LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 December 2009

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor Baru UiTM

Admin | 5:11 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa esok (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Pada masa yang sama beliau juga merupakan segelintir daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dilantik sebagai profesor di universiti antarabangsa.

Setiap tahun sejak tahun 2000, Prof Dr Sahol mengajar beberapa kursus pada peringkat ijazah lanjutan dan mengawalselia program penyelidikan Phd di Universiti Stuttgart, Jerman.

Di atas sumbangannya itu, beliau akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Stuttgart pada November depan.

Sebagai tenaga staf akademik UiTM pula, Prof Dr Sahol bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan melaksanakan pembinaan 9 bangunan utama dan kampus termasuklah menara kembar 20 tingkat Kompleks Kejuruteraan UiTM, Masjid UiTM dan Hotel UiTM.

Beliau juga bertanggungjawab merancang, menyelia dan membina kampus Pahang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketika beliau dilantik untuk mengetuai kampus Pulau Pinang, Prof Dr Sahol telah memperkenalkan program mendekatkan kampus dengan masyarakat melalui program tuisyen kepada murid-murid sekitar yang dikendalikan oleh pelajar UiTM sendiri.

Program ini menjadi sangat terkenal sehinggakan ketika perasmian kampus Pulau Pinang oleh perdana menteri, lebih 12,000 orang telah membanjiri kampus berkenaan.

Dengan kepakaran yang beliau ada, Dr Sahol telah dilantik untuk mengetuai Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan universiti awam negara.

Program Apex iaitu Program Pemacuan untuk Kecemerlangan atau Accelerated Program for Excellence yang mana Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti yang pertama untuk menerajui program ini adalah merupakan salah satu daripadanya.

Beliau juga bertanggungjawab merangka Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga agenda kritikal pengajian tinggi yang merupakan antara komponen terpenting pelan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof Dr Sahol juga bertanggungjawab memperkenalkan program ePMO iaitu satu sistem yang dapat menjejaki perkembangan pelan strategik pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh semua universiti awam negara termasuk KPI Kementerian. - Mstar

'Zaman joli katak sudah berakhir'

Admin | 5:02 PM | Be the first to comment!
Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi. - Malaysiakini

* Konon Muhyidin juara perpaduan tetapi halang keras unsur perpaduan itu sendiri.

Bekas rakan sepejabat sedih dengan nasib Raja Azman

Admin | 6:18 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Seorang bekas rakan sepejabat Raja Petra Raja Kamaruddin di akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu ketika dahulu iaitu 'Seruan Keadilan' sedih dengan nasib anak keduanya, Raja Azman, 33, yang hidup dalam kesusahan.

Azwanddin Hamzah yang juga bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Raja Azman kini menganggur selepas dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Katanya, keadaan itu amat tidak adil kerana Raja Petra dan isterinya Mable @ Marina Lee hidup di sebuah kediaman mewah di London manakala anaknya di tanah air dibiarkan terkontang-kanting.

"Selepas Raja Petra melarikan diri kami terputus hubungan namun dia masih berhubung dengan beberapa blogger yang memberitahu mereka berdua hidup di sebuah kediaman mewah di London.

"Saya amat terasa dengan maklumat berkenaan kerana mengetahui kesusahan yang ditanggung Raja Azman sehingga terjebak dengan aktiviti jenayah dan dihadapkan ke mahkamah malah masih menganggur sehingga sekarang" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir lapan bulan lalu, kini berada di London, United Kingdom (UK).

Sebelum ini sumber polis mendedahkan dia dipercayai menetap di sebuah pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web kendaliannya, Malaysia Today.

Sementara itu, Raja Azman pula didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ bernilai RM8,000, memecah masuk sebuah rumah di Shah Alam dan mencuri sebuah telefon bimbit Nokia dan jam tangan Seiko serta serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari kediaman seorang pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, Azwanddin yang merupakan bekas Ketua AMK Wilayah Persekutuan turut membidas Raja Petra kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang pejuang keadilan namun dia sendiri tidak pernah adil kepada keluarganya.

Katanya, perkara itu menunjukkan sikap sebenar Raja Petra yang buat-buat tidak nampak perkara pokok di depan mata tetapi sibuk pula dengan usaha untuk menterjemahkan imaginasi politiknya yang liar.

Beliau turut mempertikaikan kenapa Raja Petra tidak berkorban dengan membantu anak sendiri sebagaimana dakwaan dia selama ini kononnya telah banyak berkorban dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Dia bercerita pasal negara, cuba mengatur politik Malaysia tapi apa jadi kepada Raja Azman, kenapa tidak beri ruang kepadanya, tahukah sama ada dia cukup makan, kerjanya ada atau tidak.

"Malulah kalau begini, kononnya mahu menjadi pemain catur politik negara tapi politik keluarga sendiri gagal, bukankah berkorban untuk anak sendiri lebih penting daripada pengorbanan khayalannya selama ini," katanya. - Utusan

* Anak nabi Nuh kufur macamana? ...Juga simpati anak diberi hasil curi duit rakyat.

Ganti rugi RM800 juta

Admin | 6:13 AM | Be the first to comment!
KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi. - Utusan

Gus Dur meninggal dunia

Admin | 5:35 AM | Be the first to comment!
JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utusan


KH. Abdurrahman Wahid. Presiden Republik Indonesia ke 4 Meninggal dunia pada pukul 18.45 di Rumah Sakit Cipto Mangunkusomo dalam usia 69 tahun. (7 September 1940-30 Desember 2009)

Pakistan bimbang serangan Taliban

Admin | 5:33 AM | Be the first to comment!
PESHAWAR, Pakistan 30 Dis. - Pakistan bimbang kemungkinan lebih banyak serangan keganasan akan dilakukan oleh rangkaian Taliban setelah mereka mendakwa bertanggungjawab meletupkan bom yang membunuh 43 orang pada sambutan Hari Ashura puak Syiah di Karachi kelmarin.

Seorang komander pergerakan Tehreek-e-Taliban (ITP) yang menjadi buruan kerajaan Pakistan kerana terlibat dalam serangan ke atas pasukan tentera dekat sempadan dua bulan lalu mendakwa bertanggungjawab dalam serangan itu.

“Kami telah pun meledakkan bom di Karachi,” kata Asmatullah Shaheen, komander militan yang berpangkalan di selatan Waziristan dalam temu bual telefon dengan AFP dari lokasi yang dirahsiakan. - AFP

30 December 2009

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

Admin | 8:48 PM | Be the first to comment!
KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak. - Harakahdaily

Tiga Sahabat Dihukum Gantung Edar Dadah

Admin | 8:43 PM | Be the first to comment!
KOTA BHARU: Tiga sahabat karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin tiga tahun lalu.

Mohd Zulkifli Musa, 34, Kamaruzaman Ibrahim, 44, dan Abdullah Mat Daud, 29, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Azman Husin yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan.

"Kesalahan yang dilakukan kamu bertiga amat berat dan mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman ini dan kamu boleh membuat rayuan," kata Mohd Azman.

Ketiga-tiganya ditahan pada 4.15 petang 11 April 2006 di Hoi Key Restoran, Jalan Toh Hakim di sini, kerana cuba mengedar heroin seberat 23.46 gram.

Mohd Zulkifli dan Kamaruzaman, kedua-duanya buruh berasal dari Rantau Panjang, manakala Abdullah dari Tanah Merah adalah pemandu lori kelapa sawit.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob manakala Peguam Tara Singh Dilip mewakili Mohd Zulkifli, Wan Abdullah Thani Wan Yusof mewakili Kamaruzaman dan Rozihan Othman mewakili Abdullah. - BERNAMA

* Di US, kesalahan seperti ini hanya dipenjara 10 Tahun. Selepas hukuman mereka masih boleh memberi sumbangan kepada negara. Di Malaysia, pesalah dibunuh, masalah tidak juga selesai.

Anak saudara, anak dakwa tiada niat bunuh suami isteri

Admin | 8:41 PM | Be the first to comment!
Seorang pengikut Al-Arqam didakwa membunuh sepasang suami isteri hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau memukul kedua-dua mangsa dengan kayu, topi keledar dan batang mop sehingga berdarah bagi rawatan menyucikan diri daripada makhluk halus.

Tertuduh, Muhammad Ilyas Abdul Razak, bagaimanapun menegaskan dia tidak berniat untuk menyebabkan kematian mangsa, yang merupakan ibu dan bapa saudaranya, dan tidak tahu tindakannya semasa melakukan upacara penyembuhan itu boleh mendatangkan kematian.

