknya memberi reaksi positif.

"SPR mesti mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan pilihan raya supaya ia boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata, hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.

Abdul Rashid berkata, beliau berpuas hati dengan tugasnya sepanjang menerajui SPR selama tujuh tahun.

"Saya boleh katakan semua pilihan raya yang dikendalikan itu berjaya. Saya sangat gembira," katanya.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Abdul Rashid berkata: "Tidak ada. Kalau ada pun, saya simpan dalam hati." - Mstar

* Samanlah wahai Rashid, supaya orang tidak terus mengatakan awak ini lidah bercabang

10 maut dalam serangan terbaru Israel

Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.

Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.

Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera. - Utusan

* Malaysia perlu cadang dan desak OIC tubuh tentera negara-negara Islam dengan segera

Kekal atau keluar? Pemimpin India Pakatan putuskan esok

PETALING JAYA: Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini esok - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum esok yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.

"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."

"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.

Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.

Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.- Mstar

Penulis Blog Wajar Dikenakan ISA

MELAKA 29 Dis. - Individu yang bertanggungjawab menulis blog menghina Nabi Muhammad SAW wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana jelas berniat menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Ghazale Muhamad berkata, individu terbabit mempunyai niat yang tidak baik apabila mewujudkan blog tersebut.

Menurutnya, perbuatan individu terbabit jelas menghina masyarakat Islam di negara ini selain berhasrat mendatangkan huru-hara di kalangan masyarakat.

''Saya merasakan ada usaha oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan mewujudkan blog tersebut.

''Sekiranya ada unsur-unsur mendatangkan kekacauan melalui kewujudan blog ini, maka amat wajar individu yang bertanggungjawab ke atas perkara itu dikenakan ISA,'' katanya selepas melawat bayi Maal Hijrah di Hospital Melaka (HM) di sini hari ini.

Program itu julung kali dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, kelmarin. - Utusan

* Gunakan sahaja undang-undang sedia ada dan pelaku perlu dibicara. Mengapa menggunakan hendak menggunakan undang-undang zalim?

Buru dalang hina Islam

PUTRAJAYA: “Dalang yang menyebarkan artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W akan dikesan bagi membolehkan tindakan tegas dapat diambil,” kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr Hakim Shafie.

Berikutan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan pihak terbabit.

“Kami akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk mendakwa mereka yang terbabit dalam penyiaran artikel dan gambar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Halim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah blog yang didakwa milik seorang wanita Melayu menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.
Bagaimanapun, dipercayai wanita dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.

Antara peruntukan undang-undang jenayah dan sivil boleh digunakan terhadap individu atau penulis yang menyalahgunakan laman web atau blog untuk tujuan negatif, termasuk mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) dan Akta Hasutan 1948.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap blog terbabit.

Tindakan itu, katanya tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh mengancam dan menimbulkan masalah besar dalam negara selain menghalang isu itu daripada digunakan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan rakyat.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang mendapati menghina agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz, berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap penulis blog atau pemilik laman web jika mereka didapati menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

“Sekarang, SKMM dan polis masih mengesan dalang atau individu bertanggungjawab dalam penyiaran artikel dan gembar menghina Nabi Muhammad.

“Apabila berjaya dikesan kita akan bertindak,” katanya.

Wan Muhammad turut memberi amaran kepada orang ramai, terutama pengikut fanatik agama dan pemimpin politik supaya tidak menyentuh sensitiviti agama masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berkata, wanita itu menemuinya dua minggu lalu menafikan dia penulis dan pemilik laman blog terbabit.

Beliau berkata, wanita itu meminta bantuan RTM untuk membersihkan namanya. - Hmetro

Ceramah PAS "ISA" kecoh, Pewaris serah memorandum ternakan babi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 anggota pertubuhan bukan kerajaan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkumpul di hadapan Stadium Bandar Baru Bangi dekat sini malam ini bagi menyerahkan memorandum meminta PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Ketika itu sedang berjalan ceramah perdana bertajuk "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan sedikit kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Bagaimanapun selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Pewaris dan Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka."Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

"Kita tak mahu masyarakat khususnya umat Islam di sana menerima tempias akibat wabak penyakit bawaan babi yang mengancam kesihatan serta mengakibatkan pencemaran sungai sebagai satusatunya sumber air bersih negeri ini," katanya.

Antara kawasan yang terbabit adalah Pengkalan Balak, Sungai Tuang dan Paya Mengkuang. - Mstar

29 December 2008

AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di KT - Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.

"AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Muda.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

"Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya.

"Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut.

"Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN.

"Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah .

"Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz

Hina Islam perbuatan kurang ajar - Harussani

PUTRAJAYA 29 Dis. — Perbuatan menghina agama Islam adalah satu perbuatan ’kurang ajar’, tidak beradab dan keji, kata Tokoh Ma’al Hijrah 1430H Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini.

Beliau berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar.

“Kami menghormati agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama kami (Islam). Misalnya apabila perbuatan mengeji agama Islam, mencaci Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tak akan berbuat perkara yang sama (kepada agama lain),” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2008 di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau berkata untuk keharmonian dalam negara ini sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Islam di negara ini tidak pernah menghina agama lain yang dianut rakyat negara ini.

Terdahulu Harussani dan cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah Al-Zuhaili diumum tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah/2008.

— BERNAMA

Ayuh sertai Intifadah di kedutaan Amerika pagi esok!

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - "Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".Ayuh sertai Intifadah pagi esok!

Begitulah ucapan penuh biadap pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling yang diungkap semula oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mengajak semua rakyat Malaysia membantah kekejaman dan sifat 'kebinatangan' Israel terhadap penduduk Palestin sekaligus memberi pengajaran kepada pengganas yang angkuh itu.

Intifadah tersebut akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," katanya berang dengan ungkapan tersebut. - Harakahdaily

Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini - Malaysiakini

Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini.

Kali ini, pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan majlis pelancaran tersebut di Stadium Bandar Baru Bangi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut.

Kamaruzaman yang juga penyelaras lokasi untuk program itu berkata, pada mulanya, permohonan penganjur mengadakan program berkenaan tidak diluluskan.

Namun, tambah beliau, setelah rayuan dibuat, polis memberikan kebenaran minggu lalu.

Wakil keluarga tahanan berucap

Pelancaran itu akan dilakukan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat pada jam 9 malam ini.

Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seorang wakil DAP.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang dijadual turut berucap di majlis tersebut.

Kamaruzaman berkata, stadium tersebut boleh memuatkan 15,000 penonton, termasuk di bahagian padang.

Beliau menambah, perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan di Stadium Selayang tetapi ditukar ke Stadium Bandar Baru Bangi ekoran kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Stadium berkenaan.

Seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas, katanya.

Syed Ibrahim di Mekah

Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu.

Bagaimanapun, pihak polis telah bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di situ kerana ia tidak mendapat permit polis.

Polis turut menahan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadai majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.

Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.

20 ketua Pemuda buat laporan polis

MELAKA 28 Dis. - Kewujudan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW terus mendapat tentangan pelbagai pihak yang mendesak agar siasatan segera dijalankan bagi menjejaki individu sebenar yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan itu.

Ekoran kejadian itu, 20 Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bahagian Kota Melaka membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, di sini hari ini.

Ketua Pemuda Bahagian Kota Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman yang mengetuai laporan itu berkata, tindakan tersebut bertujuan menyekat perbuatan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam daripada berterusan.

"Perbuatan menghina Nabi Muhammad adalah satu bentuk hasutan dan telah membangkitkan kemarahan umat Islam.

"Ia jelas telah mewujudkan sentimen agama dan pihak polis perlu mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengenakan tindakan di bawah ISA," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Melaka Tengah di sini hari ini.

Dalam laporan itu, pihaknya turut menyerahkan salinan cetak kandungan blog tersebut yang telah dihentikan sejak semalam.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya kelmarin mendedahkan mengenai kewujudan sebuah blog yang didapati menghina Nabi Muhammad sehingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu, bagaimanapun gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Menurut Abdul Razak, walaupun ada dakwaan mengatakan penulis tersebut telah teraniaya, tetapi beliau percaya pihak polis akan berjaya mengesan penulis sebenar blog tersebut dalam masa terdekat. - Utusan

Tutup blog palsu

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran menutup blog palsu dan yang menggunakan identiti orang lain.

Presiden Penaja Perikatan Kebangsaan Penulis Blog (All-Blogs), Ahirudin Attan berkata, tindakan menutup segera blog-blog palsu ini perlu dilakukan selepas hasil siasatan membuktikan ia adalah palsu serta menggunakan identiti orang lain.

‘‘Mengenai kes wanita yang nama dan gambarnya digunakan bagi mewujudkan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW, adalah jelas ia merupakan blog palsu maka ia harus ditutup dengan segera,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga penulis laman blog Rocky’s Bru berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia kelmarin tentang sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Berdasarkan blog itu lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Ahirudin memberitahu, ini adalah perkara-perkara negatif berlaku dalam dunia siber apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan identiti orang lain untuk membuat sesuatu yang negatif seperti laman lucah.

