KAMPUNG GAJAH 26 Feb. - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata, Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya. - Bernama
* Karat sungguh hati orang tua ni...
No comments:
Post a Comment