LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

28 February 2011

‘Air mata’ pokok petai

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan menangis, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.
Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan, katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai menangis.
Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya, katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.
Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat, katanya. - HMetro

Bintang bola jutawan rayu jangan disaman

MILAN – Seorang bintang bola sepak dari Cameroon yang bermain untuk kelab bola sepak Inter Milan dan memperoleh bayaran RM297,998 (RM909,939) seminggu merayu tidak disaman sebanyak AS$51.54 (RM157.37) kerana kesilapan meletakkan kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Samuel Eto merayu supaya dia tidak disaman tetapi permintaannya tidak dipedulikan oleh seorang kakitangan trafik wanita di sini baru-baru ini.

Eto amat kecewa dengan saman itu walaupun nilainya dalam dunia bola sepak dianggarkan jutaan dolar. - Agensi

Lampu hijau 45,000 pekerja asing

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan. - Kosmo

* Rakyat sendiri sudah ada kerja?

Kes liwat Anwar: Identiti ‘lelaki Y’ didedah esok?

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menarik esok dengan pihak pendakwaan mahu membawa saksi baru, sekali gus mewujudkan kaitan antara koleksi bukti sampel kes kali ini.

Profil DNA setakat ini diperoleh daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral.

Dalam keterangannya minggu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang merupakan saksi pasukan pendakwaan berkata, penemuan graf menunjukkan adanya dua profil DNA pada sampel bukti iaitu “Lelaki Y” dan profil DNA yang tidak diketahui.

Pada 23 Februari lalu, beliau memberitahu bahawa profil-profil DNA yang ditemui pada barangan itu secocok dengan “Lelaki Y” tidak dikenali, yang air maninya ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mengadu dia diliwat oleh bekas majikannya Anwar.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Anwar dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Saiful.

“Esok, kami akan memanggil set bukti yang baru, (berkaitan) dengan koleksi sampel yang dikemukakan.

“Ini tertakluk kepada bantahan (jika) dikemukakan oleh (pasukan) pembela,” kata Yusof kepada Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Pendakwa raya kanan ini juga menjangkakan akan ada “asas” bagi bantahan oleh pihak pembela dalam perbicaraan esok.

Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan, bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.

“Ya, akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan... tetapi di peringkat sekarang terlalu awal. Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok, dan kita bergerak dari sana,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita.

Perbicaraan akan disambung esok.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan itu bersambung hari ini untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar. - TMI

Kong Choy hadapi tuduhan kes PKFZ

PUTRAJAYA, 28 Feb — Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Chan merupakan bekas menteri pengangkutan yang kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua pihak pendakwa dan pembela bersetuju dengan wang jamin RM1 juta.

Pada 29 Julai lalu, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ''Mega Distribution Hub'' di Pelabuhan Klang.

Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes ini dikendalikan itu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan

Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ''distribution hub'' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

Chan merupakan individu keenam dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.

Akhir 2009, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.

Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan Phang kerana pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005. - TMI

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya. - Malaysiakini

* Umno masih boleh bertahan sehingga kini kerana dua faktor utama iaitu kebodohan dan rasuah. Jika rasuah dapat dibendung dan rakyat cerdik Umno akan hancur...

Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Berbanding saksi-saksi lain dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon (gambar) benar-benar berbeza atau boleh disifatkan sebagai 'unik'.

Tingkah lakunya amat bersahaja, manja dan sering tersenyum malah ada media yang menganggap ahli kimia itu seorang yang comel sewaktu memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, perlakuan wanita tersebut barangkali menjengkelkan peguam bela, Ram Karpal Singh sehingga menganggap saksi itu tidak serius semasa memberi keterangan.

Pada peringkat awal sesi soal balas, selepas berlakunya perdebatan antara peguam itu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut yang akan genap berusia 38 tahun dalam tempoh lapan bulan lagi dengan manja meminta agar peguam itu tidak 'marah-marah'.

NOR AIDORA (NA): Saya tahu awak marah, tolong jangan marah pada saya.

RAM KARPAL (RK): Tak, saya tak marah. Kalau saya marah, awak akan tahu.

Keadaan itu mengundang gelak ketawa daripada semua yang berada di galeri awam dan Anwar yang duduk di kandang tertuduh.

Sewaktu menjelaskan mengenai asid deoksiribonukleik (DNA) dan locus, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu sekali lagi mewarnai suasana apabila secara tiba-tiba bertanya kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah:

"Yang Arif, faham tak?"

Bagaimanapun, apa yang menarik ialah melihat cara lulusan Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana dari sebuah universiti di New Zealand itu menangani asakan-asakan pertanyaan Ram Karpal.

Beliau dilihat tidak mudah melatah dan kadang kala ketawa kecil; mungkin bagi menenangkan dirinya.

Bagaimanapun, apabila menjelaskan mengenai ujian profil DNA yang dijalankan, wanita itu dilihat begitu yakin.

Pada satu ketika, mungkin akibat tidak tahan dengan pertanyaan peguam itu yang bertubi-tubi dalam nada yang keras, saksi itu dengan selamba meminta Ram Karpal agar lebih berhemah.

