LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

30 September 2009

Pimimpin UMNO Menagih Dadah – Sudah Tiba Masanya Menukar Kerajaan

Admin | 7:16 PM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU – Sudah tiba masanya rakyat ngeri Terengganu khususnya dan satu Malaysia amnya menolak UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinannya korup, rosak akhlak dan moral.

Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Ramly@Mat berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline semalam.
Beliau berkata demikian setelah menerima SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dari seorang penduduk di Kemaman yang melaporkan pemimpin UMNO Bahagian Kemaman telah ditangkap kerana menagih dadah.

”Saya menerima SMS dari seorang penduduk, kemudian saya mengesahkan dengan beberapa jawatankuasa DUN Chukai,

”Memang sah, kepimpinan utama pemuda UMNO Bahagian Kemaman ditangkap kerana menagih dadah,”ujarnya.

Menurut beliau, mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Japilus Ismail.

Katanya abang Japilus yang turut ditangkap disyakki menjadi pengedar dadah tersebut dan ketiga-tiga mereka merupakan pimpinan pelapis yang telah dididik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Haji Hanafiah menyifatkan Ahmad Said turut gagal melahirkan kepimpinan UMNO yang bersih kerana menurutnya Ahmad sendiri turut dikaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berkenaan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru semua rakyat Terengganu dan Malaysia supaya bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih dari masalah korupsi, bebas keruntuhan akhlak dan tinggi moralnya.

”Sudah masanya Terengganu dan Satu Malaysia di pimpin oleh kepimpinan yang dapat menjadi contoh dan tauladan dan melaksanakan amanah dengan penuh ikhlas,

”dan juga sudah sampai waktunya rakyat membuat perhitungan yang betul dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional,”jelasnya.

Sehubungan itu, agensi Bernama turut melaporkan, polis telah menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - BuletinOnline

Rayuan Mohammad Nizar 5 November

Admin | 7:14 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA 30 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.-Utusan

Ibu sayu panggil polis tangkap anak

Admin | 7:10 PM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU: “Kucing pun kita sayang, apatah lagi anak sendiri,” kata Khamsah Mohamad, 60, ketika berdepan detik sukar menghubungi polis supaya menangkap anaknya, pagi kelmarin.

Menceritakan saat getir dihadapinya, Khamsah berkata, anak lelakinya berusia 36 tahun sebelum itu mengamuk apabila dia enggan memberikan wang RM50 yang diminta kira-kira jam 9 pagi Ahad lalu ketika sedang berniaga di sebuah warung di depan rumahnya di Wakaf Tengah, di sini.

“Keengganan saya memberikan wang itu bukan saja menyebabkan anak lelaki yang masih bujang itu meracau, malah sanggup mengacu sebilah pisau dan mengugut mahu menyembelih saya jika tidak diberikan wang,” katanya.

Katanya, bimbang dengan keselamatan dirinya, dia terpaksa menghubungi polis supaya datang menangkap anaknya, namun lelaki itu menghilangkan diri ketika polis datang ke rumah tiga kali dalam masa sehari sebelum ditahan ketika tidur di rumah kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin. - Mymetro

Dua penyamun salah serbu

Admin | 7:09 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Dua remaja yang menyangka penghuni rumah yang mereka ‘serbu’ sudah tidur nyenyak ternyata meleset apabila mereka diberkas polis sejurus keluar dari kawasan rumah berkenaan di Bukit Seputeh di sini, awal pagi semalam.

Malah, hasil yang mereka peroleh pula tidak berbaloi kerana selain beberapa peralatan elektronik seperti kamera digital dan video, dompet mangsa yang mereka sangka ‘tebal’ pula hanya berisi wang tunai RM46.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.58 pagi itu, mangsa bersama adiknya yang menghuni rumah itu masih belum tidur kerana sedang menonton televisyen.

Bagaimanapun, mangsa dikejutkan dengan bunyi bising sebelum melihat kelibat suspek memanjat tingkat dua rumah teres berkenaan.

Tanpa berlengah, mangsa segera menyuruh adiknya menghubungi polis dan dalam masa tidak sampai 10 minit sepasukan polis tiba dan memberkas suspek.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis tiba ke lokasi kejadian enam minit selepas menerima laporan itu.

“Kami berjaya menahan dua suspek yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun ketika mereka hendak keluar dari kawasan rumah berkenaan.

“Siasatan lanjut kemudian turut menemui sebotol minuman keras serta minyak wangi dan polis percaya suspek terbabit dalam lima kejadian pecah rumah di sekitar Bangsar,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

“ Suspek kini ditahan reman sehingga 2 Oktober ini bagi membantu siasatan.

“Kami menasihatkan orang ramai segera menghubungi polis jika mengesyaki sebarang unsur membabitkan aktiviti jenayah agar polis dapat menyalurkan bantuan dengan segera,” katanya. - Mymetro

* Tahniah

2 ‘polis remaja’ silap langkah

Admin | 7:05 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Dua remaja yang masih berusia belasan tahun menyamar sebagai anggota polis dan berpura-pura melakukan pemeriksaan cegah jenayah sebelum menyamun mangsa.

Kedua-dua remaja terbabit yang berusia 16 dan 17 tahun bijak berlakon sebagai anggota polis sebelum menggertak mangsa menyerahkan wang dan semua barang berharga dimiliki.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek dikesan mendapat idea menjadi ‘polis segera’ itu awal pagi semalam sebelum menjalankan operasi pertama di sebuah padang futsal di Kelana Jaya, di sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kedua-dua suspek yang hanya berpakaian biasa menyamun sekumpulan remaja lelaki berusia belasan tahun berhampiran pusat sukan futsal di Kelana Jaya, di sini.

“Suspek dengan selamba terus menghampiri mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Suspek kemudian berpura-pura ingin memeriksa kad pengenalan semua mangsa.

“Sebaik selesai memeriksa mangsa, suspek mengugut mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit bernilai hampir RM400,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang belum berpuas hati dengan jumlah diperoleh pergi ke sebuah asrama di Damansara di sini, untuk melakukan perbuatan sama terhadap penghuni asrama berkenaan.

“Ketika itu, terdapat lapan pelajar perempuan berusia awal 20-an dalam asrama berkenaan yang dipercayai sedang nyenyak tidur. Suspek meminta kad pengenalan mangsa untuk pemeriksaan, namun kumpulan pelajar itu berasa curiga lalu meminta suspek menunjukkan kad kuasa polis.

“Suspek yang mula berasa rahsia mereka mungkin terbongkar cuba melarikan diri sebelum dikejar pelajar berkenan.

“Seorang daripada suspek yang berusia 16 tahun ditahan manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, polis menemui semula sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM450 daripada suspek yang ditahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis turut memberkas tujuh lelaki yang dipercayai kerap melakukan samun tepi jalan dengan bersenjatakan parang.

Kumpulan penjenayah terbabit ditahan secara berperingkat pada 27 September lalu selepas dikesan kerap melakukan samun termasuk tiga kes samun berturut-turut dalam tempoh 12 jam.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang kerap menyerang mangsa di tepi jalan itu ditahan di Gombak manakala seorang lagi ketua kumpulan itu ditahan di Bangsar.

Hasil penahanan itu, polis menemui parang dan sejumlah telefon bimbit yang pernah dirompak penjenayah daripada mangsa sebelum ini. Mymetro

Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung

Admin | 7:02 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.

Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga. - Bharian

Tiga ahli politik berhibur guna dadah

Admin | 7:00 PM | Be the first to comment!
KEMAMAN - Tiga ahli politik ditahan kerana memiliki dan mengambil dadah ketika berhibur di pusat karaoke di sebuah rumah di Kampung Kijal di sini kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki berusia di antara 41 hingga 50 tahun itu diberkas oleh sepasukan lapan anggota polis di dalam sebuah bilik di rumah salah seorang ahli politik berkenaan.

Polis yang membuat pemeriksaan ketika serbuan pada pukul 3 petang itu kemudian menemui satu tiub heroin di atas lantai bilik tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dan risikan polis.