Muhammad Ilyas, tertuduh pertama dalam kes itu, berkata demikian dari kandang tertuduh ketika membaca keterangan bertulis untuk membela diri terhadap tuduhan membunuh Mohd Ibrahim Kader Mydin, 48, dan Rosina SM Mydin Pillay, 42, di sebuah rumah di Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari dan 8 malam, 1 Okt tahun lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu bersama-sama adiknya Muhammad Fauzi Abdul Razak, 22, dan anak pasangan itu Muhammad Nizam Muhammad Ibrahim, 21, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

"Saya telah memukul bapa saudara saya dengan menggunakan helmet dan kayu daripada meja yang sudah pecah. Dia tidak bantah, tidak menangis dan tidak berkata dia merasa sakit.

"Saya telah minta ibu saudara saya duduk di atas lantai dan saya telah memukulnya dengan menggunakan kayu mop, helmet dan kaki meja sehingga dia berdarah," kata tertuduh.

Muhammad Ilyas berkata selepas rumah dibersihkan daripada tompokan darah, dia mengarahkan Muhammad Fauzi untuk menuangkan air panas ke atas badan ibu dan bapa saudaranya yang sudah tidak lagi bergerak bagi proses membangkitkan mereka.

"Saya tidak berniat untuk menyebabkan kematian ibu dan ayah saudara saya kerana mereka antara yang paling rapat dengan saya dan saling menyayangi. Hasrat saya hanya nak berbuat baik dengan mereka.

"Tiada sesiapa pun yang menghalang perbuatan saya, mahupun ibu dan ayah saudara saya dan saya hanya mengetahui mereka sudah meninggal apabila pihak polis datang kemudian menahan saya," katanya.

Muhammad Fauzi, dalam pembelaannya, berkata dia tidak terlibat secara langsung dengan proses rawatan yang dilakukan ke atas ibu dan ayah saudaranya itu.

"Saya tiada niat langsung untuk melakukannya atau pun untuk mendatangkan kecederaan terhadap mereka, saya juga percaya Muhammad Ilyas tidak ada motif untuk melakukannya kerana mangsa tidak menjerit kesakitan atau melawan," katanya.

Anak mangsa berkata beliau tidak berniat membunuh ibu dan bapanya sendiri ataupun untuk mencederakan mereka.

"Siapa yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri? Pada keseluruhan masa, saya tidak mempunyai kawalan di atas diri saya dan saya semacam dipukau.

"Tiada pakatan atau konspirasi di antara kami bertiga untuk membunuh atau mendatangkan kecederaan teruk ke atas ibu bapa saya atau kepada sesiapa pun di dalam rumah," kata Muhammad Nizam.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan saksi pembelaan iaitu pakar perunding psikiatari forensik dari Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Rabaiyah Mohd Salleh, yang berkata bahawa tertuduh pertama menghidapi penyakit mental iaitu kecelaruan efektif.

Dalam keterangannya, beliau berkata hasil daripada pemeriksaan perubatan yang dilakukan pada 15 Okt 2008, didapati bahawa Muhammad Ilyas mempunyai sifat dilusi dan yakin yang dia boleh menghidupkan mereka yang sudah mati.

"Saya membuat kesimpulan, Mohd Ilyas menghadapi penyakit itu iaitu yakin dan taksub terhadap kepercayaan dapat menghidupkan kembali mangsa dan dalam kejadian itu dia tidak waras dan tidak sedar akibat perbuatannya," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan dua lagi tertuduh tidak menghadapi sebarang penyakit mental seperti Muhammad Ilyas.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah bersambung 15 Jan depan. BERNAMA

Polis London bantu jejak Raja Petra

Admin | 8:34 PM | Be the first to comment!
Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin, yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Kalau rasa diri tidak bersalah, Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini," katanya.

Mengulas mengenai permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

"Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri," kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri perdana menteri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London. BERNAMA

* Jika polis Malaysia adil, perkara ini tidak berlaku.

Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Pandu Melulu

Admin | 5:00 AM | Be the first to comment!
IPOH: Seorang pemandu bas Sani Express hari ini mengakutidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini atas tuduhan memandu secaramelulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 280.3 LebuhrayaUtara-Selatan (PLUS), di sini, Sabtu lalu.

Mohd Kamil Mohd Rashid, 37, beralamat di nombor 83, Taman Setia Jaya, Yan,Kedah, yang memandu bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010, didakwamelakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 1.23 pagi, 26 Disember lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 danjika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 ataupenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu itu, pada pukul 11.30 pagi tadi, polis mendapat perintah melanjutkan tempoh reman sehingga Khamis ini.

Bagaimanapun, pada pukul 1 tengah hari, pihak media dimaklumkan bahawa tertuduh akan didakwa pada 2.30 petang hari ini.

Mohd Kamil, yang memakai kemeja syarikat bas berwarna merah dan berseluar gelap, tiba di mahkamah pada 2.10 petang. Beliau kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya dan memohon kepada mahkamah untuk dibicarakan.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan ikat jamin RM20,000 denganseorang penjamin dan menetapkan 3 Feb depan sebagai tarikh perbicaraan.

"Ini adalah berdasarkan kepentingan awam dan lain-lain faktor. Lesen memandutertuduh juga dirampas serta merta sehingga kes selesai," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai memohon ikat jaminRM15,000 berdasarkan faktor kepentingan awam dan lesen memandu tertuduh digantung.

Peguam tertuduh, S. Arumugam dan Khairun Niza Husnin, memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu dengan alasan anak guamnya tidak pernah melakukan kesalahan trafik dan mempunyai enam orang tanggungan iaitu ibu bapa, seorang isteri dan tiga anak kecil berusia antara enam bulan dan sembilan tahun.

Mohd Kamil kemudian dibebaskan kira-kira 5 petang tadi apabila dua wakil syarikat berkenaan membayar wang jaminan tersebut.- BERNAMA

* 10 orang mati = denda rm10,000?

Nik Aziz sahkan dua setiausaha berundur

Admin | 4:55 AM | Be the first to comment!
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan pengunduran dua pegawai peribadinya seperti diura-urakan sejak hujung minggu lalu.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, memaklumkan isu hangat kepada mesyuarat mingguan Dewan Harian parti itu di Kota Bharu petang ini.

Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat itu, setiausaha politik menteri besar Anual Bakhri Haron meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari ini, setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob pula tamat kontrak sebulan selepas itu.

Ditanya sebab-sebab Anual Bakhri berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak Disember 1999, Mohd Zaki berkata pegawai itu ingin menumpukan pada kegiatan penulisannya.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang juga timbalan dua pesuruhjaya PAS Kelantan, hadir dalam mesyuarat selama 90 minit itu walaupun pada awalnya diura-urakan ingin memboikotnya.

Husam, yang dikatakan rapat dengan Anual Bakhri, diura-urakan tidak senang dengan perkembangan politik dalam kerajaan negeri itu, mutakahir ini.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana "sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini".

"Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun," katanya.

Ditanya sama ada pengguguran tersebut disebabkan perkembangan dan pergolakan yang berlaku di Kelantan, Anual berkata: "Saya tidak pergi sejauh itu."

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Seperti laporan akhbar hari ini, Mohd Saiba pula mengesahkan pengguguran itu melibatkan beliau dan Anual tetapi kedua-duanya belum menerima hitam putih keputusan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau difahamkan Anual digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak terhadapnya yang dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz menafikan wujud pemecatan dua setiausahanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Anual Bakhri mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi prosedur biasa pelantikan politik.

Beliau juga menafikan desas-desus Husam, yang hadir di mesyuarat tersebut walaupun diura-urakan tidak mahu menyertainya, meletakkan jawatan.

Dalam perkembangan lain, agensi berita Bernama melaporkan,
Nik Abdul Aziz juga berkata PAS Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar negeri itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"PAS Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," beliau dipetik berkata.

Nik Abdul Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud pula menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon PAS terdiri daripada
anak tempatan sahaja.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya. - Malaysiakini

KM Sarawak selar pembangkang 'lapar kuasa'

Admin | 4:45 AM | Be the first to comment!
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

"Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

"Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata ahli politik pembangkang membuat janji-janji kosong dan mendakwa mereka boleh melakukan keajaiban bagi menggembirakan rakyat dan pengundi.

Sebagai contoh, mereka mendakwa boleh melindungi pelbagai perkara, mendapatkan lebih banyak wang daripada pembangunan tanah adat dan sebagainya, katanya.