NA : Boleh tak awak jangan menjerit? Saya di sini untuk membantu mahkamah. Saya perlu beri penjelasan tetapi awak tak bagi saya jelaskan.

Sebelum prosiding mahkamah berhenti pada pukul 4 petang, Nor Aidora sekali lagi secara selamba menjadikan Hakim Mohamad Zabidin sebagai contoh.

"DNA sentuhan (trace DNA) ialah DNA yang diperoleh daripada sesuatu permukaan yang telah disentuh. Contohnya, kalau saya ambil cermin mata Yang Arif dan buat calitan padanya, itu DNA sentuhan," katanya.

Jawapannya itu menyebabkan hakim terbabit yang pada mulanya kelihatan serius, tersenyum dan tertawa kecil. - Utusan

Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO perjuang isu umat Islam

KUALA KRAU 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Tegas Perdana Menteri, beliau hairan bagaimana Pas sanggup bersekongkol dengan DAP sedangkan parti terbabit secara jelas menentang kewujudan negara Islam di Malaysia.

"Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh (sekarang Pengerusi) pernah menegaskan supaya langkah mayatnya dulu jika Pas mahu mewujudkan negara Islam.

"Semua pemimpin Pas membisu apabila Karpal kata begitu," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada majlis itu, Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan orang ramai, pusat jalur lebar dan merasmikan pecah tanah kilang Biomass Felda Jengka 9 secara maya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang.

Antara penipuan yang dilakukan oleh pembangkang termasuk isu 16 September yang mengaitkan pembentukan kerajaan pembangkang bagi menggantikan kerajaan BN.

Berikutan isu tersebut, jelas beliau, semakin ramai pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti tersebut.

"Bolehlah dikatakan daripada timbalan presidennya, setiausaha agung, enam ahli Parlimen hingga ke peguam peribadi, semua telah meninggalkan parti itu," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di Felda Jengka 25, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak meniru atau terpengaruh dengan pergolakan politik yang berlaku di Mesir.

Tegas Najib, senario politik di Mesir adalah jauh berbeza dengan Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem pilihan raya yang telus dan adil.

"Jika tidak adil, mana mungkin BN tewas di beberapa negeri. Kalau sistem politik Mesir diamalkan di negara ini, pemimpin BN tidak perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya," katanya.

Terdahulu ketika berucap di Felda Jengka 22, Najib memberitahu, hubungan akrab dengan Arab Saudi memudahkan operasi penghantaran pulang pelajar dari Mesir ke tanah air.

"Oleh kerana kita mempunyai hubungan yang cukup akrab, Raja Abdullah membenarkan Malaysia menggunakan lapangan terbang di negara itu tanpa had. Boleh mendarat dan terbang pada bila-bila masa," jelasnya. - Utusan

* DAP bekerjasama dengan PAS, Umno bekerjasama dengan Yahudi (APCO)...

109 termasuk 8 pemimpin ditahan

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Tindakan pantas polis bertindak menahan individu yang cuba berhimpun selain penutupan jalan raya berjaya mengagalkan perhimpunan dan perarakan tanpa permit anjuran pertubuhan haram Hindraf, di sekitar ibu negara hari ini.

Dalam perhimpunan haram itu, 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram itu. Bagaimanapun seramai 101 daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Difahamkan, antara pemimpin yang ditahan itu ialah P. Uthayakumar dan S. Jayathas. Turut ditahan, dua wartawan media alternatif dan lapan wanita yang berusia 18 hingga 66 tahun.

Penahanan itu dilakukan selepas pihak penganjur terus berdegil meneruskan rancangan mereka walaupun sejak dua hari berturut-turut media melaporkan keputusan polis tidak mengeluarkan sebarang permit.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, polis melakukan tangkapan secara berperingkat di beberapa jalan di ibu negara sebagai langkah pencegahan berlakunya perhimpunan dan perarakan 300 penyokong Hindraf itu.

Katanya, kumpulan itu dilihat mula berkumpul sejak pukul 7 pagi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) namun gagal sebelum berarak ke Kuil Kootumalai Pillayar di Puduraya kira-kira pukul 10.30 pagi dan kemudian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejam kemudian.

"Kumpulan haram yang cuba menimbulkan kekecohan itu di kawasan kuil terbabit berjaya dikawal dengan kehadiran anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersedia di pintu masuk IPK Kuala Lumpur.

"Dua wartawan ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam manakala yang lain ditahan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis," katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihak polis turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India yang membantah dan menasihati masyarakat India agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram itu sehingga jumlah yang terlibat tidak ramai.

"Saya tak boleh kata bila polis akan bebaskan mereka. Tetapi saya ingin tegaskan, polis boleh tahan mereka sekurang-kurangnya 24 jam.

"Tindakan menahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bergantung kepada hasil siasatan dan keterangan yang diambil.