"Ujian air kencing mendapati salah seorang ahli politik itu positif heroin manakala dua lagi mengambil pil kuda," katanya ketika ditemui di sini semalam. - Kosmo

TH isytihar bonus awal 2.25 peratus berjumlah RM465 juta

Admin | 6:58 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengisytiharkan pembayaran bonus awal sebanyak 2.25 peratus yang melibatkan sejumlah RM465 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Dis, 2009 kepada penyimpan yang layak.

Pembayaran bonus awal itu adalah yang pertama bagi TH dan akan dikreditkan kepada akaun penyimpan yang layak pada 5 Oktober.

Dalam satu kenyataan Rabu, TH berkata tahun lepas ia mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus dan pada 2007, membuat pembayaran bonus khas sulungnya sebanyak dua peratus di samping pembayaran bonus sebanyak lima peratus.

TH mula membayar bonus kepada penyimpannya pada 1966 -- tiga tahun selepas penubuhannya. Dalam tahun itu, TH membuat tiga pembayaran bonus sebanyak tiga peratus kepada kira-kira 22,000 penyimpan.

Bilangan penyimpan TH semakin meningkat sejak lembaga itu ditubuhkan.

Setakat Julai tahun ini, penyimpan TH berjumlah 5.09 juta. BERNAMA

MAIPs pula tidak tahu mufti bercuti...

Admin | 6:55 PM | Be the first to comment!
Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) tidak tahu menahu mengenai tindakan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mengambil cuti panjang 10 bulan bagi menjalankan kajian akademik di sebuah institusi pengajian tinggi.

Menurut setiausahanya, Malik Hussin, sehingga minggu lalu, beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya tidak pasti. Hari raya baru-baru ini saya jumpa beliau (Dr Juanda) tidak ada apa-apa pun," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Malik juga merupakan pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Dr Juanda, 37, dilantik sebagai mufti Parlis pada 3 Februari lalu menggantikan Dr Mohd Asri.

Sebelum itu, Dr Juanda merupakan timbalan mufti negeri Sarawak selama lima tahun. Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak untuk berkhidmat di Perlis selama tiga tahun, sehingga Februari 2012.

Dr Juanda, anak kelahiran Igan dekat Sibu, menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

Sebelum itu, beliau menuntut di Kolej Islam Klang. - Malaysiakini

Exco sah mufti Perlis bercuti panjang

Admin | 6:55 PM | Be the first to comment!
Seorang exco kerajaan negeri Perlis mengesahkan bahawa mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bercuti selama sepuluh bulan mulai hari ini bagi menjalankan penyelidikan akademik.

Beliau mengesahkan laporan mengenai perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kita akan uruskan semuanya. Dia cuti pun bukan lama, sepuluh bulan sahaja," katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Beliau diminta mengulas tindakan Dr Juanda yang mengambil cuti panjang walaupun tidak sampai setahun berkhidmat di negeri itu.


Tindakannya itu menimbulkan pelbagai spekulasi apabila mufti sebelum, Dr Mohd Asri Zainul Abidin - yang juga rakannya - memutuskan bersara awal akibat "tidak selesa dengan permainan politik" beberapa pihak dalam kerajaan, berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen Dr Juanda (foto) berhubung perkara itu sejak semalam masih tidak berjaya.

Sementara itu, persoalan siapakah yang bakal mamangku jawatan itu masih tinggal teki-teki apabila difahamkan Timbalan Mufti Perlis, Yazid Saat juga turut bercuti pada penghujung tahun ini.

Menurut sumber, urusan pemangkuan jawatan penting itu akan diputuskan apabila Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) yang akan bersidang selepas ini.

Dr Juanda, 37, dilantik sebagai mufti Parlis pada 3 Februari lalu menggantikan Dr Mohd Asri.

Sebelum itu, Dr Juanda merupakan timbalan mufti negeri Sarawak selama lima tahun. Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak untuk berkhidmat di Perlis selama tiga tahun, sehingga Februari 2012.

Dr Juanda, anak kelahiran Igan dekat Sibu, menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

Sebelum itu, beliau menuntut di Kolej Islam Klang. - Malaysiakini

Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri

Admin | 2:00 PM | 2 Comments
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.

Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

"'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

"Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita. - Malaysiakini

* Ciri-ciri serupa...

AS tingkat tekanan ke atas Iran

Admin | 1:57 PM | Be the first to comment!
WASHINGTON 29 Sept. - Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan ke atas Iran menjelang rundingan penting berhubung program nuklear negara itu dua hari lagi, dengan mendesak republik Islam itu memberikan akses penuh ter hadap fasiliti pengayaan uranium yang baru dan mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Teheran.

Pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat lalu mendedahkan bahawa Teheran sedang membina loji pengayaan uranium yang kedua, meningkatkan lagi ketegangannya dengan Barat.

"Ini adalah hari dan minggu yang penting untuk Iran kerana mereka perlu membuat keputusan," kata jurucakap White House, Robert Gibbs, sebelum pertemuan kuasa dunia dengan Iran di Geneva pada Khamis ini.

Rusia turut meluahkan rasa bimbang terhadap ujian peluru berpandu Sejil dan Shahab-3 Iran, yang didakwa negara itu mampu mengenai sasaran di Israel.

Ia merupakan tanda kerisauan bersama tentang Iran oleh Rusia dan AS, selepas rundingan antara Presiden Dmitry Medvedev dan Presiden Barack Obama di New York pada minggu lalu.

Gibbs menyatakan bahawa dunia kini telah bersatu mencabar program nuklear Iran dan Teheran kini semakin terasing.

Washington mendesak Teheran agar membuka fasiliti pengayaan uranium di dalam sebuah gunung dekat bandar Qom, untuk disiasat oleh pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

"Mereka boleh... bersetuju untuk memberikan akses tanpa sekatan. Saya rasa perkara tersebut tidak menjadi masalah," kata Gibbs.

White House dan Jabatan Negara AS turut mengkritik keras ujian peluru berpandu terbaru Iran.

Jurucakap Jabatan Negara, P.J. Crowley me nyifatkan ujian tersebut sebagai 'tidak mem bantu langsung'. @ - AFP

Sementara itu di Teheran, pihak tentera Iran berkata, republik itu akan menghasilkan peluru berpandu versi Sejil lebih canggih, yang didakwa turut mampu mengenai Israel.

"Satu generasi baru peluru berpandu Sejil yang ditambah baik akan dihasilkan.

"Sejil mempunyai ketepatan yang baik di samping keupayaan memusnahkan. Peluru berpandu ini merupakan senjata terbaik yang dimiliki tentera Iran,'' kata komander tentera udara skuad elit Pengawal Revolusi Diraja, Hossein Salami kepada agensi berita IRNA.

Semalam, Iran melancarkan ujian peluru berpandu Sejil, yang dikatakan memiliki keupayaan terbang dalam julat kira-kira 2,000 kilometer, cukup untuk mengenai sasaran di kawasan Teluk dan sebahagian Eropah begitu juga Israel, sehingga mengundang kecaman Barat.

Peluru berpandu itu dilancarkan bersama Shahab-3, yang memiliki keupayaan sama dan satu lagi peluru berpandu jarak pendek sebagai sebahagian ujian selama dua hari.

Salami berkata, penghasilan peluru berpandu Iran tidak akan berhenti dan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

AS dan sekutunya Israel tidak mengeluarkan arahan ketenteraan bagi menghentikan aktiviti nuklear Iran, yang disifatkan Barat sedang membina senjata nuklear, tetapi Iran menegaskan ia semata-mata untuk tujuan perdamaian. - AFP

* Israel dibiarkan memiliki nuklear supaya boleh terus membuli umat Islam.

PAS pula calonkan Zulkefly

Admin | 6:30 AM | Be the first to comment!
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Serah pada pengundi

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zulkefly berkata Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat.

“Kita bertanding untuk membela rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Zulkefly berkata, terpulang kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Beliau yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka.

