Dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan, pelbagai usaha dilaksana dan dirancang bagi merangsang prestasi pelajar dan tenaga pengajar.
Sehubungan itu, 'tawaran baru' untuk guru diberikan oleh kerajaan bagi merangsang prestasi guru ke arah kecemerlangan dan meningkatkan pencapaian pelajar.
Ganjaran yang dijanjikan kepada semua pengetua dan guru besar RM7,500 bagi setiap seorang yang layak.
Selain itu, guru biasa juga layak menerima ganjaran kewangan.
5 peratus guru yang cemerlang perkhidmatan di sekolah, layak menerima RM1,800 dan selebihnya RM900.
Sekiranya pengetua dan guru besar terbabit berjaya menunjukkan kecemerlangan sebanyak 3 kali berturut-turut, mereka layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat serta ganjaran lain, bukan dalam bentuk kewangan.
Seseorang pengetua dan guru besar hanya layak menerima ganjaran kewangan sekiranya melepasi syarat-syarat berikut.
Syarat utama, pencapaian dalam skor komposit.
Ia membabitkan markah 70 peratus GPS dan 30 peratus skor penilaian kendiri sekolah yang melepasi sasaran 84 peratus, atau menunjukkan lonjakan sebanyak 2050 tempat dalam ranking keseluruhan, atau menunjukkan peningkatan 6.3 peratus dalam skor komposit.
Bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan markah SKPM dalam skor komposit, jemaah Nazir dan jaminan kualiti sudah mengadakan verifikasi data mulai pertengahan Januari tahun lalu sehingga awal Januari lalu.
Bahagian audit sekolah pula mengadakan pemeriksaan ke atas 924 sekolah.
Mesyuarat jawatankuasa panel pemberian ganjaran di bawah Tawaran Baru untuk pengetua dan guru besar bersetuju bilangan guru besar yang layak menerima ganjaran seramai 587 orang.
Bilangan guru yang layak menerima ganjaran pula seramai 14,815 orang dengan jumlah peruntukan RM18.4 juta. - Tv3
* Guru bukan hendak wang, guru hendak kebahagian dan keseronokan dalam bekerja yang semakin terhakis kerana tekanan pihak pentadbir sekolah. Sistem ganjaran yang besar buat guru besar dan pengetua akan menambah lagi parah penderitaan guru-guru biasa. Guru akan lakukan tugasan itu samada suka atau tidak. Cuma ingat, guru akan 'kurang ajar'. Kesannya pun sudah nampak di sekeliling kita, disaat ini apabila masyarakat semakin ramai yang 'kurang ajar' ...
No comments:
Post a Comment