"Masa depan rakyat, dengan kesedaran bahawa lebih baik mereka menyokong BN berbanding ahli politik pembangkang yang banyak bercakap. Mereka tidak dapat buktikan kemampuan mereka untuk membantu rakyat," kata Taib di majlis perasmian mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Sementara itu, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom menyeru semua komponen parti BN bekerjasama dari peringkat atas hingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang cabaran dan kritikan yang boleh menggugat keutuhan BN dan menukar corak politik negeri Sarawak.

"Tidak ada satu parti komponen boleh menganggap bahawa dia adalah lebih penting atau berkuasa daripada yang lain. Dalam keadaan susah atau senang, kita mesti bersatu dalam BN," katanya.

Untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Mawan menyeru pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk menangani isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan alam sekitar yang dimainkan pembangkang untuk memesongkan rakyat, khususnya di luar bandar.

"Saya berharap pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengambil tindakan proaktif dengan memberi penerangan lengkap kepada penduduk di luar bandar melalui sesi dialog dan perjuangan sosial di peringkat akar umbi untuk memastikan penyokong dan penduduk di luar bandar tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang," katanya. BERNAMA

* Cuba siasat kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya... Rakyat Sarawak jangan biar diri terus tertipu.

Kes liwat: Rayuan terakhir Anwar didengar 6 Januari

Admin | 4:41 AM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA 29 Dis. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimen Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.

Tarikh tersebut dimaklumkan melalui faksimile yang dihantar oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini ke pejabat peguamnya, S.N. Nair hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pendakwa raya dan menolak rayuan balasnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut.

Pada 6 November lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Hasan Lah sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar dia dibekalkan dengan dokumen pendakwaan bagi menyediakan pembelaannya.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut menolak rayuan balas pemimpin pembangkang itu supaya dia diberikan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah diuji milik Mohd. Saiful Bukhari, 24, yang juga pengadu kes.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.

Antara dokumen tersebut ialah rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari; Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi; pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain yang gagal diperoleh oleh Anwar termasuk laporan perubatan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), laporan kimia dan senarai saksi pendakwaan.

Ia juga melibatkan rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 dan 27 Jun tahun lalu.

Ketua pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.- Utusan

Kenapa terma pelantikan Anwar belum didedahkan?

Admin | 4:37 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Selepas 44 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, rakyat negeri berkenaan terus tertanya-tanya terma pelantikannya yang masih belum didedahkan kepada umum.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sikap 'berahsia' kerajaan negeri itu merupakan satu lagi bukti slogan ketelusan yang dilaungkan selama ini hanya retorik untuk meraih undi semata-mata.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri membuat penjelasan mengenai perkara berikut:

n Adakah surat pelantikan Anwar telah dikeluarkan?

n Adakah Anwar perlu melapor kepada Menteri Besar ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)?

n Apakah kaedah laporan yang diguna pakai sama ada secara lisan atau bersurat?

Mohamad Satim berkata, persoalan tersebut mesti dijawab segera oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan jika beliau enggan, Exco Kanan, Azmin Ali mesti mengambil tanggungjawab itu.

"Sudah lebih sebulan Abdul Khalid umumkan pelantikan Anwar, namun sehingga hari ini, kita langsung tidak diberitahu apa-apa.

"Makluman itu mestilah dibuat secara terbuka kerana kerajaan negeri mendakwa mereka mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Jika Abdul Khalid tidak mahu berbuat demikian, kita desak Azmin tampil, lagipun saya difahamkan beliau bakal memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 13 November lalu, Abdul Khalid pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam mengumumkan pelantikan Anwar berkuat kuasa serta-merta dengan bayaran gaji RM1 sebulan.

Beberapa hari selepas itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberikan kemudahan pejabat, kenderaan dan elaun kepada Anwar.

Pelantikan itu sebelum ini dianggap Mohamad Satim sebagai senjata halus bagi mengukuhkan kedudukan Azmin di Selangor selepas cadangan untuk melantiknya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah ditolak mentah-mentah oleh ahli-ahli parti di negeri tersebut. - Utusan

* Takut Umno dengan Azmin rupanya.

Cadangan suruhanjaya diraja siasat Dr. M ditolak

Admin | 4:33 AM | Be the first to comment!
KOTA KINABALU 29 Dis. - Kerajaan tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tidak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

"Apa yang penting adalah kita melihat masa depan. Semua Perdana Menteri telah memberi sumbangan yang besar sehingga membolehkan masyarakat kini menikmati pelbagai kemajuan.

"Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai mengulas tindakan Barry Wain yang berpangkalan di Singapura menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut. - Utusan

* Rakyat dah tahu, cukuplah...

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Admin | 4:30 AM | Be the first to comment!
KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya. - Utusan

Dr. Rosli, isteri lari: Bapa mertua kecewa

Admin | 4:21 AM | Be the first to comment!
KOTA BHARU 29 Dis. – Walaupun ‘dikepung’ oleh keluarga isteri keduanya sejak semalam kerana didakwa ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah, bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd. Noor hari ini berjaya melarikan diri ke tempat yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kenderaan.

Tindakan Rosli Allani itu menimbulkan kekecohan kira-kira pukul 10.30 pagi apabila bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, cuba menahan anak dan menantunya itu daripada meninggalkan rumah mereka di Kampung Telipot di sini.

Selain itu, Mohd. Noor juga menunjukkan surat perintah ‘mufarakah’ yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Bagaimanapun, Rosli Allani, 35, dan isterinya yang berusia 30 tahun tidak menghiraukannya lalu bergegas meninggalkan rumah mereka menaiki sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Caldina.

Mohd. Noor, 58, ketika ditemui menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” katanya.

Semalam, Mohd Noor dan beberapa rakannya mengepung rumah yang didiami Rosli Allani dan Nor Ilyani kerana mengingkari arahan Mahkamah Tinggi Syariah supaya tinggal berasingan sementara atau mufarakah selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Mohd. Noor juga melahirkan rasa kesal terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Beliau mempersoalkan peranan JHEAIK kerana tidak bertindak semalam untuk menahan Rosli Allani dan anaknya walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah ‘mufarakah’ terhadap pasangan itu.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui pasangan terbabit masih tinggal serumah, beliau bersama peguamnya segera ke pejabat JHEAIK untuk membuat aduan namun pelbagai alasan diberi termasuk memerlukan waran terlebih dahulu daripada mahkamah.

Rosli Allani dan Ilyani berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah ‘mufarakah’ melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu diselesaikan.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama. - Utusan

* Dulu tak cukup 'penerangan' kot...

Pesawat pejuang Israel jadi sasaran tentera Lebanon

Admin | 4:16 AM | Be the first to comment!
BEIRUT 30 Dis. - Tentera Lebanon berkata, pihaknya telah menembak pesawat pejuang Israel yang terbang rendah melampaui ruang udara di selatan negaranya.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera semalam berkata, empat buah pesawat pejuang Israel telah mencerobohi ruang udara di selatan Lebanon.

Tembakan anti-pesawat udara dari Lebanon itu telah memaksa pesawat penceroboh segera beredar dengan terbang pada tahap lebih tinggi.

Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberi kenyataan mengenainya. - AP

29 December 2009

Hilang kerakyatan

Admin | 11:32 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Rakyat Malaysia yang memiliki atau menggunakan pasport negara lain untuk keluar negara berdepan dengan risiko dilucutkan status kerakyatan mereka.

Walaupun ada negara lain yang menerima kaedah tersebut namun undang-undang Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai dua kewarganegaraan.

Sehubungan itu Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan pasport negara asing untuk ‘keluar masuk’ negara ini.

‘‘Jika perbuatan itu dikesan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen. Selain itu status kerakyatan mereka juga boleh ditarik,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kecenderungan segelintir rakyat negara ini yang menggunakan pasport asing untuk ‘keluar masuk’ negara.

Golongan yang dipercayai menggunakan pasport asing itu terdiri daripada mereka yang disenarai hitam oleh pihak berkuasa termasuk Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan jenayah.

Turut dikatakan memiliki dua kerakyatan itu ialah pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini dikehendaki oleh pihak polis berhubung dua kes fitnah melibatkannya.

Raja Petra didakwa bolos dari sempadan negara ini dan kini dipercayai berada di London.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, sebelum ini pihak Imigresen telah mengesan beberapa kes menggunakan pasport negara asing untuk ‘keluar masuk’ di negara ini.