Ditanya harapannya dalam piliharnaya kecil kali ini memandangkan beliau bukan anak tempatan, Zulkefly yang pernah tiga kali bertanding sebelum ini berkata:

“Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”.

Ditanya mengenai calon BN - Tan Sri Isa Samad yang merupakan calon popular dan mendapat sokongan akar umbi - Zulkefly sekali lagi mengulangi bahawa terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.

Calon terbaik

Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS memilih Zulkefly kerana beliau merupakan calon terbaik, muda dan berpendidikan tinggi.

Kepimpinan PAS, tegasnya, sebulat suara memilih Zulkefly bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.


Ditanya mengenai isu-isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi berkata: “Tunggu dulu”.

Hadi juga ditanya mengenai kemungkinan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor - ekoran teguran pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan - akan dijadikan isu di Bagan Pinang.

Menjawab soalan tersebut, Hadi berkata: "Masalah dalaman yang ditimbulkan oleh media akan diselesaikan. Tidakjadi masalah."

Hadi juga ditanya mengenai peluang PAS menang dengan meletakkan pesuruhjaya negeri itu sendiri bertanding di Bagan Pinang, memandangkan dalam pilihanraya umum tahun lalu, parti itu tewas di 12 daripada 13 kerusi DUN yang ditandinginya di Negeri Sembilan.

Dalam jawapannya, presiden PAS itu berkata: “Kita melihat perubahan, tujuh daripada lapan pilihanraya kecil (sejak pilihanraya umum tahun lalu) kita menang, ini satu perubahan, adanya anjakan paradigma di kalangan pengundi di Semenanjung.”

Ditanya mengenai pengundi pos yang berjumlah lebih 4,000 orang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hadi berkata, terserah kepada pemilih yang mempunyai hak untuk mengundi. - Malaysiakini

Rasuah politik: Saya sudah jalani hukuman, kata Isa

Admin | 6:26 AM | Be the first to comment!
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.

Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

Sebaliknya, tegas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, beliau melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno.

"Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan - saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.

Sebaliknya, kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri.

Ditanya mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Isa tidak sepatutnya dipilih bertanding di Bagan Pinang kerana rekod rasuah politiknya, Isa hanya menjawab "Saya senyum".

Isa berkata, berdasarkan tahap sokongan yang ditunjukkan oleh akar umbi dan kempen yang akan dijalankan, beliau menjangka akan menang dengan majoriti lebih besar.

Ditanya perasaannya bertanding kerusi negeri selepas lama menjadi menteri kabinet, Isa berkata beliau menerima jatuh bangun dalam politik.

"Saya telah menjadi seorang menteri dan menteri besar, sekarang saya calon BN. Ianya ok kerana ini adalah satu perjuangan," kata Isa yang juga ketua Umno bahagian Teluk Kemang.

"Apabila parti memberi amanah kepada saya, maka tiada sebab bagi saya untuk menolaknya," katanya sambil menambah bahawa beliau gembira kerana dipilih untuk pertama kalinya bertanding mewakili kawasannya.

Isa mewakili kerusi DUN Linggi sejak 1978 dan pada 2004 beliau beralih bertanding kerusi parlimen Jempol dan kemudiannya
dilantik sebagai menteri wilayah persekutuan, jawatan kerajaan terakhir yang eliau sandang sebelum metelakkan jawatan pada tahun 2005, selepas keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun atas kesalahan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden pada 2004.

Sebelum itu, Isa pernah bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat pusat. Pada 1993, Isa bertanding jawatan ketua Pemuda Umno etapi tewas kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Pada tahun berikutnya, Isa mencuba nasib pula bertanding jawatan naib presiden Umno tetapi tewas juga, sehinggalah memenangi jawatan naib presiden pada 2004 tetapi dibatalkan kerana politik wang. - Malaysiakini

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

Admin | 6:22 AM | Be the first to comment!
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini.

Sebelum mengumumkan nama calon BN, Muhyiddin bertanya kepada para hadirin siapa yang mereka mahu, dan mereka menjawab: "Isa".

Sambil memetik slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata "sebab rakyat didahulukan, rakyat nak?" disambut dengan laungan kuat "Isa".

Najib tiba sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan calon BN itu pada jam 5.15 petang.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal
2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. - Malaysiakini

29 September 2009

Najib diugut penyokong taksub Isa

Admin | 5:30 PM | 2 Comments
BAGAN PINANG – Beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, kumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ kepada Tan Sri Isa Samad mengugut untuk melakukan ’boikot’.

Pagi ini, kain-kain rentang yang berbunyi ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ dipasang merata-rata tempat di seluruh DUN Bagan Pinang.

Semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, telah membuat kemunculan dalam majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Taman Intan Perdana dekat sini.

Kehadiran Isa ke majlis tersebut membayangkan ’sokong menyokong’ diantara satu sama lain, antara Isa dan Muhyidin.

Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang di kuasai oleh penyokong taksub Isa telah membuat keputusan sebulat suara ’hanya Isa, tidak yang lain’ untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Paparan kain-kain rentang mengugut untuk ’boikot’ telah diduga sejak beberapa hari lalu apabila ’cakap-cakap’ tentang boikot pilihanraya Bagan Pinang telah tersebar sejurus selepas Eidul Fitri.

Beberapa orang dikalangan ahli UMNO bawahan yang ’fanatik’ Isa telah pun bercakap tentang perkara tersebut secara terbuka di premis-premis politik umum.

Samada Isa atau selain Isa akan ditentukan sebelum lewat hari ini, apabila Muhyiddin Yassin dijadualkan membuat pengumuman calon ada jam 3 petang ini.

Menurut laman UMNO online, Muhyidin akan berbuat demikian dalam majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama UMNO Bahagian Teluk Kemang yang akan berlangsung di Comand Centre, Batu 6, Jalan Pantai dekat Port Dickson.

Walaupun sewaktu catatan ini dibuat, Najib turut berada di berada di persekitaran kawasan ini, timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.

Sekitar jam 1.30 tengahari, Najib masih berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program yang sama dalam kem-kem tentera memandangkan pihak UMNO boleh dan mengapa PAS tidak boleh.

Isu calon UMNO akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan dikalangan jentera UMNO, samada Isa atau bukan Isa yang diisytiharkan sebagai calon.

Isa dilaporkan akhbar media perdana sebagai tokoh yang masih mempunyai ’aura’ walaupun imej bersih pemimpin UMNO itu telah dicalari oleh kes rasuah politik.

Sekiranya Isa dipilih, penyokong Isa akan menghamburkan sukacita, sedang disebelah yang lain, penyokong Menteri Besar Mohamad Hassan telah pun menyuarakan akan melakukan ’boikot’ sebagaimana ugutan yang dibuat kumpulan taksub Isa - BuletinOnline

Tembak penyamun tawan ibu saudara

Admin | 5:29 PM | Be the first to comment!
ALOR GAJAH: Bagai aksi dalam filem Hollywood apabila seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang bermandikan darah akibat ditetak penyamun membidik senapang patah ke arah kumpulan lelaki terbabit.

Sebelum itu, kumpulan empat lelaki terbabit dipercayai warga asing merompak rumah ibu saudaranya, Maimunah Ali Latif, 48, di Batu 25, Kampung Tebong, dekat sini, selepas masuk menerusi pintu dapur kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Ketua Platun Rela Alor Gajah terbabit, Mohamad Sani Arsad, 46, yang menerima panggilan telefon daripada saudaranya mengenai kejadian terus mengambil senapang patah di rumahnya yang terletak berdekatan lalu cuba memberi bantuan.

Malah, dalam keadaan menahan kesakitan, Mohamad Sani bertindak waras kerana tidak melepaskan tembakan apabila menyedari nyawa ibu saudaranya ‘seperti telur di hujung tanduk’ disebabkan penjenayah menjadikan wanita itu sebagai perisai sambil mengacukan parang di lehernya ketika cuba meloloskan diri.

“Sejurus saja perompak itu melepaskan leher ibu saudara, saya terus melepaskan satu das tembakan dengan mensasarkan kaki perompak.

