NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati selepas ditikam dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan enam lelaki lain di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit di Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini semalam.
Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan U. Yuhanthan, 21, maut setelah cedera di dada, perut dan rusuk akibat tikaman tersebut.
Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan salah faham selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegur mereka ketika sedang merempit dan membuat bising di situ.
Ketua Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang minum di sebuah pondok di situ sebelum menegur suspek.
Katanya, kumpulan lelaki itu yang tidak berpuas hati kemudian telah bertengkar sebelum rakan mangsa melarikan diri ekoran bimbang dibelasah.
"Mangsa yang terperangkap kemudian telah dibelasah dan ditikam di dada, perut dan rusuk dengan sejenis senjata tajam. Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap beberapa jam kemudian," katanya di sini semalam.
- kosmo
* Polis buat apa?
No comments:
Post a Comment