Katanya, pemimpin-pemimpin negara juga tidak terkecuali berdepan dengan masalah itu seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila nama dan gambar beliau digunakan untuk membuka laman sosial Facebook.

‘‘Menteri-menteri lain seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral ini,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta media cetak dan elektronik tidak menghebohkan atau menggembar-gemburkan mengenai blog-blog palsu ini kerana ia akan menarik minat orang ramai untuk membuka laman blog terbabit.

Tegasnya, paling baik tidak perlu untuk memberi reaksi keterlaluan terhadap blog tersebut yang jelas merupakan blog palsu.

Ahirudin memberitahu, SKMM perlu mengambil tindakan proaktif dalam hal ini dengan menyiasat blog-blog terbabit dan jika didapati palsu perlu ditutup segera kerana ia akan menjejaskan negara serta individu terlibat.

Tambah beliau, blog-blog yang banyak mengkritik kerajaan, kasar dan tidak beradab, menghina agama serta Nabi Muhammad SAW bukanlah sifat penulis laman blog negara ini.

‘‘Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini juga merosakkan nama baik penulis-penulis laman blog negara ini dan sejak dulu lagi saya telah mencadangkan agar mereka menggunakan nama sendiri serta tidak berselindung di sebalik nama samaran,’’ katanya.

Jelas beliau, sekiranya penulis-penulis blog menggunakan nama sendiri ia akan meningkatkan kualiti blog negara ini yang dianggap sebagai media rakyat. - Utusan

Dunia kutuk serangan Israel

BRUSSELS 28 Dis. - Kuasa-kuasa dunia mengutuk serangan udara Israel semalam dan menuntut keganasan dihentikan segera ke atas kedudukan pasukan keselamatan Hamas di Genting Gaza, sebagai membalas serangan roket oleh pejuang Palestin itu.

Di Asia Barat, Liga Arab menyalahkan rejim Yahudi itu sementara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menuduh Israel melakukan "jenayah perang" kerana tidak menghiraukan nyawa penduduk awam Palestin.

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa mahu Menteri-Menteri Luar negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah hari ini bagi membincangkan serangan Israel itu.

Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa kedua-dua pihak segera menghentikan keganasan.

Ketua dasar luar EU, Javier Solano berkata, tindakan Israel itu akan hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan selain merumitkan usaha mencari penyelesaian secara damai di rantau itu.

EU menggesa supaya semua pintu keluar dari Gaza dibuka semula dan penghantaran bekalan bantuan dan bahan api ke wilayah itu dipulihkan.

EU juga mendesak Israel menarik balik sekatan terhadap kemasukan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, wartawan dan diplomat ke Gaza.

Sementara itu, Kementerian Luar Rusia mendesak Israel "menghentikan segera penggunaan kekerasan secara besar-besaran ke atas Genting Gaza."

- AFP

Saiful: "6 bulan lalu paling mencabar dalam hidup saya"

PETALING JAYA: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya hari ini dengan menyifatkan tempoh enam bulan yang lalu sebagai "paling mencabar dalam hidupnya."

"Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah enam bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur.

"Terus terang, inilah enam bulan yang paling mencabar dalam hidup saya," kata Saiful, 23, yang kali terakhir memuatkan tulisan dalam blognya sempena Aidilfitri yang lalu.

Kata Saiful, tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia telah dilemparkan kerana tidak mempercayai dakwaannya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

"Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar," katanya Saiful lagi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah didakwa meliwatnya pada 26 Jun lalu di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dekat sini.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu

Pada 9 Julai lalu Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Saiful muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 November lalu.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

Dalam tulisannya kali ini sempena sambutan Maal Hijrah esok, Saiful berkata:

"Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t."

"Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh enam bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya.

"Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak.

"Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi.

Bagaimanapun Saiful mengakui bahawa dia tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini.

Malah, katanya, ia telah memberikannya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar pada masa akan datang terutama semasa ketika perbicaraan kes itu kelak.

Kes itu masih di peringkat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan semakan Pejabat Peguam Negara bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Jelas Saiful, walaupun terkilan atas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

Merujuk kepada sambutan Maal Hijrah pula, Saiful menulis, konteks hijrah tidak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

"Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran.

"Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan.

"Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba," katanya.