"Walaupun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku bagaimanapun saya amat kecewa dengan tindakan penyokong Hindraf yang enggan berjumpa dan berbincang dengan pihak polis sejak dua hari lalu bagaimanapun bertindak meneruskan perhimpunan haram.

"Kawalan keselamatan dan tindakan awal selain anggota yang mencukupi berjaya mematahkan rancangan kumpulan haram itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari," katanya.

Sementara itu, Penasihat Parti Hak Asasi Manusia, M. Ganessan berkata, perhimpunan itu bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengeluarkan novel Interlok daripada kurikulum sekolah serta menuntut hak sama rata untuk kaum India. - Utusan

27 February 2011

Kaya Melalui Kontrak Pertahanan

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.- Malaysiakini

* Dalam soal ini kita nasihat Najib secara berlembut kerana pendidikan agama Najib tidaklah tinggi mana jadi kalau mengeluarkan kata-kata yang salah itu kita sangat sedia maklum. Mudahan selepas membaca teguran Nik Aziz ini, Najib akan kembali ke landasan yang betul. Jangan ulama Umno jadi batu api pula...

Merlimau: PAS sandar Bob Lokman tarik pengundi Melayu

JASIN, 27 Feb — PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.

Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih PAS mengapa tidak pengundi di Merlimau.

“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong PAS pula.

“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah PAS,” katanya.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sementara itu, calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.

“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.

Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.

“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.

Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin. - tmi

Hina Al-Qardhawi, Ikhwan Muslimin: Pakatan berang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

Menyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

“Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

“Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out,” katanya.

Menurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

“Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

“Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

“Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

“Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

“Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi,” akhir azmin dalam kenyataannya itu. -Malaysiakini

* Selalu orang nasihat, Yahudi jangan dibuat kawan. Dipertahankan juga APCO...

Bob tak nak berdosa, katanya

TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.

Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.

Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya.
- Utusan

* Betul kata joyah itu, masuk parti mana tak ada jaminan masuk ke syurga. Cuma kenalah beringat bila memilih parti. Kalau kita tahu parti itu mengamalkan rasuah janganlah kita masuk...

Pameran alam mistik haram

KUALA LUMPUR Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.

Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.

Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.

Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.- Kosmo

* Apa Hukum mengadakan Rumah Hantu?

Siti Sarah-Shuib Sepah selamat diijabkabul

KUALA LUMPUR – Selepas bertunang secara diam-diam pada 16 November tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 27, dan pelawak kumpulan Sepah, Shahmira Mohamed, 27, atau Shuib akhirnya selamat diijabkabulkan semalam.

Siti Sarah dinikahkan sendiri oleh bapanya Raisudin Hamzah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir.

Pasangan itu yang ditemui sejurus majlis akad nikah selesai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga selepas lebih setahun bercinta.

“Saya bersyukur apabila bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan bertanggungjawab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik. - Kosmo

'Jabatan agama ambil alih semua masjid di Kerdau'

Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.

Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.

"Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.

Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.

"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.

Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.

Hassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN.

"Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam. - Malaysiakini

* Kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia, Libya dan selepas itu negara lain yang tidak demokratik serta pemimpinnya hanya tahu mengumpul kekayaan sendiri...

Demo Interlok: 17, termasuk Uthayakumar ditangkap

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

“Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih,” kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.

Sementara itu, jalan-jalan utam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak malam semalam telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat. - Malaysiakini

Gaddafi dan 40 pengawal wanita

PADA Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.

Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.

Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.

Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.

Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.

Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.

Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi.

Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.

Khemah

Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.

Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.

Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.

Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.

Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.

Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.

GAYA Gaddafi tidak banyak berubah sejak berkuasa lebih 40 tahun lalu.

Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.

Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.

Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita.

Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh,” kata Gaddafi.

Raja Afrika

Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.

Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.

Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.

Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.

Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.

Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.

Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.

Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.

Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.

Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia ‘menerbangkan’ dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi.

Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.

Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.

Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.

Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.

Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.

Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.

Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.

Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen ‘Penyatuan Afrika’ Gaddafi.

“Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika,” beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.

Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar ‘Raja Segala Raja’ di Afrika. – Agensi

* Hairan bila ada yang kata Gaddafiini Saiful Islam...

Nik Aziz patut bersyukur - Dr. M

PASIR SALAK 26 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Beliau berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, orang Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

"Sekiranya Nik Aziz dilahirkan sebagai orang Vietnam atau Laos, belum tentu Menteri Besar Kelantan itu menjadi umat Islam.

"Oleh kerana ibu bapa beliau orang Melayu, maka Nik Aziz pun dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang belajar agama Islam," katanya.

Beliau berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.

Dr. Mahathir juga berkata, Nik Abdul Aziz sanggup menidakkan hak Melayu dan mengatakan nasionalis seperti beliau tidak Islam hanya kerana inginkan sokongan bukan Islam.

Tegas beliau, tiada siapa pun yang berani mengatakan mereka yang berjuang untuk bangsa Melayu Islam adalah tidak Islam.

"Apabila berkempen, beliau kata nasionalis tidak Islam tetapi hanya mereka yang sokong Pas adalah Islam.

