31 December 2008

Injil tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Kerajaan akan menyekat sebarang usaha pengembangan agama Kristian termasuk penterjemahan kitab Injil ke bahasa Melayu yang bertujuan mengelirukan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, ia bertepatan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen Kawalan Dan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam.

Menurutnya, isu penterjemahan kitab Injil kepada bahasa Melayu sememangnya boleh menyebabkan kekeliruan istilah dan konsep ajaran Islam serta merosakkan akidah umatnya. - Utusan

* Tindakan yang tepat

1 comment:

  1. Pada pendapat saya, pengharaman melakukan penterjemahan kitab Injil dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang tidak patut. Hal ini kerana, saya mempunyai beberapa sebab mengapa Injil boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Sebab yang pertama adalah dengan penterjemahan Injil ke dalam bahasa Melayu ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pihak kerajaan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung akan mengembalikan ketuanan Melayu kepada orang Melayu. Seterusnya, dengan penterjemahan Injil ke dalam bahasa Melayu, sedikit sebanyak akan membantu masyarakat yang tidak memahami bahasa Inggeris mampu untuk memahami Injil dalam bahasa Melayu. Tujuan untuk memahami Injil bukanlah bertujuan untuk memesongkan orang Melayu tapi sebaliknya membantu orang Melayu untuk mencari kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam Injil. Dengan ini pembandingan Injil dengan al-Qur'an akan menjadi lebih mudah untuk orang Melayu. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan keimanan orang Melayu dalam mempercayai al-Qur'an.

    ReplyDelete