TEMERLOH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri , menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya harga barangan keperluan akan naik selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka.
Katanya, kerajaan sentiasa memberikan subsidi terhadap barangan keperluan sekalipun harga barangan terbabit yang diimport dari negara luar meningkat.
"Walaupun subsidi membabitkan peruntukan besar, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan subsidi supaya harga barangan keperluan tidak membebankan rakyat,"katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan BN Kampung Tekal, di Kuala Tekal, di sini, Sabtu.
Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pembangkang yang sering memainkan isu sedemikian setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil.
"Bagaimanapun, harga daging lembu import kemungkinan akan naik berikutan negara pengeluar Australia ditimpa bencana alam baru baru ini menyebabkan banyak ternakan mati," katanya.
Katanya, negara terpaksa mengimport daging dari Australia oleh kerana ternakan tempatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan yang semakin bertambah.
Menurutnya, kerajaan membelanjakan RM10.3 billion tahun lepas bagi mengimport barangan keperluan termasuk daging, bawang, tepung, gula dan lain lain.-BERNAMA
* Pembangkang memang tak patut kata Umno suka naikkan sesuatu. Umno baik, lepas menang dua tempat nanti dia akan turunkan...turunkan subsidi kerajaan.
No comments:
Post a Comment