Katanya, individu terbabit telah dilucutkan kerakyatan mereka melalui proses undang-undang.

‘‘Bagaimanapun tindakan tersebut tidak dilakukan serta merta. Selain siasatan rapi dibuat, individu terbabit telah diberi peluang membuat pilihan untuk terus menjadi warga negara Malaysia atau sebaliknya ,’’ katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan, bilangan kes yang dilucutkan kerakyatan kerana mempunyai status dua kerakyatan tidak ramai.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihak Imigresen sentiasa mengawal ketat semua pintu masuk negara sama ada jalan udara atau darat.

‘‘Pemantauan tidak dilakukan secara bermusim. Kita sentiasa memperketatkan kawalan. Kerjasama semua pihak sangat diharapkan,’’ katanya. - Utusan

* Mereka tidak boleh keluar negara jika tidak diluluskan oleh Imigresen. Miliki lebih kewarganegaraan adalah amalan negara maju. Bukankah Malaysia bercita-cita ke arah itu?

Pemuda Pas buat laporan polis

Admin | 11:27 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM 28 Dis. – Bimbang imej Pas akan terjejas, Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPNS) hari ini membuat laporan polis terhadap kumpulan Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS).

Laporan yang dibuat Timbalan DPPNS, Ahmad Zaidi Abdul Talib itu turut menyatakan yang tindakan GKPPNS bertujuan memfitnah serta berniat jahat terhadap Pas Selangor.

‘‘Tujuan kita buat laporan ini untuk bersihkan nama kita kerana mereka ‘menyamar’ sebagai ahli Pas dan menggunakan nama Pas dalam perhimpunan itu.

‘‘Kita tidak tahu siapa mereka kerana dari semakan yang kita buat (Pas Pusat dan Pas Bahagian Gombak) kita dapati mereka bukan ahli kita.

‘‘Tindakan (penyamaran) itu juga telah merosak dan mencemarkan imej Pas sebagai salah sebuah parti politik yang dominan di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Ahmad Zaidi mendakwa, kenyataan kumpulan itu semasa perhimpunan tersebut adalah satu pembohongan.

‘‘Kumpulan tersebut telah membuat fitnah dan berniat jahat terhadap Pas apabila menyatakan bahawa Pas telah dijadikan boneka dan kuda tunggangan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

‘‘Tuduhan jahat ini telah jelas menjejas nama baik parti ini,” katanya yang tidak menolak bahawa perhimpunan itu didalangi oleh UMNO.

Ditanya tindakan susulan yang akan diambil terhadap kumpulan berkenaan, Ahmad Zaidi berkata pihaknya akan meneliti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka terlibat atau sebaliknya.

Ujarnya, pihaknya juga akan mengenal pasti dalang dalam perhimpunan itu melalui gambar serta video yang diperolehinya.

‘‘Kita juga berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut agar perkara seperti ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Dianggarkan hampir 20 ahli DPPNS hadir sama ketika membuat laporan berkenaan.

Semalam sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) mengadakan perhimpunan aman mendesak kepimpinan parti itu supaya keluar daripada pakatan pembangkang.

Ia ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor itu dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. - Utusan


* Mengaku PAS tapi kelakuan UMNO

Wajibkan rakyat mengundi

Admin | 5:12 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Malaysia perlu mencontohi negara Australia dan 37 buah negara lain yang mengamalkan dasar mewajibkan rakyat mengundi bagi menjamin pengundi yang layak mengundi diberi hak mengundi secara automatik tanpa perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin berkata, dasar mewajibkan rakyat mengundi dilihat sebagai kaedah yang lebih efektif bagi memastikan semua rakyat yang layak mengundi diberikan hak untuk melaksanakannya dan memastikan peratusan yang keluar mengundi tinggi.

“Australia telah mengamalkan dasar tersebut dan dapat mencapai rekod peratusan rakyat keluar mengundi tertinggi sebanyak 98 peratus. Begitu juga dengan negara Eropah, Itali dan Perancis.

“Di Asia, negara yang mempraktikkan dasar mewajibkan rakyat mengundi ialah Singapura, Thailand dan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga Disember 2009, sejumlah 4.38 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi.

Man Hin berkata, sudah tiba masanya negara ini melaksanakan dasar mewajibkan rakyat mengundi sebagaimana yang dijalankan oleh kebanyakan negara dan perlu meninggalkan sistem sedia ada.

“Kelebihan utama dengan mewajibkan rakyat mengundi ialah semua pengundi yang layak mengundi boleh melaksanakan hak mereka untuk mengundi. Inilah demokrasi kerana semua rakyat yang layak mengundi boleh mengundi,” katanya.

Menurutnya, sistem pendaftaran pemilih di negara ini didakwa satu kaedah tidak produktif kerana terlalu banyak borang perlu diisi aelain pusat pendaftaran mengundi yang jauh dari tempat kediaman.

“Kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR bahawa hanya 11 juta daripada 16 juta rakyat negara ini yang layak mengundi telah mendaftar mengundi. Ini bermakna 5 juta rakyat masih belum mendaftar.

“Perkara ini sungguh mengecewakan apabila sejumlah pengundi yang layak telah menafikan hak mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan kekangan kecil iaitu kegagalan untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya. - Sinar Harian

Tolong, potong kaki saya!

Admin | 4:05 AM | Be the first to comment!
TANGKAK: “Tolong selamatkan saya, potong saja kaki saya, tolong keluarkan saya.” Begitu kata-kata terakhir seorang lelaki yang rentung bersama tiga anaknya selepas van mereka naiki terbalik sebelum terbakar dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Jalan Muar-Tangkak di Parit Bunga di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Ong Dun Siong, 46, dan dua anak lelakinya, Ong Zhen Hui, 10, dan Ong Zhen Qi, 6, rentung dalam van berkenaan manakala seorang lagi anak lelakinya, Ong Zhen Jie, 3, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Kemalangan turut menyebabkan isteri mangsa, Tan Kock Yew, 37, dan anak lelaki bongsu mereka, Ong Zhen Li yang baru berusia setahun serta seorang lagi rakan sekerja mangsa berusia 20-an dikenali Chan Chen Too, terselamat dengan hanya cedera ringan.

Saksi, Abdul Aziz Samad, 21, berkata dia bersama sepupu dalam perjalanan ke tapak expo di Dataran Tanjung Emas apabila terserempak kemalangan itu.

Menurutnya, dia antara saksi terawal di tempat kejadian dan cuba membantu beberapa ahli keluarga itu keluar dari kenderaan sebelum van terbabit terbakar dan meletup.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila pemandu van itu merayu supaya diselamatkan walaupun sanggup kakinya dipotong,” katanya.

Seorang kenalan mangsa, Tay Kock Yew, 46, berkata keluarga terbabit dalam perjalanan dari Muar ke Tangkak untuk menghantar seorang rakan selepas menghadiri majlis keagamaan di sebuah gereja di sini.

Katanya, mangsa yang juga pekerja di Gereja Calvary di Jalan Kim Kee turut menghadiri dan mempengerusikan satu majlis keagamaan sempena sambutan Krismas yang berlangsung dari jam 8 hingga 10 malam kejadian.

“Dia baru mempengerusikan majlis keagamaan di gereja, tidak sampai setengah jalan perjalanan untuk menghantar seorang rakan sekerjanya pulang ke Tangkak apabila kami dikejutkan dengan berita nahas ngeri itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan HPSF di sini, awal pagi semalam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Muar dan Ledang bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran dan operasi mengeluarkan tiga mangsa yang rentung.

Kedua-dua anak Siong ditemui rentung di tempat duduk belakang van berkenaan manakala Siong ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kemalangan meragut nyawa empat sekeluarga itu berlaku membabitkan empat kenderaan termasuk van Nissan Vanette dinaiki keluarga itu.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati sebuah Toyota Wish bernombor pendaftaran Singapura dari arah Muar ke Tangkak dipercayai cuba membelok ke simpang kanan laluan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dipercayai lambat membelok menyebabkan sebuah Toyota Innova yang datang arah Tangkak ke Muar terlanggar bahagian belakang sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki keluarga itu.

“Sebuah kereta Toyota Vios yang berada di belakang van berkenaan pula melanggar belakang kenderaan mangsa menyebabkannya terpelanting sebelum terbalik dan terbakar berikutan terdapat kebocoran pada tangki minyak,” katanya.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di HPSF sebelum keluarganya menuntut mayat mereka, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Katanya, seorang lelaki iaitu pemandu warga Singapura berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

“Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam sementara tindakan lanjut dikenakan terhadapnya,” katanya. - Mymetro

BERITA UTAMA Khalwat: Arab Saudi ampun 3 rakyat kita

Admin | 3:58 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi.

Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

"Bagaimanapun, jururawat berumur 30-an itu dibenarkan terus bekerja di negara berkenaan," katanya kepada Berita Harian.

Jurutera berusia 40-an itu pula sebelum ini sudah melarikan diri menggunakan pasport palsu Indonesia selepas dibebaskan dengan jaminan mahkamah sementara menunggu keputusan kes khalwat berkenaan.

Sumber itu memberitahu, jurutera terbabit bagaimanapun tidak dibenarkan lagi bekerja di Arab Saudi dan akan ditahan jika dikesan cuba memasuki semula negara itu.

"Walaupun memberi pengampunan, pihak berkuasa Arab Saudi memandang serius kesalahan

menggunakan dokumen palsu," katanya.

Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan lelaki berusia 40-an itu yang juga kenalan jurutera terbabit, ditahan kali kedua tiga minggu lalu kerana cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah dengan menggunakan dokumen palsu Indonesia.

Pihak berkuasa Arab Saudi curiga apabila menemui beberapa dokumen menunjukkan lelaki itu mempunyai identiti rakyat Malaysia, sedangkan dia mengemukakan pasport negara jiran.

Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan kerana didakwa bersubahat dengan dalam kes khalwat membabitkan jurutera dan jururawat berkenaan.

Ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Jeddah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan. - Berita Harian

'Spiderman' mencuri dicekup

Admin | 3:53 AM | Be the first to comment!
KUANTAN - Seorang pencuri nekad terjun ala 'Spiderman' dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kampung Pandan di sini kelmarin semata-mata mahu melarikan diri selepas perbuatannya yang mencuri peralatan komputer di sekolah itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan.

Tindakan suspek yang panik itu tidak berbaloi apabila dia gagal untuk bergerak selepas jatuh terduduk di atas tanah dan terus dicekup oleh pengawal keselamatan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian pada pukul 6.40 pagi, pengawal keselamatan terbabit dikatakan baru selesai menunaikan solat Subuh di sebuah bilik di sekolah itu.

"Selepas solat, pengawal keselamatan lelaki berusia 21 tahun itu terdengar bunyi kuat dari luar bilik solat itu.

"Dia yang hairan dengan bunyi itu pergi ke arah bunyi tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku sebelum nampak terdapat beberapa barang jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang semalam.

Menurut beliau, mengesyaki ada orang yang cuba mencuri di bangunan empat tingkat itu, pengawal keselamatan berkenaan telah naik ke tingkat tiga dan dia terserempak dengan seorang lelaki yang cemas.

"Suspek berusia 35 tahun yang panik mulanya cuba bergelut dengan pengawal keselamatan itu tetapi kemudian melompat dari tingkat tiga bangunan itu.

"Setelah jatuh, suspek tidak mampu bergerak dan pengawal keselamatan itu terus menahannya dan menyerahkan lelaki itu kepada polis," ujarnya. - Kosmo

Rumah Dr. Rosli, Ilyani dikepung - Pasangan nikah terlarang langgar perintah mahkamah supaya tinggal berasingan

Admin | 3:50 AM | Be the first to comment!
KOTA BHARU - Kediaman bekas pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir (gambar), 35, kecoh petang semalam apabila dikepung oleh keluarga isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, selepas mereka didapati masih duduk bersama sedangkan mahkamah memerintahkan mereka tinggal berasingan.

Hampir 20 ahli keluarga Ilyani mengerumuni rumah teres dua tingkat di Lorong Masjid Mustakim, Kampung Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini. Kepungan itu diketuai oleh bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man.

Mohd. Noor, 58, berkata, mereka berbuat demikian selepas diberitahu pasangan tersebut masuk ke rumah itu selepas pulang dari Kuala Lumpur.

Katanya, mereka terpaksa mengepung rumah itu kerana pasangan berkenaan jelas telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Disember lalu supaya tinggal berasingan atau mufarakah.

"Saya mendapat maklumat mereka berada di sini kira-kira pukul 10 pagi selepas dilihat pulang dari Kuala Lumpur dan kami terus ke sini untuk menyiasat tetapi tiada sesiapa. - Kosmo

Gerakan Sekteriat BN Perak Bukan Petanda Pilihan Raya Negeri - Zambry

Admin | 3:47 AM | Be the first to comment!
BAGAN SERAI: Gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini bukan petanda pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak dakwaan gerakan seumpama itu adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata gerakan itu dilaksanakan secara agresif mulai Januari ini dengan tujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengukuhkan semangat antara parti komponen BN.

"Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat (yang layak) mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu bagi peringkat Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin pusat. Bagaimanapun saya perlu memastikan BN Perak bersedia daripada semua segi," katanya.

Zambry berkata beliau telah mengarahkan sekretariat berkenaan memastikan semua pemimpin parti komponen BN terlibat dalam setiap program bersama-sama rakyat yang dianjurkannya.

"Bermula dari sekarang kita mahu setiap pemimpin parti komponen BN bergerak seiringan dan bersama-sama dengan rakyat dalam setiap program mesra rakyat yang diadakan. Kita mahu rakyat kenal kita sebagai pemimpin BN dan tidak (sebagai pemimpin) UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP," katanya.

Mengenai persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen, Zambry tidak menolak kemungkinan langkah itu dilaksanakan.

"Jika perlu diadakan, kita tidak ada masalah," katanya. -BERNAMA

'Mayat Hidup' Berkeliaran Di Sekitar Masjid Negara

Admin | 3:43 AM | Be the first to comment!
NAJIS dadah bukan sahaja menghancurkan kehidupan orang yang terjebak dalam gejala ini malahan insan lain seperti keluarga di sekelilingnya jika tidak dibendung.

Sudah banyak kisah dan teladan yang telah dipaparkan tentang kesan-kesan buruk dadah terhadap penagih terbabit dan bagaimana pengaruh najis itu akhirnya memudaratkan diri sendiri.

Walaupun banyak usaha telah dijalankan baik oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) serta ahli-ahli keluarga untuk membantu golongan penagih mengatasi masalah mereka, namun semua usaha itu nampaknya tidak dihargai oleh golongan ini.

Mereka seolah-olah tidak langsung menghargai hidup yang amat berharga sebaliknya terus melayani ketagihan sehingga sampai ke tahap yang tidak dapat dibantu lagi.

Buktinya dapat dilihat dengan nyata di sekitar ibu kota sendiri. Contohnya, penagih-penagih dadah yang hidup merempat di kaki-kaki lima di hadapan Masjid Negara.

Tinjauan mStar Online mendapati kehidupan penagih-penagih itu tidak terurus dan mereka dilihat merayau-rayau, mengutip tin-tin kosong dari tong sampah dan meminta sedekah daripada pelancong-pelancong serta jemaah yang datang beribadat di situ.

Menurut Aishah Saad yang menjaja makanan ringan di perkarangan Masjid Negara, kebanyakan daripada penagih-penagih dadah melepak di kawasan terbuka berhampiran kawasan itu selepas waktu Maghrib.

“Mereka sering datang meminta sedekah daripada pelancong-pelancong asing yang melawat masjid ini. Adakala kalanya jika saya tidak menurut kemahuan mereka, penagih-penagih tersebut marah dan akan mencuri.

“Pada awal tahun lepas, beg tangan majikan saya dicuri oleh salah seorang daripada penagih yang selalu melepak di kawasan ini. Dia meragut beg majikan saya yang sarat mengandung dan sempat melarikan diri.

"Malangnya penagih itu dengan berani kembali melepak di kawasan ini dengan selepas itu walaupun aduan polis telah dibuat,” kata Aishah ketika ditemui di hadapan masjid itu pada hari Ahad lalu.

Walaupun begitu, katanya, bilangan penagih yang datang melepak di kawasan itu telah berkurangan berbanding tahun lalu.

“Tahun lalu kira-kira 20 hingga 30 orang akan melepak di kawasan tempat ibadat ini tetapi kini hanya sekitar 10 orang sahaja dilihat sedang berkeliaran.

“Ini mungkin kerana tindakan polis yang selalu meninjau keadaan kawasan ini. Penagih-penagih itu takut orang awam akan membuat aduan mengenai aktiviti mereka pada waktu malam,” ujarnya.