“Saya tidak pasti tembakan itu kena atau tidak kerana mereka melarikan diri lintang pukang ke kawasan belakang rumah.

“Ketika hendak mengisi peluru kedua, tiba-tiba kepala saya pula ditetak dari belakang oleh perompak menyebabkan terus rebah. Walaupun sakit dan darah mengalir agak banyak, saya tetap bangun sambil menggenggam erat senapang dan membidik ke arah perompak yang melarikan diri,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohamad Sani berkata, dia menerima panggilan kecemasan daripada seorang saudaranya memberitahu rumah mereka yang berjiran dimasuki penjenayah menyebabkannya mencapai senapang patah dan peluru lalu bergegas ke dapur rumah.

“Dari luar cermin ketika itu, saya lihat pak cik saya tertiarap di lantai berlumuran darah dan tangannya pula diikat di belakang sambil mengadu kesakitan dan ada seorang perompak berdiri berdekatan dengannya.

“Saya terus masuk ke dalam rumah dan melihat seorang perompak berlari masuk ke bilik mak cik. Saya cuba melepaskan pak cik yang cedera sebelum tiga perompak keluar sambil seorang daripada mereka ‘mengunci’ leher mak cik dan mengacukan parang dan perlahan-lahan keluar dari rumah,” katanya.

Mohamad Sani yang lebih 20 tahun menganggotai Rela, berkata dalam keadaan kelam-kabut itu, dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan ibu saudaranya daripada dijadikan tebusan.

“Diikutkan saya mahu terus menembak mereka, namun terpaksa mengalah kerana tidak mahu apa-apa terjadi kepada mak cik saya yang turut meminta supaya tidak menembak kerana bimbang perompak mencederakannya.

“Saya terus membidik sambil memberi amaran akan menembak mereka,” katanya yang menerima sembilan jahitan di kepala.

Katanya, selepas memastikan keadaan selamat dan perompak melarikan diri, dia terus menghubungi anaknya dan meminta menghantarnya dan bapa saudaranya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Mymetro

Bahana tegur

Admin | 5:24 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur seorang pengedar dadah menjalankan kegiatan, seorang pengurus syarikat cedera parah dibelasah sekumpulan lebih 15 samseng dan konco sindiket pengedar dadah terbabit yang cuba menunjuk kuasa.

Lebih mengejutkan apabila kumpulan penjenayah terbabit langsung tidak menghiraukan orang ramai yang memandang tindakan ganas mereka selepas suspek membuat huru hara di tingkat tiga sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang di sini, petang semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai, Low, 39, berkata, dalam kejadian jam 7.50 malam itu, dia sedang berniaga di pusat beli-belah yang terkenal sebagai lokasi menjual pelbagai alat telekomunikasi dan barangan komputer.

Menurutnya, dia yang selama ini tidak senang hati dengan kegiatan pengedaran dadah di pusat beli-belah itu menegur seorang lelaki yang dikenalinya kerana terbabit dengan aktiviti berkenaan.

“Saya menegur lelaki itu kerana dia sebelum ini kerap datang dan menjual dadah kepada kakitangan saya.

“Nasihat saya itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati apabila lelaki berkenaan berlalu pergi sebelum muncul semula beberapa minit kemudian.

“Saya terkejut apabila dia datang bersama-sama 15 rakannya lalu menyerang saya tanpa memberi peluang saya mempertahankan diri. Saya ditumbuk dan disepak di muka serta kepala,” katanya.

Dia berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu tidak berani membantu kerana bilangan samseng berkenaan terlalu ramai.

“Sebaik puas memukul saya, kumpulan samseng berkenaan meninggalkan saya dalam keadaan mengerang kesakitan. Saya bernasib baik kerana dibantu beberapa peniaga lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Kejadian serangan itu menyebabkan muka, mata dan seluruh tubuh saya lebam,” katanya.

Low berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee bagi memastikan individu bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pelajar berusia 17 tahun menjadi mangsa peras ugut sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan pisau.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Jumaat lalu, mangsa bersama dua rakan lain sedang duduk di bawah Stesen Monorel, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, sebelum tiba-tiba dihampiri tiga lelaki tidak dikenali.

Difahamkan, suspek berpura-pura berbual-bual dengan mangsa sebelum seorang daripada mereka dengan wajah selamba meminta mangsa dan rakannya menyerahkan RM10 setiap seorang.

Kumpulan penjenayah berusia 20-an itu mengugut akan menikam mangsa dengan pisau sekiranya mangsa enggan menyerahkan wang kepada mereka.

Suspek mengugut mangsa menyerahkan telefon bimbit menyebabkan mangsa ketakutan sebelum menyerahkan dua telefon bimbit dan wang tunai RM30. - Mymetro

Tujuh lelaki geng samun tepi jalan ditahan

Admin | 5:22 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki yang aktif melakukan jenayah samun tepi jalan, tidak sampai dua jam selepas mereka menyamun seorang mangsa di Kelana Jaya petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ketujuh-tujuh lelaki yang berumur antara 18 hingga 23 tahun itu ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang mangsa mereka di Seapark pukul 1 petang.

"Polis berjaya mengesan dan menahan kesemua mereka kira-kira pukul 2.30 petang, dan kumpulan ini dipercayai terlibat dalam 20 kes samun tepi jalan di sekitar Petaling Jaya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata turut dirampas bersama kumpulan tujuh lelaki itu ialah empat motosikal yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan samun, telefon bimbit dan parang.

Katanya kumpulan itu biasanya bergerak dalam kumpulan seramai tujuh hingga lapan orang dengan menaiki motosikal dan apabila ada peluang, mereka akan menahan mangsa, mengacukan parang, sebelum menyamun.

"Bagaimanapun tiada kes kumpulan ini mencederakan mangsa dan dari ujian air kencing yang dilakukan kesemua mereka negatif dari dadah," katanya dan menambah kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang ditahan kerja kerana rasuah, ditahan setelah melakukan jenayah ugutan dengan meminta wang perlindungan dari sebuah restoran di Sunway Desa Mentari.

Difahamkan lelaki berumur 30-an itu turut mencuri uniform seorang pegawai polis berpangkat ASP dan menggunakan uniform itu untuk melakukan jenayah tersebut.

Berikutan laporan polis yang dibuat pihak restoran tersebut, lelaki itu ditahan pada Sabtu lepas.

Arjunadi ketika ditanya mengenai perkara itu mengesahkan penahanan dan berkata lelaki itu ditahan reman sehingga 30 Sept, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Bekas mufti: 'Imam Wahabi pun diberhentikan'

Admin | 5:17 PM | Be the first to comment!
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertukaran atau pemecatan iman di negeri itu dibuat bukan berdasarkan aliran agama mereka, tetapi sebaliknya mungkin kerana masalah sikap.

"Dulu di zaman saya, Imam Sunnah pun pernah diberhentikan kerana terlalu kuat, keras dan garang dengan pandangannya. Masalahnya (mengenai) sikap," katanya yang baru baru pulang daripada cuti sabatikal di luar negara.

Dr Mohd Asri diminta mengulas dakwaan terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran imam Masjid Al-A'la, Behor Temak baru-baru ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Dr Mohd Asri turut didakwa menjadi pemula usaha pengembangan tersebut, yang kemudiannya diteruskan oleh penggantinya, Dr Juanda Jaya.

Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut.

Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Dr Mohd Asri menjelaskan, terdapatnya pelbagai faktor yang membolehkan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) menukar atau menamatkan perkhidmatan seseorang imam.

Masalah perbezaan aliran

"Mungkin masalah peribadi, macam-macam boleh jadi. Takkan majlis agama nak cerita perkara itu kepada media," katanya yang kini dilantik sebagai ahli mesyuarat MAIPs.

"Selama ini pun kita tidak ambil tindakan apa-apa. Ada iman buat (solat) tarawih 20 rakaat pun tidak ada apa-apa.