"Kalau begitu, orang Islam di Malaysia ini berkurangan sebab lebih ramai tidak menjadi ahli Pas daripada menjadi ahli parti itu," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mendakwa Nik Abdul Aziz mengkafirkan beliau kerana Menteri Besar Kelantan itu mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'.

Dr. Mahathir menambah, walaupun orang Melayu dianggap perkauman kerana mempertahankan hak mereka yang tinggal sedikit, ia tidak merubah hakikat bahawa mereka adalah orang Melayu.

"Perjuangan kita adalah perjuangan mulia untuk mendapatkan tempat kita di negara kita dan sekarang, kita tidak boleh sebut Melayu di negara kita sendiri.

"Namun, hakikatnya, kita masih orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan kepentingan kita supaya tidak dirampas daripada kita," katanya.

Beliau juga meminta orang Melayu supaya berhati-hati membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 agar tidak memilih mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri sebagai pemimpin.

Pada sidang akhbar, Dr. Mahathir menganggap orang Melayu masih keliru untuk menyatakan sokongan mereka walaupun banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan sedia ada dalam membantu mereka.

Menurut beliau, berbanding di negara lain, kerajaan Malaysia menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan biasiswa pendidikan kepada rakyat terutama orang Melayu.

"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.

"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.

Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya. -Utusan

* Ada juga yang lahir Melayu tetapi tidak amal Islam. Contohnya Mahathir, lahir sebagai Melayu tetapi guna undang-undang kafir, buang undang-undang Islam...

Anggap pengundi sebagai raja - Muhyiddin

TEMERLOH 26 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan seluruh jentera parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau supaya menganggap pengundi di kedua-dua kawasan itu sebagai 'raja'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana hanya pengundi di kedua-dua kawasan itu yang akan menentukan kemenangan besar bagi calon BN.

"Kerana itu kita akan mengerahkan seluruh jentera parti termasuk parti komponen dan sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bekerja bermati-matian dan mendekati semua pengundi dalam pilihan raya kecil ini bagi memastikan BN beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan," katanya.

Beliau ditemui selepas berakhirnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Naib Presiden Gerakan, Senator A. Kohilan Pillay dan beberapa pemimpin BN lain.

Selepas proses penamaan calon berakhir, Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang akan menentang calon Pas, Hassanuddin Salim.

Muhyiddin menambah, beliau berkeyakinan pengundi di Kerdau dan Merlimau dapat membuat keputusan yang tepat dengan memilih BN pada kedua-dua Pilihan Raya Kecil DUN itu berdasarkan senario politik dan ekonomi semasa negara.

Antaranya, kata beliau, menerusi pelbagai inisiatif dan transformasi besar yang dibawakan kerajaan terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta peluang ekonomi yang begitu meluas.

"Ini menunjukkan kesungguhan BN untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan," ujarnya.

Muhyiddin menambah, pengundi di Kerdau dan Merlimau juga boleh menilai dan membuat perbandingan apakah bentuk perjuangan serta perubahan yang telah dibawakan oleh pembangkang selama ini.

Kata beliau, Pas misalnya cukup dikenali dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang karut dan penyelewengan menggunakan agama manakala parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula semakin hilang hala tuju dan menunggu masa untuk rebah.

"Saya percaya ini akan menjadi asas yang dinilai oleh pengundi dan saya yakin mereka juga tahu siapa yang akan mereka pilih nanti," katanya.

Begitu pun, jelas Muhyiddin, beliau tetap mengingatkan seluruh jentera BN untuk tidak mudah berasa selesa dan melihat Kerdau serta Merlimau sebagai PRK yang mudah bagi BN. - Utusan

* Wakil rakyat mati, rakyat jadi raja. "Ustaz apa hukum kita doakan wakil rakyat kawasan kita mati cepat, supaya kita boleh jadi raja?"...

Gaddafi pertahan Tripoli

TRIPOLI 26 Feb. – Senario di Libya terus meruncing. Keadaan dilihat semakin tidak memihak kepada pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi.

Semua petunjuk memperlihatkan pemimpin itu sudah hilang kawalan ke atas beberapa wilayah di timur negara itu, setelah beberapa bandar jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan.

Namun, Gaddafi enggan tunduk, sebaliknya berikrar akan terus mempertahankan pemerintahannya.

Dalam ucapannya semalam, Gaddafi berikrar akan membuka gudang senjata Libya kepada penyokongnya, membayangkan Tripoli akan bermandi darah jika penentang rejim cuba menawan ibu negara ini.

Dalam ucapan ringkasnya yang berapi-rapi dan penuh amaran di Dataran Hijau, Tripoli semalam memberitahu ratusan penyokongnya supaya bersiap sedia untuk mempertahankan ibu negara ini.

Sementara itu, Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Shalgham, rakan Gaddafi sejak kecil, menjadi pegawai terbaru berpaling tadah, menyusuli timbalannya, Ibrahim Dabbashi yang berbuat demikian, baru-baru ini.

“PBB, tolong selamatkan Libya. Tolong cegah pertumpahan darah, tolong cegah pembunuhan orang tidak bersalah.

