Wajib bagi setiap muslim menyatakan bantahan terhadap yahudi terkutuk atas apa yang sedang berlaku di Ghaza. Darah rakyat Palestin ditumpah tanpa dosa, sedangkan mereka saudara seagama dengan kita. Zahirkan bantahan tersebut melalui berbagai cara terhadap Israel, juga pelindungnya Amerika.
Demikian juga Mesir dan Jordan yang tidak membuka sempadan bagi menyelamatkan rakyat Palestin. Bantahan boleh dibuat dalam berbagai bentuk dengan syarat caranya tidak bercanggah dengan Islam. Saya sendiri pada hari mesej ini ditulis sudah dua hari berturut-turut menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan Israel di London. ~DR MAZA
-drmaza.com
Seharusnya kita jangan terlampau menyokong Palestin. Saya berkata begini bukan kerana saya menyokong Israel. Saya juga seorang muslim dan saya turut simpati terhadap semua rakyat Palestin. Di sini saya ingin menyatakan bahawa serangan yang bertali arus daripada Israel kepada Palestin adalah akibat kesilapan Palestin sendiri. Mereka semua adalah lemah. Terlalu lemah. Bukan kerana kekurangan senjata tetapi kerana perpaduan. Seharusnya dalam menuntut kemerdekaan Palestin, Hamas dan Fatah harus melupakan pertelagahan politik mereka sebaliknya mereka seharusnya bersatu dalam memerangi Israel. Sesungguhnya usaha-usaha negara-negara Islam adalah sia-sia sekiranya Palestin bertelagah sesama sendiri. Jadi di sini saya ingin menegaskan bahawa Palestin harus bersatu untuk memerangi Israel. Dengan ini barulah Palestin akan mendapat negara mereka. Sesungguhnya dalam al-Qur'an telah disebut bahawa muslim itu adalah bersaudara.
ReplyDelete