26 February 2011

Muhyiddin harap dasar 1M1S dapat sokongan

CHANGLUN - Kementerian Pelajaran berharap Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya tahun ini akan mendapatkan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya dalam usaha membentuk modal insan yang holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum tetapi juga untuk aktiviti kemasyarakatan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, sejak kebelakangan ini penglibatan pelajar dalam sukan merosot dan kalau ada pun hanya terbatas dengan aktiviti di sekolah.

“Sebab itu mulai tahun ini saya gerakkan semula program satu murid satu sukan ini dan dikemukakan semula untuk tingkatkan prestasi pelajar bukan hanya akademik tetapi juga kokurikulum,” katanya ketika merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata program matrikulasi mesti diperkasakan dan dijadikan salah satu agenda utama kementerian untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
“Sejak diambil alih pada 1998, program matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran melakar pelbagai kejayaan walaupun di peringkat awal dikritik pihak-pihak tertentu.

“Dahulu sukar jumpa pelajar-pelajar Melayu mendapat ijazah kelas pertama di IPTA dalam bidang sains, teknologi atau profesional. Kini ramai pelajar Melayu dapat kelas pertama di universiti dalam dan luar negara hasil program matrikulasi,” katanya. - Bernama

* Tambah lagi beban guru...

No comments:

Post a Comment