“Kami meminta satu resolusi yang tegas, segera dan berani daripada anda semua,” kata Shalgham kepada Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, penyokong setia Gaddafi membunuh ramai orang apabila mereka melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyertai perarakan antikerajaan di Tripoli, semalam.

Ketika berucap dari atas bumbung sebuah bangunan di Tripoli semalam, Gaddafi menggesa penyokong yang berhimpun di Dataran Hijau di bawah sana supaya ‘mempertahankan Libya dan jika perlu, kita akan membuka semua gudang senjata’.

“Kita akan memerangi mereka dan kita akan menewaskan mereka,” katanya sementara penyokong menjulang potret beliau dan mengibarkan bendera hijau negara ini.

Hampir seluruh bahagian timur negara di Afrika Utara ini sudah terlepas daripada cengkaman Gaddafi sejak pemberontakan rakyat bermula di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu.

Ucapan semalam adalah kenyataan terbuka ketiga yang dibuat oleh Gaddafi dalam minggu ini, selepas beliau menggesa pengikutnya supaya menumpaskan pemberontak dan kemudian menuduh rangkaian al-Qaeda menghasut golongan muda ‘yang khayal dengan dadah’ supaya bangkit untuk menumbangkan beliau. – AFP

* Gaddafi bakal senasib Saddam Husin...

26 February 2011

Libya kian tenat, rakyat kita dikeluarkan

SERAMAI 131 rakyat Malaysia di Libya berjaya dibawa keluar dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, pada kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu Malaysia), semalam.

Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan antikerajan di bandar Zawiya malam kelmarin.

Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.

Switzerland membekukan serta-merta aset Gaddafi dan penyokong kuatnya. Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah. - Utusan

* Yahudi pun tidak bunuh rakyatnya sesuka hati begini...

Anwar, Nik Aziz pengkhianat bangsa Melayu: Dr. M

KAMPUNG GAJAH 26 Feb. - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya. - Bernama

* Karat sungguh hati orang tua ni...

(Video) Interview with Kerdau PAS Candidate



* Cari pemasalahan rakyat Kerdau daripada sekecil-kecilnya sehingga sebesarnya. Ketengahkan pemasalah tersebut supaya dapat diselesaikan oleh kedua-dua parti yang bertanding terutama Umno. Kemenangan kita adalah kemenangan rakyat dalam menyelesaikan pemasalahan mereka...

Dua penuntut IPTA diburu disyaki rogol rakan kuliah

Lima rakan suspek sudah diberkas selepas mangsa buat aduan

KANGAR: Polis memburu dua penuntut lelaki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, kerana disyaki merogol rakan sekuliah di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau, dekat sini, pada 15 Februari lalu. Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, berkata pelajar terbabit, Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman dan Ahmad Amirul Amin Rosley, masing-masing berusia 19 tahun, menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Beliau berkata, dua suspek itu dikesan bersama lima lagi rakan disyaki merogol secara bergilir-gilir gadis berusia 19 tahun yang juga rakan sekuliah salah seorang suspek, di sebuah rumah di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari sebuah IPTA, di sini dalam operasi khas selepas menerima aduan daripada pelajar perempuan terbabit. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri.

“Alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang.

“Mangsa kini trauma selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh pelajar. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Nashir berkata, orang ramai yang menemui mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes curi dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan mangsa cedera parah.

“Dua daripada tiga lelaki berkenaan, iaitu Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran,” katanya.

Polis turut memburu Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayur, Padang Besar atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penduduk awam di pekan itu, Januari lalu. - BHarian

* Jika didapati bersalah, hukuman di khalayak ramai dapat mendidik masyarakat dengan memberi pengajaran yang berkesan. Jika tidak, esok lusa ada lagi yang merogol dan kena rogol. Ini kerajaan yang tidak sayang kepada rakyatnya dan melepaskan peluang semasa sedang memerintah...

Ganjaran Wang Menanti Guru Yang Cemerlang Perkhidmatan

Dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan, pelbagai usaha dilaksana dan dirancang bagi merangsang prestasi pelajar dan tenaga pengajar.

Sehubungan itu, 'tawaran baru' untuk guru diberikan oleh kerajaan bagi merangsang prestasi guru ke arah kecemerlangan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Ganjaran yang dijanjikan kepada semua pengetua dan guru besar RM7,500 bagi setiap seorang yang layak.

Selain itu, guru biasa juga layak menerima ganjaran kewangan.

5 peratus guru yang cemerlang perkhidmatan di sekolah, layak menerima RM1,800 dan selebihnya RM900.

Sekiranya pengetua dan guru besar terbabit berjaya menunjukkan kecemerlangan sebanyak 3 kali berturut-turut, mereka layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat serta ganjaran lain, bukan dalam bentuk kewangan.

Seseorang pengetua dan guru besar hanya layak menerima ganjaran kewangan sekiranya melepasi syarat-syarat berikut.

Syarat utama, pencapaian dalam skor komposit.