MENGHIDU GAM

Dalam pada itu, Hafizan Asri yang bekerja sebagai pengawal Masjid Negara berkata, kasut-kasut jemaah selalu hilang dan dia mendakwa itu adalah perbuatan penagih-penagih dadah yang melepak di situ.

“Mereka ini memberikan imej yang buruk kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke sini. Walaupun mereka ditahan dan dihukum mereka kembali menagih dadah.

“Ramai daripada mereka ini hidup terbiar dan tidak mempunyai wang untuk membeli dadah. Oleh itu, penagih-penagih ini akan menghidu gam untuk memuaskan gian mereka.

“Tiada undang-undang untuk menghalang penagih-penagih ini daripada melakukan perbuatan itu kerana gam mudah didapati serta pegawai-pegawai polis juga tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka,” tambahnya.

Menurut Hafizan, penagih-penagih itu sepatutnya dihukum untuk melakukan kerja-kerja amal seperti menyapu dan mengecat bangunan-bangunan kerajaan.

“Biar mereka sedar kesusahan hidup dan agar lebih menghargainya. Bagaimanapun, penagih-penagih ini hanya boleh insaf atas kemahuan mereka sendiri,” katanya.

Selain itu, Yaccob Yunus dari Shah Alam yang sering berkunjung ke masjid tersebut mengakui pernah terserempak dengan penagih-penagih di perkarangan masjid, tetapi mereka tidak pernah mengganggunya.

“Ini adalah kawasan orang bersembayang dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak berkuasa perlu lebih cekap dalam menangani masalah-masalah seperti ini dan undang-undang perlulah digubal semula agar penagih-penagih ini tidak menyalahgunakan gam untuk tujuan-tujuan yang tidak baik. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Mohd Amir Khusairi Harun berkata, kebanyakan daripada penagih dadah yang hidup terbiar ini berumur dalam lingkungan 19 sehingga 39 tahun.

“Memang mudah untuk mengecam mereka kerana pada kebiasaannya mata penagih-penagih ini merah, hidung mereka berhingus dan tubuh mereka kelihatan kurus-kering. Mereka ini bagaikan mayat hidup,” jelasnya bila dihubungi semalam.

“Kebanyakan daripada penagih terbiar ini mengambil dadah tradisional seperti candu dan heroin. Kalau sudah khayal, besar kemungkinan mereka akan membahayakan orang awam dengan mencuri dan menjadi penyeluk saku untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah," ujar Amir.

GOLONGAN PROFESIONAL

Sementara itu, beliau berkata kebanyakan daripada penagih dadah sekarang berasal dari pelbagai latar belakang dan ada juga yang terdiri daripada golongan profesional.

“Dadah sintetik seperti ekstasi lebih popular di kalangan penuntut-penuntut institutsi pengajian tinggi. Ini kerana dadah-dadah ini menjadikan mereka lebih agresif dan memberikan mereka lebih tenaga untuk berjaga sepanjang malam sama ada untuk belajar atau bersuka-ria di kelab-kelab malam.

“Di Malaysia terdapat kira-kira 7,000 hingga 8,000 penagih ditempatkan dalam 28 Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) di seluruh negara.

“Terdapat kira-kira 35,000 penagih dadah dirawat dalam komuniti di mana mereka bebas dan sedang bekerja. Aktiviti mereka dipantau oleh pegawai-pegawai AADK dari masa ke masa.

“Kesemua daripada mereka dikehendaki datang ke pejabat AADK daerah untuk suatu jangka masa yang ditetapkan. Mereka juga akan menjalani ujian air kencing sehingga disahkan bebas dadah,” jelas Amir. - Mstar

Pemegang Kad Kredit Bakal Mula Bayar Cukai Perkhidmatan

Admin | 3:40 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit boleh menjangkamelihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secaraberasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genapsetahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, sekiranya kad kreditbaharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akandikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.

Bagaimanapun, jika kad baharu dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukaiperkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genapsetahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akandikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utamadan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata, cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagikad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wangseperti "Touch n' Go". - BERNAMA

FOREX: Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS

Admin | 3:28 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada akhir dagangan Isnin ekoran permintaan hujung tahun yang berterusan, kata seorang peniaga.

Ringgit lebih tinggi berbanding mata wang Amerika itu pada 3.4280/4310 daripada 3.4290/4340 pada penutupan Khamis lalu.

Menurut peniaga itu, unit tempatan juga mendapat rangsangan daripada kegiatan membeli di Bursa Malaysia.

Pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (KLCI) naik 8.79 mata kepada 1,272.73, paras tertinggi dalam dagangan hari ini, dipacu oleh kenaikan di kaunter IOI Corp, Maybank dan CIMB Group.

Pada penutupan dagangan, ringgit berada pada paras bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain. Ia lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 2.4366/4415 daripada 2.4345/4398 Khamis lepas, tetapi meningkat berbanding yen pada 3.7452/7493 daripada 3.7549/7612 sebelumnya.

Ia mengukuh berbanding pound sterling kepada 5.4749/4807 daripada 5.4806/4899 tetapi susut berbanding euro kepada 4.9329/9379 daripada 4.9230/9319 sebelumnya. - Bernama

15 maut rusuhan di Teheran

Admin | 3:19 AM | Be the first to comment!
TEHERAN 28 Dis. – Lebih 15 terbunuh dalam rusuhan yang menggegarkan Teheran dalam tunjuk perasaan antikerajaan, demikian menurut televisyen negara hari ini, ketika sebuah laman web melaporkan penangkapan seorang tokoh pembangkang.

Televisyen negara melaporkan 10 orang yang terbunuh dalam pertempuran ganas semalam di ibu negara Iran ini adalah anggota kumpulan ‘pengganas antirevolusi’, merujuk kepada penyokong pembangkang.

Menurut laporan itu, lima lagi telah dibunuh oleh ‘kumpulan pengganas’ dalam ‘tindakan yang meragukan’, tanpa memberi penjelasan lanjut.

Laman web reformis semalam melaporkan bahawa pasukan keselamatan telah membunuh anak saudara kepada pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi ketika polis mengesahkan bahawa lima terkorban dalam insiden berdarah terburuk antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan sejak beberapa bulan lalu.

Pembangkang berkata, mereka yang maut adalah akibat tembakan selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah Teheran.

Tindakan keras itu diambil selepas pihak berkuasa memberi amaran akan menghentikan cubaan untuk menggunakan upacara sambutan Asyura sebagai alasan mengadakan protes.

Seorang bekas Menteri Luar ketika bermulanya Revolusi Islam pada 1979, Ebrahim Yazdi, ditahan di rumahnya awal hari ini, lapor laman web berita Rahesabz.

Yazdi yang merupakan setiausaha agung Pergerakan Pembebasan Iran yang telah diharamkan, namun diberi kelonggaran, dibawa ke sebuah tempat yang tidak dikenali oleh ejen keselamatan. – AFP

Pengebom berani mati bunuh 30 penduduk Pakistan

Admin | 3:16 AM | Be the first to comment!
KARACHI 28 Dis. - Seorang pengebom berani mati hari ini mensasarkan perarakan terbesar umat Islam berfahaman syiah di Pakistan pada sambutan hati suci mereka dan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain dalam satu bantahan tegas keselamatan yang diadakan.

Serangan itu telah mencetuskan kekecohan di Karachi di mana mereka-mereka yang berkabung dan marah telah mengamuk dengan membaling batu ke arah ambulans, merosakkan kereta dan kedai termasuk melepaskan tembakan ke udara sekali gus menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Pakistan telah meletakkan beratus-ratus polis dan pasukan separuh tentera berikutan kebimbangan berhubung perbalahan antara fahaman atau serangan militan sempena perarakan Asyura, apabila penganut Syiah dikatakan mengamuk akibat pembunuhan Imam Hussein.

Pengeboman terbaru itu menunjukkan ketidakstabilan di Pakistan, di mana serangan militan telah membunuh lebih daripada 2,760 orang sejak Julai 2007 sekali gus menyebabkan Washington bertindak meletakkan pasuka tenteranya untuk menentang Al-Qaeda. - AFP

28 December 2009

Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim

Admin | 10:33 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).
Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen mengenai kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," katanya ketika dihubungi Harkahdaily petang tadi.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pihak jawatankuasa, ujarnya, akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini kepada Hasan dan Khalid bagi meminta mereka hadir memberikan keterangan pada tarikh yang telah dipersetujui.

Menurutnya, Khalid akan dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Hasan pada 9 Januari, iaitu dua hari berikutnya.