* Muncul setiap kali dekat pilihanraya... ada apa-apa kah?

280 korban Israel

GAZA: Israel bersiap untuk menghantar tentera darat ke Gaza selepas melancarkan siri serangan jet pejuangnya terhadap sasaran Hamas menyebabkan 280 terbunuh dan 780 lagi cedera dalam tempoh 24 jam, antara korban terbesar rakyat Palestin oleh rejim Zionis, sejak 60 tahun lalu.

Pesawat tempur negara Yahudi itu menyerang 250 sasaran di Gaza dalam serangan besar-besaran terhadap wilayah pentadbiran Hamas itu sejak kelmarin.

Ibu pejabat keselamatan Hamas, sebuah masjid, stesen televisyen, trak bekalan minyak dan gudang farmasi adalah antara yang diserang menyebabkan ketua biro politik Hamas di Damsyik, Khaled Meshaal, menggesa pejuang Palestin melancarkan intifada baru.

Israel yang mendapat sokongan sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, menamakan kempen terbaru ketenteraannya di Gaza sebagai 'Operation Cast Lead', memulakan serangan menerusi 60 jet pejuang ke atas 50 sasaran dalam masa beberapa minit.

Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 150 roket dan mortar ke selatan negara Yahudi itu menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Kempen pengeboman Israel dilancarkan selepas tamatnya gencatan senjata enam bulan antara negara itu dan Hamas, lapan hari lalu. Ia juga berlaku dua bulan sebelum pilihan raya Israel. - Bharian

* Israel perlu diajar !!!

Israel terus mengganas

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas. – Agensi

* Hancurkan Israel !!!

28 December 2008

Polis Ambil Keterangan Wanita Dikaitkan Dengan Blog Hina Nabi

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Polis telah mengambil keterangan daripada seorang wanita yang dikaitkan dengan satu laporan blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya menahan wanita yang berusia 27 tahun itu di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 6 petang semalam bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

"Wanita itu disoal siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengenai artikel yang menghina Nabi Muhammad SAW," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ismail berkata siasatan masih pada peringkat awal dan tiada individu lain dipanggil untuk memberi keterangan setakat ini.

"Wanita yang berasal dari Kedah itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan," katanya yang enggan mengulas lanjut isu terbabit.

Sementara itu, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.

Presidennya Amir Amsaa Alla Pitchay mendesak polis agar mengambil tindakan terhadap penulis blog itu supaya menjaga sensitiviti penduduk yang beragama Islam di negara ini. -- BERNAMA

Kuasa dunia gesa hentikan keganasan

BRUSSELS 28 Dis. - Kuasa-kuasa dunia menuntut supaya keganasan dihentikan segera selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas kedudukan pasukan keselamatan Hamas di Genting Gaza semalam sebagai membalas serangan roket oleh pejuang Palestin.

Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa kedua-dua pihak menghentikan keganasan, tetapi sekutu terkuat Israel, Amerika Syarikat (AS) seperti dijangka menyalahkan Hamas, pentadbir Genting Gaza, kerana mencabuli gencatan senjata enam bulan yang berakhir pada 19 Disember lalu.

Di Asia Barat, Liga Arab menyalahkan rejim Yahudi itu sementara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menuduhnya melakukan “jenayah perang” kerana tidak menghiraukan nyawa penduduk awam Palestin.

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa mahu Menteri-Menteri Luar negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah hari ini.

Ketua dasar luar EU, Javier Solano menyifatkan serangan Israel itu sebagai tidak wajar kerana meragut begitu banyak nyawa penduduk awam Palestin dan hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan selain merumitkan usaha mencari penyelesaian secara aman.

EU juga menggesa supaya semua pintu keluar dari Gaza dibuka semula dan penghantaran bekalan bantuan dan bahan api ke wilayah itu dipulihkan, sambil mendesak Israel menarik balik sekatan terhadap kemasukan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, wartawan dan diplomat ke Gaza.

Kementerian Luar Rusia mendesak Israel “menghentikan segera penggunaan kekerasan secara besar-besaran ke atas Genting Gaza.”

Di Turki, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menggambarkan operasi tentera Israel itu sebagai tanda “kebiadaban” terhadap usaha Ankara untuk merundingkan perdamaian antara Israel dengan musuh lamanya, Syria.

Sementara itu, demonstrasi mengutuk serangan Israel itu berlangsung dari Istanbul hingga ke Paris dan di ibu negara Maghribi, Rabat. - AFP

* Umat Islam di Palestin sedang disembelih oleh Israel !!!