Ia membabitkan markah 70 peratus GPS dan 30 peratus skor penilaian kendiri sekolah yang melepasi sasaran 84 peratus, atau menunjukkan lonjakan sebanyak 2050 tempat dalam ranking keseluruhan, atau menunjukkan peningkatan 6.3 peratus dalam skor komposit.

Bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan markah SKPM dalam skor komposit, jemaah Nazir dan jaminan kualiti sudah mengadakan verifikasi data mulai pertengahan Januari tahun lalu sehingga awal Januari lalu.

Bahagian audit sekolah pula mengadakan pemeriksaan ke atas 924 sekolah.

Mesyuarat jawatankuasa panel pemberian ganjaran di bawah Tawaran Baru untuk pengetua dan guru besar bersetuju bilangan guru besar yang layak menerima ganjaran seramai 587 orang.

Bilangan guru yang layak menerima ganjaran pula seramai 14,815 orang dengan jumlah peruntukan RM18.4 juta. - Tv3

* Guru bukan hendak wang, guru hendak kebahagian dan keseronokan dalam bekerja yang semakin terhakis kerana tekanan pihak pentadbir sekolah. Sistem ganjaran yang besar buat guru besar dan pengetua akan menambah lagi parah penderitaan guru-guru biasa. Guru akan lakukan tugasan itu samada suka atau tidak. Cuma ingat, guru akan 'kurang ajar'. Kesannya pun sudah nampak di sekeliling kita, disaat ini apabila masyarakat semakin ramai yang 'kurang ajar' ...

21 bayi di Baby Hatch sejak Mei

Orphan CARE berjaya urus pengambilan 20 bayi untuk keluarga angkat

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan CARE) menerima 21 bayi yang dibuang dengan purata penerimaan tiga bayi sebulan sejak penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) pada Mei tahun lalu. Berdasarkan angka berkenaan, 20 daripadanya sudah diberikan kepada keluarga angkat masing-masing yang datang daripada pelbagai latar belakang sosial dan agama, manakala seorang lagi bayi masih menunggu untuk diserahkan kepada keluarga angkat selepas urusan dokumen pengambilan anak angkat selesai.

Setiausaha Kerja Orphan CARE, Azra Banu, berkata sehingga kini, hanya dua kes membabitkan bayi diletakkan secara sembunyi ke dalam Baby Hatch manakala, 19 bayi lain diserahkan sendiri oleh ibu kandung mahupun ahli keluarga wanita yang melahirkan anak berkenaan.

“Kebanyakan ibu muda yang ingin menyerahkan anak mereka lebih yakin sekiranya dapat bersemuka dengan pihak pengurusan bagi memastikan anak mereka dijaga dan diberi kepada pihak berwajib. Malah ada juga ibu mengandung yang berjumpa kami untuk menawarkan anak mereka selepas dilahirkan kelak.

“Berdasarkan bilangan bayi sedia ada yang diterima di Baby Hatch, 13 daripadanya adalah rakyat tempatan dengan 12 bayi berketurunan Melayu, satu berketurunan India, manakala lain-lain, Filipina (tiga), Indonesia (dua) dan Nigeria (satu),” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Baby Hatch yang julung kali diperkenalkan pada 29 Mei tahun lalu menerima bayi lelaki pertama pada 26 Jun lalu. Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram dilahirkan sehari sebelum itu dan sudah diserahkan kepada keluarga angkat selepas 11 hari dijaga.
Dalam perkembangan sama, Azra menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menubuhkan sekurang-kurangnya lima Baby Hatch di seluruh negara terutama utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai menyalurkan cadangan mahupun sumbangan bagi merealisasikan lebih banyak penubuhan Baby Hatch di kawasan masing-masing.

“Orang ramai boleh melayari www.orphancare.org.my untuk berkongsi idea, maklumat dan cadangan bernas bagi memperkasakan penubuhan Baby Hatch di seluruh negara.

“Mengenai maklumat peribadi ibu bapa bayi yang diserahkan, semua maklumat adalah rahsia. Bagaimanapun, ibu bapa kandung bayi berkenaan masih dibenarkan mengikuti perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa melalui Orphan CARE,” katanya. - BHarian

* Tahniah buat Umno...tengok situ, Melayu juara bertahan...

Menoreh hanya tiga hari seminggu dapat RM2,200

350,000 pekebun kecil getah lega harga meningkat tinggi

KUALA LUMPUR: Lebih 350,000 pekebun kecil getah terutama 187,074 yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah sendiri dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi itu meningkat secara berperingkat sejak 2009. Kini, harga semasa mencapai RM17.05 sekilogram (sekg), manakala harga di ladang ada yang mencecah sehingga RM9 sekg, sekali gus meletakkan sebahagian besar pekebun kecil hidup di luar taraf kemiskinan.

Pekebun kecil yang memiliki tanah seluas sehektar, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata kerja menoreh yang dilakukan antara 20 hingga 22 hari sebulan itu membolehkan beliau memperoleh lebih 1,000 kg susu getah.