"Kita akan hantar surat rasmi kepada mereka berdua untuk hadir pada hari tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim juga berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan Hasan dan Khalid yang bersedia untuk dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

Ditanya hukuman yang mungkin dikenakan kepada kedua-duanya, beliau berkata perkara itu tidak boleh ditentukan lagi kerana mereka belum dibuktikan bersalah.

"Kita tidak boleh cakap apa-apa lagi berhubung hukuman yang akan dikenakan kerana sekarang ini baru dalam proses mendengar keterangan.

"Bila cakap pasal hukuman, seolah-olah mereka memang bersalah. Sedangkan mereka masih belum diputuskan sebagai bersalah," tegasnya.

Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri. - Harakahdaily

GMI terkejut menteri kata semua sokong kekal ISA

Admin | 10:31 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin itu tidak menggambarkan persetujuan semua pihak kerana pertemuan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan semua pihak.

GMI khususnya dan beberapa badan bukan kerajaan yang lantang menuntut ISA dimansuhkan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga tidak dipanggil menghadiri sesi Pertemuan Awam dengan KDN bagi berbincang mengenai akta tersebut.

"Banyak prsoalan yang timbul daripada kenyataan Datuk Seri Hishamuddin itu. Yang dikatakan sepakat (ISA dikekalkan) itu siapa? Siapa yang terlibat dalam pertemuan itu?

"Setahu saya badan bukan kerajaan seperti GMI, SUARAM dan JIM yang ke depan dalam isu ini tidak dipanggil. Bagaimana dengan bekas tahanan ISA, ahli keluarga, peguam yang ada pandangan berbeza dan meluas dalam isu ini?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Syed Ibrahim turut berkata, Hishamudin juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam melihat akta ini secara menyeluruh apabila gagal menunaikan janji untuk membentang dan membahaskan pindaan mengenai ISA pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kenapa akta ini hanya akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang? Menteri tidak tunaikan janjinya. Sedangkan masa Datuk Seri Najib baru jadi PM, beliau minta ISA dikaji kemudian dibentangkan.

"Kalau betul kerajaan mengambil kira pandangan rakyat, mereka sepatutnya berusaha untuk membentangkan mengenai ISA baru-baru ini, bukan melengah-lengahkannya,"tegasnya.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Hishamuddin untuk meminda ISA hanya sekadar untuk menawan kembali rakyat yang 'atas pagar' agar kembali memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dengan menabur pelbagai janji manis.

Namun kata Syed Ibrahim, pada hakikatnya tiada sebarang perubahan berlaku sejak dari awal akta ini ditubuhkan sehinggalah usianya sudah mencecah 40 tahun kini.

"Saya yakin ini semua cara untuk menawan orang atas pagar dengan menunjukkan kononnya perubahan telah berlaku, kerajaan ambil kira pandangan rakyat, tapi hakikatnya tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dalam ISA. Ia kekal 100 peratus.

"Sesiapa sahaja boleh ditahan di bawah akta ini pada ketika ini. Sekarang ini masih ada lagi sembilan orang yang ditahan dan salah seorangnya sudah lebih tujuh tahun dalam tahanan.

"Tapi itu semua orang tidak nampak sebab kerajaan pandai menyembunyikan perkara sebenar," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyokong Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia yang menggesa kerajaan melantik sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum pindaan terhadap ISA dibahaskan di Parlimen.

Menurutnya, isu besar yang melibatkan hak asasi rakyat itu harus segera dibawa ke parlimen untuk diselesaikan.

"Saya bersetuju dengan cadangan NUJ itu. Memang perkara ini perlu ditangani di peringkat Parlimen. Apa-apa perubahan ianya perlu dibincangkan di Parlimen kerana undang digubal di peringkat Parlimen. Kalau dari segi jawatankuasa tindakan, teknikal mesti dijawab di Parlimen supaya skop perbincangan boleh diperluas.

"ISA ini kuasa eksekutif. Kami sangsi apabila pihak yang buat kajian ialah badan eksekutif, dan buat keputusan pun badan yang sama," ujarnya.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan Sabtu lalu dilaporkan sebagai berkata, perbincangan mengenai pindaan kepada akta itu tidak harus tertumpu kepada satu kumpulan kecil.

Beliau turut mendakwa, sebagai kumpulan berkepentingan, NUJ tidak dipelawa ke sebarang perbincangan oleh KDN ataupun pendapatnya diminta.

Beliau menyebut sebagai contoh penahanan seorang wartawan selama 18 jam tahun lepas berhubung sebuah artikel.

Sementara itu, GMI ujar Syed Ibrahim, tetap dengan pendirian menuntut kerajaan memansuhkan terus akta zalim itu meskipun usaha-usaha yang dilakukan ini tidak diendahkan pihak kerajaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, GMI sedang dalam perbincangan untuk mengadakan satu sesi pertemuan dengan semua ahli parlimen sebagai platform untuk menyampaikan maklumat berkenaan ISA serta sebab ia perlu dimansuhkan, bukan dipinda seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ianya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mungkin akan adakan sesi (perbincangan) dengan semua ahli parlimen tapi saya percaya yang akan datang cuma ahli Parlimen pembangkang sahaja. Kami kena bincang dengan Ketua Pembangkang (Anwar)khususnya supaya ia dapat diadakan," katanya.

Beliau turut menyeru Hishamuddin khususnya agar memberikan ruang kepada GMI untuk memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai kepentingan ISA dimansuhkan.

GMI tegasnya sentiasa bersedia untuk berdialog dengan pihak KDN demi memastikan ISA dimansuhkan.

"Hishamuddin tolong bagi ruang kepada GMI.Walaupun sebelum ini beliau tidak layan permintaan kami untuk mengadakan pertemuan, tapi kami sentiasa bersedia. Panggil kami, kami sedia datang. Selain demonstasi, kita masih ada ruang untuk berdiskusi dan berdialaog," katanya.

Khamis lalu, Hishamuddin berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hishammuddin berkata, berikutan pertemuan dan perbincangan awam dengan kumpulan-kumpulan sasaran, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang kini berada di peringkat akhir kajian semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi berkenaan sebelum pindaan dibentangkan di Parlimen. - Harakahdaily

Gerak cadang suruhanjaya diraja siasat Dr Mahathir

Admin | 10:29 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) gesa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa, Barry Wain bahawa sepanjang 22 tahun pentadbiran perdana menteri ke-empat hampir RM100 bilion dibazirkan dan berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap mantan perdana menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM 270 bilion dalam masa lima tahun.

Demikian kata Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Gerak Malaysia dalam satu kenyataannya.

Menurut Nazree, siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan ranking Malaysia dalam tangga persepsi indek rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun 2009.

Dakwaan berlakunya penyelewengan dan rasuah sepertimana yang didakwa melibatkan kedua-dua mantan perdana menteri ini wajar disiasat kerana ianya melibatkan suatu jumlah yang begitu besar sehingga mencecah billion ringgit, tambahnya.

"Jika dakwaan ini tidak disiasat sebaiknya, Gerak bimbang fenomena penyelewengan dan rasuah berskala mega akan menjadi amalan para pemimpin negara pada masa hadapan.

"Hakikat ini tidak boleh kita nafikan kerana situasi kekukuhan ekonomi negara juga amat bergantung kepada tahap integriti pengurusan sumber khazanah negara," katanya lagi.

Menurut Nazeri, kebolehpercayaan para pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi negara akan tergugat jika pemain-pemain rasuah politik-ekonomi secara terus-terusan menjadikan sektor perekonomian negara sebagai sarang rasuah yang boleh mengakibatkan kualiti ekonomi sesebuah negara merudum.

Jika khazanah negara seperti petroleum dan sumber asli yang lain tidak diuruskan dengan penuh integriti, maka tidak mustahil untuk kita menegaskan bahawa ketidakstabilan ekonomi yang agak meruncing pada hari ini adalah diakibatkan oleh perlakuan jenayah rasuah berskala mega, katanya.

Rasuah berskala mega seumpama ini perlu dihentikan dengan memulakan pendakwaan segera terhadap individu-individu berprofil tinggi termasuklah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara dan negeri, tambah beliau lagi.-Harakahdaily

‘Layanan Istimewa’ Atas Permintaan Awal- Polis

Admin | 10:25 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Polis memberikan layanan yang sama kepada semua pihak tanpa mempunyai sikap pilih bulu.

Kelmarin, Awal Ashaari, pelakon dan pengacara yang disahkan negatif ujian air kencing menceritakan dia dilayan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana saya takut ramai media yang menunggu di luar.

“Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya,” kata Awal dalam satu sidang media khas di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam kelmarin.

Sementara itu, menjelaskan ‘layanan istimewa’ itu, Sharifah Hawariah ketika bercakap kepada mStar Online berkata, dia berbuat demikian atas permintaan pengacara Sehati Berdansa itu yang mahu 'menyorok' daripada pihak media yang berada di luar balai.

“Selepas ujian air kencingnya didapati negatif kira-kira pukul 9 pagi, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi’.

“Jadi saya benarkan dia untuk berehat di situ. Tetapi dia berada di situ sehingga pukul 11.30 pagi, kelmarin,” ujar Sharifah Hawariah.

Jelas beliau, layanan seumpama itu bukan kerana Awal seorang artis.

“Kami layan dia bukan sebab dia aktor kerana sesiapa sahaja, saya tetap akan memberikan layanan yang sama.

“Saya berharap orang lain tidak memandang serong terhadap polis kerana kami sentiasa berkhidmat untuk rakyat,” jelasnya lagi. - mstar

Eversendai Dari Malaysia Di Puncak Dunia Dengan Burj Dubai

Admin | 10:23 PM | Be the first to comment!
DUBAI: Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation.

Menurut pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai.

"Kami adalah syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini," katanya kepada Bernama di sini.

Laporan sebelum ini telah menyebut bahawa Burj Dubai berketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.

Pemajunya, Emaar Properties tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun terdapat kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 km.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Nathan berkata Eversendai juga menjalankan kerja-kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.

"Kami telah menyempurnakan kesemuanya tanpa apa-apa kemalangan," katanya.

Nathan juga berkata Eversendai mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kontraktor utama menara itu, Samsung Corporation dari Korea Selatan.

Kedua-dua syarikat telah terbabit dalam pembinaan Menara Kedua di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Mengenai pengalaman Eversendai di UAE, beliau berkata: "Kami tiba di sini pada pertengahan tahun 90an dan kontrak pertama kami adalah hotel Burj Al Arab, di persisir pantai Dubai.

Selepas itu, Eversendai menerima pelbagai projek bernilai jutaan ringgit di UAE dan Qatar.

Buat masa ini, Eversendai terbabit dalam beberapa projek di Qatar termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan Dubai Towers-Doha.

Nathan berkata ia bukan sesuatu yang mudah bagi Eversendai untuk berada pada kedudukannya sekarang.

"Sesebuah syarikat yang mahu berkembang ke luar negara harus telah membangunkan kebolehannya serta mesti mempunyai kewangan yang kukuh.

"Tanpa semua ini, sukar untuk menembusi pasaran luar negara. Walaupun mungkin ada sokongan dari kerajaan, kerajaan juga mempunyai batasnya," kata Nathan.

"Kejayaan menyiapkan projek akan memberi reputasi yang baik. Ini akan membina kepercayaan dan syarikat itu kemudian boleh menjangka lebih banyak projek lain," tegas Nathan.

Beliau berkata syarikat-syarikat Malaysia yang mahu berkembang ke bahagian sebelah sini dunia juga harus memahami cara kerja di sini untuk berjaya.

Mengenai Eversendai, beliau percaya firmanya telah membina reputasi yang cemerlang bukan sahaja untuk syarikat, tetapi juga untuk Malaysia.

"Kami telah memenangi banyak projek kerana pelanggan kami gembira dengan sumbangan kami. Jadi, mereka sering kembali dengan tawaran-tawaran lain," tambah beliau. -BERNAMA

Aduan polis terhadap 'penyokong, pengundi PAS'

Admin | 10:19 PM | Be the first to comment!
Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti, kata seorang pemimpin dewan tersebut.

Aduan yang sama turut dibuat terhadap sekumpulan kira-kira 20 peserta demonstrasi itu, semalam, yang didakwa cuba mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari ini, menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha dewan itu Khairul Fahmi Mat Som, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu menamakan jurucakap GKPPPS Wan Hilman Wan Abd Rahim yang mendakwa dirinya ahli PAS Gombak.

"Jadi laporan polis ini kita fokuskan juga kepada Wan Hilman kerana dia mengaku sebagai ahli PAS sebab kita nampak dia cuba menyamar sebagai ahli PAS," katanya kepada Malaysiakini selepas aduan tersebut.

"Saya tidak pasti (Wan Hilman) itu orang parti mana, yang pasti dia bukan penyokong PAS."

Tambahnya, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi tersebut yang menuntut PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim pula, yang turut hadir semasa laporan polis itu dibuar, berkata aduan dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi. - Malaysiakini

Ean Yong terkejut sikap ketua polis Selangor

Admin | 10:13 PM | Be the first to comment!
Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa terkejutnya terhadap polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya hari ini.

"Sebenarnya (dalam) kenyataan di Malaysiakini, saya hanya menyeru kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan ke atas Guan Eng dengan serta-merta, kerana rakyat ingin polis menyiasat kisah sebenar kematian Teoh."

Bekas ketua Teoh itu, yang mati dalam keadaan kontroversi Julai lalu sewaktu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengulas kenyataan ketua polis Selangor semalam.

Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata polis ingin mengambil keterangan daripada Ean Yong, juga ADUN Seri Kembangan, bagi membantu siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ean Yong menambah, beliau sedia disiasat polis berhubung kenyataannya itu.

"Jika polis mendapati saranan (saya) sebegini keterlaluan, mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya ingin menegaskan bahawa walaupun saya merupakan seorang ahli exco, tetapi saya langsung tiada sebarang kuasa untuk mengarahkan pihak polis untuk membuat sesuatu. Hanya menteri dalam negeri atau perdana menteri mempunyai kuasa tersebut."

Sementara itu seorang lagi wakil rakyat DAP mempertikaikan kenyataan Khalid itu yang disifatkan tindakan "berat sebelah".

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan tindakan itu dengan alasan Khalid tidak mengambil tindakan sama – polis sendiri membuat aduan – terhadap peserta dan penganjur demonstrasi mengarakkan kepala lembu, Ogos lalu.

"Jika polis ingin dilihat sebagai menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, saksama dan tidak berat sebelah, maka kedua-dua persoalan di atas tidak harus berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lau, yang juga setiausaha DAP Selangor, turut mempersoalkan sikap polis terhadap aduan-aduan beliau sendiri berhubung kenyataan menghasut oleh wakil-wakil Umno semasa di perhimpunan agung beberapa tahun yang lepas?

"Mengapakah tidak boleh polis Selangor melakukan (tindakan) yang sama apabila golongan sayap kanan dan ekstremis perkauman Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat menghasut?" katanya. - Malaysiakini

Kes liwat: Rakan Anwar gagal padamkan penghakiman

Admin | 10:11 PM | Be the first to comment!
Dr Munawar Ahmad Anees, bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal dalam cubaannya supaya dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkannya.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Raus Md Sharif, sebulat suara bersetuju menolak permohonan supaya diadakan semakan semula untuk membenarkan rayuannya bertarikh 17 Disember 2008 terhadap pensabitan dan hukuman penjara enam bulan berhubung kes liwat itu.

Munawar dan peguamnya Manjeet Singh Dhillon tidak hadir di mahkamah hari ini, manakala timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud merupakan satu-satunya pihak yang hadir.

Ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat, hakim Raus berkata, mahkamah mendapati perenggan 20 hingga 26 dalam penghakiman sebelum ini bukanlah sesuatu yang direka.

"Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah oleh semua pihak.

"Oleh itu, tidak ada apa salahnya bagi mahkamah ini untuk memberikan pendapatnya berhubung persoalan yang dibentangkan di hadapannya," kata Hakim Raus.

Dalam kes ini, katanya, mahkamah tidak nampak sebarang sebab untuk menggunakan kuasanya bagi menyemak semula keputusannya sendiri.

Beliau berkata hanya dalam kes-kes terhad dan luar biasa, mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak semula keputusannya umpamanya jika keputusan itu dibuat berasaskan penipuan atau penyembunyian keterangan penting.

"Dalam kes ini, tidak berlaku perkara seperti yang disebut di atas," katanya.

Munawar, 61, telah menjalani hukuman penjara enam bulan pada 1998 selepas beliau mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di rumah Anwar di Jalan Setia Murni di Bukit Damansara pada Mac 1993.

Beliau kemudian mencabar keputusan mahkamah itu bagi membersihkan namanya, dengan mendakwa dia dipujuk supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. BERNAMA