"Cuba kalau di Selangor, saya dengar dulu ada yang dikenakan tindakan apabila tidak buat (solat) tarawih 20 rakaat. (Negeri mana) yang mana lebih jumud?" soalnya.

Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Asri yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, oleh kerana Perlis mengamalkan fahaman tersebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, maka iman-iman terbabit dinasihatkan mengikutinya bagi tujuan penyelarasan.


Dr Mohd Asri - seorang tokoh agama yang terkenal degan kelantangannya - berkata, masalah perbezaan aliran di Perlis selama ini berpunca daripada sikap fanatik terhadap mazhab Shafie yang diamalkan secara meluas di negara ini.

"Masalahnya bermula apabila ada imam yang bersikap fanatik terhadap mazhab Shafie," jelasnya.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Aliran yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 itu turut popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Asas-asal fahaman aliran ini dikembanggkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dan tahyul dalam agama. Malaysiakini

Mufti Perlis cuti panjang?

Admin | 5:14 PM | Be the first to comment!
Kini tersebar berita yang mendakwa bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bercuti panjang mulai Khamis ini.

Berita tersebut semakin luas tersebar di negeri itu sejak kelmarin dan menimbul tandatanya di kalangan banyak pihak mengenai sebab beliau bercuti panjang.

Sumber-sumber yang rapat dengan pejabat mufti Perlis mengesahkan Dr Juanda akan bercuti mulai 1 Oktober ini.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sebab-sebab Dr Juanda bercuti.

"Apa yang dapat saya katakan ialah Dr Juanda akan cuti lama," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu beberapa rakan Dr Juanda, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, mereka difahamkan bahawa mufti Perlis itu bercuti untuk "menjalankan penyelidikan akademik" di sebuah universiti terkemuka di luar negara.

Seorang daripadanya berkata, mereka difahamkan Dr Juanda akan mula bercuti awal bulan depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Juanda berkata beliau sedang menghadiri mesyuarat dan minta menghubunginya semula.

Bagaimanapun, usaha menghubungi selepas itu tidak berjaya.

Dr Juanda, 37, dilantik sebagai mufti Parlis pada 3 Februari lalu, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang bersara mengejut kerana "tidak selesa dengan permainan politik" beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Sebelum itu, Dr Juanda merupakan timbalan mufti negeri Sarawak selama lima tahun.

Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak untuk berkhidmat di Perlis selama tiga tahun, sehingga Februari 2012.

Dr Juanda, anak kelahiran Igan dekat Sibu, menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

Sebelum itu, beliau menuntut di Kolej Islam Klang. - Malaysiakini

Malaysia haramkan filem 'Bruno'

Admin | 5:12 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia mengharamkan filem 'Bruno' arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia berkisar tentang kehidupan gay dan mempunyai adegan seks hubungan sejenis.

'Bruno' mengetengahkan pengalaman kehidupan wartawan fesyen gay dari Australia.

Seorang pegawai Penapisan Filem Malaysia berkata, filem tersebut tidak layak ditayangkan kerana bercanggah dari segi aliran cerita, gaya bahasa dan jenakanya.

"Ia diharamkan kerana ceritanya berkisar kehidupan gay... Terdapat banyak adegan seks di dalamnya," katanya. "Ia bercanggah dengan budaya kita."

Selain Malaysia, Ukraine juga turut mengharamkan filem tersebut manakala beberapa pegawai Austria juga mengkritiknya tetapi tidak tindakan diambil. - AP

Jabatan Penjara sudah ada pegawai untuk rotan Kartika

Admin | 5:11 PM | Be the first to comment!
KAJANG 29 Sept (Bernama) — Jabatan Penjara Malaysia kini sudah mempunyai pegawai terlatih dan bersedia untuk menjalankan hukuman sebat pada bila-bila masa terhadap bekas model pelancongan Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hukuman itu akan dilaksanakan selepas Jabatan Penjara memperoleh perintah daripada Mahkamah Syariah.

“Bagi Jabatan Penjara, apa sahaja hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah oleh mahkamah kita akan laksanakan, cuma tarikh dan waktu hukuman itu dilaksanakan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara di sini hari ini.

Kartika, 32 tahun, dari Sungai Siput, Perak didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11.40 malam 11 Julai tahun lepas.

Pada 25 Ogos lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman itu ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran dan pegawai terlatih untuk melaksanakan hukuman sebat itu mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh syariat.-Bernama

Seorang ahli geng pecah rumah ditahan, dua lagi bebas

Admin | 5:10 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA 29 Sept. – Seorang lelaki ditahan manakala dua lagi rakannya yang terlibat dalam kes pecah rumah melarikan diri ketika dikejar sepasukan polis berhampiran Plaza Tol Sungai Penchala di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, ketiga-tiga suspek cuba ditahan sepasukan anggota polis peronda di Laman Rimbunan Raya 1, Kepong namun sempat melarikan diri.

Bagaimanapun, kumpulan itu yang baru memecah masuk sebuah rumah dilihat berada di plaza tol itu sebelum polis menahan salah seorang daripada mereka. – Utusan.

Lelaki dua isteri dipenjara 15 tahun kerana merogol

Admin | 5:09 PM | Be the first to comment!
KUANTAN 29 Sept. – Seorang lelaki beristeri dua dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen 1 atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur Januari lalu.

Hakim Hassan Abd. Ghani menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Adam Syed Mohd., 37, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan.

Sebelum hukuman itu dijatuhkan, Hassan berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dalam kes rogol, mangsa akan mengalami trauma sepanjang hayatnya dan tidak akan tamat sebaik sahaja kesalahan ini selesai dilakukan. - Utusan

Lelaki menyamar pegawai polis cuba cairkan aset Datuk

Admin | 5:08 PM | Be the first to comment!
PULAU PINANG 29 Sept. — Polis sedang mencari seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan menipu pengurus sebuah bank bagi mencairkan aset bernilai RM2.3 juta milik seorang Datuk yang ditahan berhubung kes pengedaran dadah Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu pergi ke sebuah bank di Jelutong di sini dan menyamar sebagai Cif Inspektor dari Bukit Aman sebelum menyerahkan surat arahan bagi mencairkan aset Datuk terbabit.

Katanya, lelaki itu menyerahkan surat arahan yang didakwanya daripada bahagian Narkotik Bukit Aman supaya bank itu mencairkan aset milik Datuk berusia 40-an yang dibekukan sejak ditahan berhubung kes pengedaran dadah.

Beliau berkata, lelaki terbabit juga meninggalkan kad nama yang didakwanya milik pegawai atasannya berpangkat ACP di bahagian Narkotik Bukit Aman.

Roslee berkata, pengurus bank berkenaan bertindak menghubungi bahagian Narkotik Bukit Aman bagi mendapatkan kepastian mengenai arahan pencairan aset itu dan dimaklumkan tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk tujuan berkenaan.

Pada 29 Julai lepas, lelaki bergelar Datuk itu bersama enam lelaki lain ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan kira-kira sejuta pil eramin 5 bernilai RM20 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Sungai Dua di sini.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita pelbagai barangan milik mereka antaranya tujuh buah kenderan, wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, barangan elektrik dan jam tangan mewah yang kesemuanya bernilai RM3.5 juta.-Bernama

Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit

Admin | 10:41 AM | 1 Comment
KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

Menyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya. - Kosmo

Hari terakhir Ops Sikap 20: Korban meningkat 261 kes

Admin | 10:28 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.

Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.

Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans. BERNAMA

* Penguatkuasa yang GAGAL

Khalid: Selcat tidak akan dirombak

Admin | 10:26 AM | Be the first to comment!
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada rombakan prosedur atau keanggotaan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) buat masa ini.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam perbincangan tertutup hampir dua jam antara Menteri Besar, Barisan exco negeri, termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim; para pegawai daerah, yang dipertua pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat di Shah Alam malam tadi.

"Kita mendapat kesefahaman bahawa isu ini boleh diselesaikan antara kita dan mengambil langkah-langkah yang perlu diperbetulkan, yang lain untuk terus dikendalikan secara terbuka dan mempunyai akauntabiliti".