Bapa tiga cahaya mata yang menetap di Kampung Teknologi RISDA, Kampung Sawa Besar di Pendang, berkata jumlah berkenaan membolehkan beliau memperoleh pendapatan kasar mencecah RM7,200 sebulan berdasarkan harga getah di ladang sebanyak RM7.20 sekg sekarang.

“Pendapatan sekarang macam langit dan bumi berbanding sebelum 2009, ketika itu nak dapat lebih RM1,000 sebulan pun sukar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Sapri Abdul Aziz, 49, pula menganggap pemantauan berterusan pegawai RISDA banyak membantu untuk memastikan semua pekebun kecil menjalankan kerja torehan dengan betul.
“Setakat ini, bagi tiga kali torehan seminggu saya boleh dapat sehingga RM2,200 dan sebulan boleh mencapai lebih RM7,000 sebulan,” katanya yang kini menggunakan Toyota Hilux bernilai hampir RM90,000 untuk berulang alik ke kebun getahnya sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, penduduk Kampung Sawa/Kampung Teknologi RISDA di Pendang ini juga bijak mencari alternatif apabila menoreh pada waktu malam.

Mereka berbuat demikian kerana menoreh pada waktu malam menyebabkan pengeluaran susu getah tidak terjejas, walaupun pada musim panas dan daun luruh sekali gus membolehkan mereka mengaut keuntungan ketika harga getah tinggi, iaitu hampir RM7.50 sekilogram.

Tinjauan Berita Harian di kampung itu malam kelmarin, mendapati lebih 30 penduduk mula berkumpul selepas solat Isyak di satu kawasan di kampung itu sebelum memasuki kebun getah masing-masing untuk menoreh bagi memastikan keselamatan terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata idea penduduk untuk menoreh pada waktu malam nyata berhasil apabila kebanyakan mereka mendapat hasil 50 kilogram (kg) getah sekerap bagi setiap hektar, berbanding hanya 35 kg jika menoreh pada waktu siang.

“Kami mula menoreh pada waktu malam sejak Januari lalu kerana tidak mahu pendapatan terjejas berikutan musim panas dan daun luruh yang dijangka berlarutan dua bulan lagi.

“Kami lega apabila usaha ini berhasil kerana hasil yang dicatatkan lebih berbaloi. Penduduk juga tidak bimbangkan keselamatan mereka kerana keluar beramai-ramai menoreh sehingga kecoh suasana dalam kebun getah,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, penduduk Kampung Banggul Katong, Mukim Serada, Kuala Terengganu, Ibrahim Ali, 71, turut mengakui pendapatan lebih RM6,000 yang diperoleh ketika ini boleh meningkat jika penjagaan pokok lebih berjadual dengan taburan baja dan racun secara berkala.

Katanya, harga getah di ladang yang mencecah RM8.30 sekg membolehkan beliau mendapat hasil sebanyak 407 kg hanya untuk torehan selama empat hari, minggu ini.

“Bagaimanapun, faktor daun yang luruh kebelakangan ini menyebabkan hasil agak menurun dan dijangka meningkat sedikit masa lagi,” katanya. - BHarian

* Tahniah...

Adnan fitnah PAS isu sijil calon BN

TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. - Harakahdaily

Ismail Sabri Nafi Harga Barang Naik Selepas Pilihanraya Kecil

TEMERLOH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri , menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya harga barangan keperluan akan naik selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka.

Katanya, kerajaan sentiasa memberikan subsidi terhadap barangan keperluan sekalipun harga barangan terbabit yang diimport dari negara luar meningkat.

"Walaupun subsidi membabitkan peruntukan besar, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan subsidi supaya harga barangan keperluan tidak membebankan rakyat,"katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan BN Kampung Tekal, di Kuala Tekal, di sini, Sabtu.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pembangkang yang sering memainkan isu sedemikian setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil.

"Bagaimanapun, harga daging lembu import kemungkinan akan naik berikutan negara pengeluar Australia ditimpa bencana alam baru baru ini menyebabkan banyak ternakan mati," katanya.

Katanya, negara terpaksa mengimport daging dari Australia oleh kerana ternakan tempatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan yang semakin bertambah.

Menurutnya, kerajaan membelanjakan RM10.3 billion tahun lepas bagi mengimport barangan keperluan termasuk daging, bawang, tepung, gula dan lain lain.-BERNAMA

* Pembangkang memang tak patut kata Umno suka naikkan sesuatu. Umno baik, lepas menang dua tempat nanti dia akan turunkan...turunkan subsidi kerajaan.

7000 Orang Banjiri Maher Zain Live In Concert 2011

SHAH ALAM: Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagimenyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, MaherZain, di sini, Jumaat.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hariiaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antaraMaher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.

Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia,Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dariMacedonia.

Maher yang muncul kira-kira setengah jam selepas pembukaan konsertpada pukul 9 malam itu memulakan persembahan lagu Allahuakhbar telahmendapat reaksi dan tepukkan gemuruh daripada para penonton.

Dalam persembahan lagu Insha Allah Maher membuat kejutan denganmenampilkan vokalis kumpulan Padi dari Indonesia, Fazly bagimenyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.

Pada konsert hampir dua jam itu, Maher menyanyikan 16 buah lagu hitdalam album Thank You Allah antaranya Barakallah, For The Rest of MyLife, Thank You Allah, Ya Nabi Salam Alaika dan Hold My Hand.

Sepanjang konsert berlangsung, kelihatan peminat-peminat Maher tidakputus-putus memberi reaksi positif dan memberi semangat dengan turutsama menyanyi lagu - lagunya. - Mstar

Beckham beli kereta baru

BEVERLY HILLS – Bintang bola sepak dari England, David Beckham membeli sebuah kereta berkuasa tinggi buatan Amerika Syarikat (AS), Chevrolet Camero sebagai tanda dia menyenangi kehidupannya di AS, lapor sebuah akhbar semalam.

Beckham, 35, yang bermain untuk kelab bola sepak liga AS, LA Galaxy, dilihat memandu kereta berharga AS$55,000 (RM167,942) tersebut semasa dia meninggalkan kem latihan La Galaxy di sini, negeri California, kelmarin.

Bintang bola sepak itu yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan pop Spice Girls, Victoria kembali ke AS selepas tiga bulan berada di tanah airnya, Britain.

Dia memandu kereta berwarna hitam itu pulang ke kediamannya di sini dengan diekori seorang pengawal peribadi yang menaiki sebuah kenderaan berasingan.

Kereta Chevrolet Camero pernah digunakan dalam filem aksi popular, Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay.

Sejak dia berpindah ke kota Los Angeles empat tahun lalu, Beckham mengumpul beberapa kenderaan buatan AS termasuk kereta Cadillac Escalade dan Jeep Wrangler berharga AS$40,000 (RM122,140). – Agensi

Kereta diterbalikkan gajah

TAMAN PILANESBERG, Afrika Selatan – Satu pasangan terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka menjadi mangsa serangan seekor gajah jantan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku kerana gajah tersebut berang selepas tersilap sangka bahawa kereta itu adalah seekor gajah betina yang sedang duduk di sini, baru-baru ini.

Pasangan yang berada dalam kereta itu, John dan Carina Lowers merangkak keluar dari kereta tersebut selepas mereka melihat gajah berkenaan beredar selepas ia menterbalikkan kenderaan tersebut. – Agensi

Calon BN terus bergelut dengan isu sijil akademik

Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

Beliau menangkis isu tersebut dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab (kiri) yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita.

"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Syed Ibrahim berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya.

Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.

Katanya beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.

"Saya berdoa supaya tabiat mereka yang suka melemparkan tuduhan agar dibersihkan jiwa mereka," katanya sambil menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.

Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis.

Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.

'2Malaysia'

"(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar.

Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.

BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.

Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.

Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.

Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya. - Malaysiakini

* Orang tanya sijil itu usaha sendiri atau beli? Sebab keduanya bersijil juga...

Muhyiddin harap dasar 1M1S dapat sokongan

CHANGLUN - Kementerian Pelajaran berharap Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya tahun ini akan mendapatkan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya dalam usaha membentuk modal insan yang holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum tetapi juga untuk aktiviti kemasyarakatan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, sejak kebelakangan ini penglibatan pelajar dalam sukan merosot dan kalau ada pun hanya terbatas dengan aktiviti di sekolah.

“Sebab itu mulai tahun ini saya gerakkan semula program satu murid satu sukan ini dan dikemukakan semula untuk tingkatkan prestasi pelajar bukan hanya akademik tetapi juga kokurikulum,” katanya ketika merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata program matrikulasi mesti diperkasakan dan dijadikan salah satu agenda utama kementerian untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
“Sejak diambil alih pada 1998, program matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran melakar pelbagai kejayaan walaupun di peringkat awal dikritik pihak-pihak tertentu.

“Dahulu sukar jumpa pelajar-pelajar Melayu mendapat ijazah kelas pertama di IPTA dalam bidang sains, teknologi atau profesional. Kini ramai pelajar Melayu dapat kelas pertama di universiti dalam dan luar negara hasil program matrikulasi,” katanya. - Bernama

* Tambah lagi beban guru...

Lelaki bergaduh mati ditikam

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati selepas ditikam dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan enam lelaki lain di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit di Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini semalam.

Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan U. Yuhanthan, 21, maut setelah cedera di dada, perut dan rusuk akibat tikaman tersebut.

Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan salah faham selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegur mereka ketika sedang merempit dan membuat bising di situ.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang minum di sebuah pondok di situ sebelum menegur suspek.

Katanya, kumpulan lelaki itu yang tidak berpuas hati kemudian telah bertengkar sebelum rakan mangsa melarikan diri ekoran bimbang dibelasah.

"Mangsa yang terperangkap kemudian telah dibelasah dan ditikam di dada, perut dan rusuk dengan sejenis senjata tajam. Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap beberapa jam kemudian," katanya di sini semalam.
- kosmo

* Polis buat apa?