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata mesyuarat itu mengambil kira beberapa teguran dan cadangan supaya membolehkan komunikasi teratur antara pihak-pihak yang mengendalikan SELCAT dengan pegawai-pegawai kerajaan, lapor Bernama.

Menteri Besar berkata siasatan SELCAT tetap diadakan secara terbuka seperti yang diamalkan sebelum ini dan para pegawai kerajaan boleh dipanggil untuk memberi keterangan jika perlu.

Tidak ada (rombakan Selcat) sebaliknya ia akan diteruskan seperti yang diputuskan dalam sidang Dewan sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS).

Sebelum ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dilaporkan telah menegur perjalanan siasatan SELCAT yang dikatakan memalu dan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dipanggil memberi keterangan.

Kaedah soal siasat itu digunapakai semasa pendengaran awam mengenai siasatan penggunaan peruntukan bagi setiap anggota dewan undangan negeri Selangor sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Malah, Dr Hasan turut mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT dirombak bagi meningkatkan integritinya.

Abdul Khalid berkata, sebarang perubahan terhadap SELCAT perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan Negeri, jika perlu.

Beliau berkata sebarang perbincangan mengenai SELCAT tidak perlu dibincangkan dengan pihak luar.

Dr Hasan ketika ditemui berkata beliau menerima keputusan mesyuarat malam ini, tetapi enggan mengulas lanjut. - malaysiakini

Pertukaran imam: Penjelasan pengarah Jabatan Agama Islam Perlis

Admin | 10:24 AM | Be the first to comment!
Arahan pertukaran dua imam Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar, Perlis dibuat berdasarkan keperluan setempat, bukan kerana agenda mengembangkang fahaman Wahabi di negeri itu, jelas Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

"(Mereka ditukar) berdasarkan keperluan di sana. Kadang-kadang hendak sesuaikan dengan keadaan di tempat berkenaan.

"Kalau suatu kawasan itu tidak ada calon imam, kita kena ambil dari tempat lain yang ada sampai tiga imam misalnya. Tidak ada masalah," kata pengarah JAIPs, Malik Hussin, yang menandatangan surat pertukaran mereka.

Beliau diminta mengulas dakwaan terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran imam di negeri itu baru-baru ini.

Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut.

Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu

Difahamkan juga, kira-kira 200 penduduk di kariah tersebut turut menggantar memorandum bantahan kepada JAIPs berhubung perkara itu. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Tolak tanggapan

Selepas insiden di Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar itu, imam di dua lagi masjid - Majlis Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi - didakwa telah mendapat teguran dan bakal menerima nasib yang sama.

Menurut sumber, walaupun negeri berkenaan menerima Sunnah Perlis dalam undang-undang tubuh Perlis, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Malik berkata, dakwaan itu tidak betul dan salah sama sekali.

Beliau sekaligus menafikan terdapat usaha mengembangkan ajaran Wahabi melalui pertukaran imam masjid yang tidak sealiran dengan fahaman itu.

"Kita tidak paksa ikut. Tidak betul (dakwaan itu). Sejak dari dulu lagi kena ikut keputusan majlis (MAIPs). Ini dasar yang diputuskan pihak berkuasa agama," jelas Malik.

Beliau yang juga setiausaha MAIPs berkata, dalam enakmen syariah negeri itu, telah termaktub bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah diterima sebagai fahaman rasmi di negeri itu.

"Kena ikutlah keputusan majlis agama. Perkara ini tertakluk dalam undang-undang tubuh negeri," katanya.

'Kita beri nasihat'

Ditanya tindakan yang mungkin dikenakan jika terdapat iman yang engkar dengan perkara itu, Malik berkata: "Kita nasihatlah kalau tidak ikut. Semua negeri lain pun macam itu."

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima memorandum penduduk setempat yang tidak berpuas hati dengan penukaran imam di masjid tersebut.

Di Perlis, sejak dulu lagi, pertembungan antara pendukung Wahabi dan Mazhab Syafie sering berlaku ekoran negeri itu tidak mengamalkan mazhab fekah yang sama dengan negeri lain di seluruh Malaysia.

Perdebatan agama sentiasa tercetus apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Aliran yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 itu turut popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Asas-asal fahaman aliran ini dikembanggkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dan tahyul dalam agama. - Malaysiakini

Imam bukan Wahabi ditukar?

Admin | 10:19 AM | Be the first to comment!
Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.

'Tidak beri alasan pertukaran'

Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya.

"Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.

Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini.

Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.

Penduduk hantar memo

Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.

Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.

Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam. - Malaysiakini

Protes Penternak

Admin | 10:15 AM | Be the first to comment!
Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu.

28 September 2009

Isu Selcat: Hasan Ali perlu tegas menyatakan pendiriannya yang Islamik, kata Dr Asri

Admin | 11:56 AM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.

Menurut Dr Asri, kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu 'complacent' dan berani untuk buat apa sahaja yang akhirnya penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang baru.

"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

"Selama PAS menyatakan prinsipnya dan sikapnya yang Islamik, maka PAS akan dianggap berpendirian dan tidak hanyut dalam permainan politik semata,” jelas Dr Asri.

Sebelum ini, Hasan mempertahankan kritikannya terhadap tatacara Selcat dan menyifatkan kritikan itu sebagai satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor baru-baru ini.

Pendirian Hassan yang terus-terusan mempertikaikan isu Selcat telah mencetuskan polemik baru dan mendapat rekasi pelbagai dari beberapa pihak.

Namun, PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini, tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Hassan. Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga berpendapat usul supaya Hasan harus dikenakan tindakan cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat.

"Ianya bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau. Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin," jelas Nasharudin.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik. - Mstar

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Admin | 11:46 AM | Be the first to comment!
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".

Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.

Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbangkan tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. - Malaysiakini

* Selcat sombong, Selangor bakal jatuh semula ke tangan BN.

Nik Aziz jawab cabaran Ibrahim Ali

Admin | 11:45 AM | Be the first to comment!
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya. - Malaysiakini

Tangkap pencuri: Anak pelakon Norlia Ghani maut jatuh tingkat 7

Admin | 11:38 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Niat murni anak ketiga pelakon veteran, Norlia Ghani untuk menangkap pencuri di kawasan rumahnya di Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh akibat terjatuh dari tingkat tujuh, pangsapuri tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 petang ketika Edi Rizal Ramli, 32, dikatakan cuba menyeberang tembok koridor bagi menangkap pencuri yang bersembunyi di anjung sebuah rumah di tingkat itu.

Bagaimanapun tindakan Edi gagal apabila dia tergelincir dan jatuh ke bumbung sebuah rumah di tingkat dua sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh penduduk dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Menurut saksi, Mazlan Abdullah, 36, cubaan merompak oleh pencuri itu pada mulanya disedari oleh seorang pembantu rumah di tingkat tujuh yang kemudian menjerit meminta tolong.

Katanya, Edi dan beberapa penduduk bergegas keluar rumah dan cuba mencari penjenayah berkenaan.

"Bagaimanapun Edi yang mendapat tahu pencuri itu menyorok di sebuah rumah berlari ke tingkat tujuh.

"Dia kemudian bertindak menyeberang tembok koridor rumah berkenaan untuk menangkap pencuri itu tetapi terjatuh.

"Kami telah melarang dia daripada bertindak seorang diri tapi tidak diendahkan," kata Mazlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya, pencuri tersebut bagaimanapun dapat melarikan diri dalam suasana kelam-kabut itu.

"Ini bukan kali pertama mangsa cuba menangkap pencuri. Dia memang selalu menolong menangkap pencuri tapi tidak sangka kejadian kali ini akan berakhir begini," katanya.

Abang ipar mangsa, Zainal Abidin Saad, 54, berkata, ketika kejadian ibu mertuanya tiada di rumah kerana berhari raya di rumahnya di Ampang.

"Semasa kejadian hanya abangnya, Romi sahaja berada di rumah kami di tingkat empat.

"Sebelum ini Edi pernah dirompak dan beberapa barangnya dicuri. Mungkin itu menyebabkan dia berang dan terus mengejar pencuri tanpa berfikir tentang keselamatan diri," katanya.

Zainal berkata, Allahyarham menunjukkan beberapa kelakuan pelik seperti sering mencium ibunya dan tidur berdekatan ibunya.

"Edi juga meminta duit raya daripada kakaknya yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

"Mama ada memberitahu tentang sikap pelik arwah yang sering menciumnya dan mahu tidur berdekatan tapi kami fikir itu mungkin perkara biasa dan tidak langsung terfikir itu merupakan tanda-tanda arwah akan pergi meninggalkan kami.

"Dia juga ada bersalam dengan saya semasa hari raya dan meminta supaya dimaafkan segala kesalahan dan saya hanya fikir dia cuma bergurau sahaja," katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

Sementara itu pelakon Rusdi yang dalam keadaan sedih ketika ditemui berkata, beliau ada berjumpa Edi semasa Hari Raya Aidilfitri dan arwah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.

Edi merupakan anak ketiga daripada empat beradik hasil perkongsian hidup Norlia Ghani bersama Ramli Ismail. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Rusdi, Romiza, Edi Rizal, Emie Atkashina dan seorang anak angkat, Norlina. - Utusan

27 September 2009

16 maut Taliban bom Peshawar

Admin | 9:47 AM | 1 Comment
150 lagi cedera militan balas dendam pembunuhan pemimpin tertinggi

PESHAWAR: Dua letupan bom menyebabkan 16 orang terbunuh dan mencederakan 150 lagi dalam kejadian berasingan di barat laut Pakistan, semalam, beberapa hari selepas pergerakan Taliban memberi amaran akan melancarkan serangan berani mati jika tentera kerajaan terus menyerang mereka.

Letupan bom ketiga menyebabkan empat cedera di kawasan berdekatan sempadan Afghanistan itu yang tidak berada di bawah kawalan kerajaan Pakistan.

Sebutir bom diletupkan di luar sebuah bank yang sering dikunjungi askar di Peshawar, kata polis. Sepuluh maut dan 79 lagi cedera, kata pegawai kanan, Sahibzada Mohammed Anis.

Satu lagi letupan berlaku di sebuah balai polis di wilayah Bannu awal semalam menyebabkan enam orang terkorban dan mencederakan 70 lagi manakala letupan bom ketiga berlaku di bandar Gilgit.

Dalam kejadian di Bannu, ramai anggota polis tertimbus dalam kemusnahan itu, kata ketua polis, Mohammed Farid. Sekurang-kurangnya seorang yang maut itu adalah pegawai polis dan seorang lagi, pesalah yang ditahan dalam lokap.

Jurucakap Taliban, Qari Hussain Mehsud mendakwa kumpulannya bertanggungjawab atas pengeboman itu. “Kami memecahkan kesunyian selama ini memandangkan pihak kerajaan nampaknya seolah-olah tidak memahami penangguhan yang dipersetujui sebelum ini dengan menyerang kubu kami.

“Mulai sekarang akan ada banyak lagi pengeboman berani mati,” katanya. Dia menggesa orang awam supaya tidak berada berdekatan bangunan dan tempatan kepentingan polis dan pasukan keselamatan.

Serangan berlaku dua hari selepas Qari Hussain Mehsud memberi amaran bahawa kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan sudah bersedia untuk melakukan lebih banyak serangan selepas ia diusir dari Lembah Swat, Julai lalu, berikutan serangan tentera.

Qari Hussain Mehsud - yang dikenali kerana melatih pengebom berani mati Taliban - mengeluarkan amaran itu dalam temu bual dengan Associated Press di sebuah lokasi rahsia di Waziristan Utara, beberapa jam sebelum Amerika Syarikat menyerang kawasan berkenaan dan membunuh 12 orang.

“Kami mempunyai pengebom yang mencukupi dan mereka meminta agar nyawa mereka dikorbankan atas nama Islam, tetapi kami akan hanya menghantar pengebom jika kerajaan bertindak terhadap kami,” katanya.

Amerika sebelum ini melepaskan berbelas-belas peluru berpandu daripada pesawat tidak mempunyai juruterbang menyerang pe-mimpin tertinggi Taliban dan al-Qaeda di wilayah timur laut sejak tahun lalu, dan pada 5 Ogos lalu mengakibatkan kematian bekas ketua Taliban Pakistan, Baitullah Mehsud.

Serangan peluru berpandu Khamis lalu di kawasan perkampungan Dande Darpa Khel di Utara Waziristan mengorbankan 12 orang. Kawasan berkenaan dikenali sebagai kubu kuat Jalaluddin Haqqani yang dituduh dalang kebanyakan serangan ke atas tentera Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan. - AP

Lelaki Bangladesh gila seks parah dibelasah

Admin | 9:44 AM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga Bangladesh yang meminta khidmat seks daripada seorang wanita dengan bayaran RM50 menerima padah apabila dibelasah suami wanita tersebut di rumahnya di Kampung Tanjung Aler di Hulu Besut kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Roslan Hassan berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an cedera parah di kepala.

Katanya, mangsa telah dipukul dengan menggunakan sebatang kayu oleh suami wanita tersebut yang secara kebetulan pulang semula ke rumah selepas setengah jam keluar.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah, suami wanita itu mendapati warga Bangladesh itu duduk di ruang tamu rumah sambil memegang tangan isterinya.

"Dia yang terkejut melihat lelaki itu telah mengambil sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter lalu memukul kepala mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Roslan, mangsa yang cedera di kepala telah melarikan diri dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah tapak pembinaan berhampiran kawasan tersebut mengalami kecederaan retak di dahi, cedera di bahagian mulut, hidung dan bibir.

Jelasnya, siasatan awal mendapati ada kemungkinan wanita berusia 30-an itu pernah menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM50 kepada rakan mangsa.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 324 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan," katanya. - Kosmo

Penyamun pulangkan wang, barang kemas RM14,000

Admin | 9:40 AM | Be the first to comment!
ALOR SETAR - Seorang peniaga runcit lega apabila wang tunai dan barang kemas isterinya bernilai kira-kira RM14,000 yang dilarikan penyamun dipulangkan semula selepas sejam kedainya di Pasar Besar di sini disamun semalam.

Sebelum itu, pada pukul 8.30 pagi, Mohd. Fauzi Syarif, 50, telah mengejar penyamun itu hampir satu kilometer di sekitar pasar itu bagi mendapatkan balik wang hasil perniagaannya selama empat hari.

Bagaimanapun, dia gagal menangkap penyamun berkenaan kerana berjaya melarikan diri dengan menggunakan kereta yang menunggu di luar pasar.

Namun, nasib masih menyebelahi Fauzi apabila sejam selepas itu, dia terlihat beg tangan isterinya yang dilarikan itu 'tersadai' di dalam pasar beberapa meter dari kedainya.

"Penyamun lelaki itu pada mulanya menyamar sebagai pembeli dan apabila saya dan isteri sibuk melayan pelanggan, dia masuk ke dalam kedai dan mengambil beg tangan isteri di kaunter," ujarnya.

Fauzi yang juga Pengerusi Pasar Besar Alor Setar berkata, penyamun itu hanya mengambil wang tunai RM1,000 selain buku bank dan kad insurans.

"Kejadian ini kali pertama berlaku di kedai saya dan saya syak penyamun itu warga Indonesia melalui cara dia bercakap ketika berpura-pura hendak membeli barang," jelasnya. - Kosmo

Barang kemas timbul dari tanah

Admin | 9:33 AM | Be the first to comment!
TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.

Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu.

Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan.

Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.

Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut.

Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.

Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja.

"Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya.

Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam.

Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun. - Kosmo

Mahfuz jumpa MB selesai masalah air Pokok Sena

Admin | 9:31 AM | Be the first to comment!
POKOK SENA, 26 Sept: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan bertemu Menteri Besar Kedah bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang dialami penduduk di sini.

Pertemuan itu juga bagi memohon kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sekiranya melihat kemungkinan paip sedia ada perlu diganti.

"Masalah ini sudah ada dalam pengetahuan kerajaan negeri, saya akan jumpa Menteri Besar minta selesaikan segera masalah ni, mungkin perlu keluarkan peruntukan ganti paip lama itu." katanya ketika dihubungi.

Sebagai ahli parlimen bertanggungjawab, beliau juga memaklumkan telah berbincang dengan Pegawai Daerah meminta lori yamg menghantar bekalan air diperbanyakkan untuk dihantar sehingga ke hujung kampung.

"Saya dah berbincang dengan DO (Pegawai Daerah) Pokok Sena, minta perbanyak lagi lori masuk hantar air sampai ke dalam," katanya lagi.

Kira- kira 5,000 penduduk membabitkan enam buah kampung di daerah ini dilaporkan terputus bekalan air bersih sejak 10 hari lalu.

Antara kampung itu Kampung Bukit, Batu 20, Hujung Bendang, Batu 18 dan Bendang Baru

Penduduk juga telah mengemukakan beberapa aduan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) di Kuala Nerang dan Alor Setar namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terbabit.

Mahfuz dalam pada itu turut mengakui JBA lambat betindak sehingga masalah sejak setahun lalu itu semakin serius dua minggu kebelakangan ini.

Ekoran kelambatan itu, ada di kalangan penduduk terpaksa menggali telaga sendiri dan menggunakan air yang kurang bersih.

"Jabatan Bekalan Air pun agak perlahan dalam tindakan mereka, saya akan jumpa mereka dan mintak pusatkan penghantaran lori air di masjid atau surau, senang sikit masyarakat kampung datang angkut.

"Mereka ada masalah dengan sistem paip yang agak lama, tekanan pun rendah dan tidak boleh nak lepas air dengan tekanan kuat, takut paip pulak pecah," katanya. - Harakahdaily

Gertak pemandu secara elektronik untuk kawal kemalangan

Admin | 9:24 AM | Be the first to comment!
Penguatkuasaan dan pemantauan yang lancar menerusi kaedah elektronik secara 24 jam sehari sepanjang 365 hari setahun di kawasan-kawasan strategik mampu mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dan berhati-hati ketika di jalan raya.

Pakar rujuk Kementerian Pengangkutan mengenai keselamatan jalan raya Prof Dr Khairi Mohd Dimyati berkata kaedah pemantauan elektronik yang ketat akan membuatkan pemandu lebih berjaga-jaga dan takut untuk melakukan kesalahan apabila merasakan setiap pergerakan mereka diawasi pihak berkuasa.

"Tujuan utama kaedah elektronik ini bukan untuk menangkap pemandu yang buat salah tetapi untuk memberitahu pemandu mengenai kehadiran pihak penguatkuasa atau melahirkan konsep yang dipanggil "tanggapan akan ditangkap" (POBC) di kalangan pemandu.

"POBC bermaksud bila kita memandu kereta kita akan rasa seseorang atau sesuatu memerhatikan kita supaya memandu secara berhati-hati dan tidak melanggar peraturan jalan raya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kaedah pemantauan elektronik itu sudah terbukti berkesan dan diguna pakai oleh hampir 90 negara di seluruh dunia terutamanya di negara-negara maju.

"Kaedah ini diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 80 hingga 90 peratus di negara ini kerana pemandu akan lebih berhemah dan seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.

Khairi berkata pelaksanaan sistem itu juga dijangka dapat merealisasikan pelan jangka panjang kerajaan mencapai sasaran dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar menjelang tahun 2010.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof pula mengakui kaedah itu mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi sikap dan mentaliti sesetengah pemandu yang gemar melanggar undang-undang jalan raya itu sendiri perlu diubah.

"Kaedah elektronik ini sebenarnya hanya menggantikan manusia, masalahnya tempat yang ada kawalan tentu pemandu ini akan patuh tetapi bagaimana pula tempat yang tiada kawalan.

"Segala peraturan dan undang-undang untuk mengelak kemalangan di negara ini saya rasakan sudah mencukupi, pokok pangkalnya sikap pemandu itu perlu berubah dan memandu mengikut peraturan lalu lintas.

"Kalau kita naikkan kadar denda (bagi kesalahan memandu laju) melebihi RM300, nanti ramai pula yang tak bayar denda, jadi yang penting ialah pemandu perlu patuh kepada undang-undang," katanya.

Bekas ketua pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pelaksanaan sistem itu penting jika ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan bukannya semata-mata untuk meraih keuntungan melalui saman yang dikeluarkan.

"Benda ini menjadi salah jika digunakan untuk meraih keuntungan, jika kita lihat di United Kingdom misalnya pengguna jalan raya mengalami masalah dan merasa tiada privasi berikutan terlalu banyak kamera diletakkan sebagai pengawasan," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan itu juga seharusnya berlandaskan konsep 4W 1H iaitu apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana untuk dikuatkuasakan.

"Semua benda harus dititikberatkan bukan hanya melaksanakan sistem itu di mana-mana sahaja, contohnya seperti lokasi yang tepat iaitu di kawasan yang padat dengan aktiviti orang ramai, di sekolah dan pasar supaya pemandu tidak memandu laju," katanya.

Radin Umar berkata denda sebanyak RM300 atas kesalahan memandu melebihi had laju pula sudah memadai jika ia dijalankan secara konsisten.

"Kita tak boleh bandingkan dengan negara-negara lain yang saman memandu laju mereka lebih tinggi kerana taraf hidup mereka berbeza namun kita haruslah konsisten dan hapuskan sistem rayuan atau diskaun.

"Saman ini sama seperti bila kita mahu menghukum anak, kalau kita berlembut maka ia tidak akan memberi pengajaran kepada mereka," katanya.

Sementara itu, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye pula meminta kerajaan merancang kempen keselamatan jalan raya yang lebih inovatif terutamanya pada musim perayaan di samping mewujudkan
satu budaya keselamatan jalan raya.

Beliau berkata keberkesanan Ops Sikap juga harus dikaji semula untuk mengenal pasti sama ada kempen itu benar-benar mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.

Lee turut mencadangkan penganjuran kursus pemanduan cekap, selamat dan berhati-hati oleh setiap majikan bagi memastikan keselamatan pekerja mereka.

"Sehingga akhir tahun lepas daripada 50,000 kes kemalangan di tempat kerja, 25 peratus daripadanya melibatkan kemalangan penunggang motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja," katanya. BERNAMA

* Mentaliti polis menjalankan penguatkuasaan jalan raya perlu lebih dahulu diperbetulkan. Belajarlah bagaimana negara maju mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Yang pasti negara maju tiada menunggang motosikal kecil.

Pemeriksa PBB akan lawat lokasi nuklear baru Iran

Admin | 9:23 AM | Be the first to comment!
TEHERAN 27 Sept. - Iran akan membenarkan agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memeriksa kemudahan uranium diperkayakan yang baru didedahkan tetapi masih belum siap.

Ketua nuklear Iran, Ali Akbar Salehi bagaimanapun belum memberi perincian bilakah pemeriksa daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa boleh melawat tempat itu.

Katanya, masa lawatan akan dibincangkan dengan pemerhati PBB itu.

Kemudahan bawah tanah yang dikawal ketat itu dikatakan terletak di kawasan pergunungan gersang berdekatan dengan bandar suci Qom. - AP

26 September 2009

Polis tahan tujuh lelaki disyaki belasah penagih sehingga maut

Admin | 5:08 PM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU- Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki membelasah seorang penagih dadah sehingga mati selepas penagih itu dipercayai mencuri, di Kampung Alor Tembesu di Dungun awal pagi semalam.

Ketua Polis Terengganu ACP Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata antara yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kes itu ialah pelatih polis, anggota tentera, anggota polis bantuan Petronas, dan penuntut institusi pengajian awam.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi semasa seorang pelatih konstabel dari Pusat latihan Polis (Pulapol) pergi kerumah ibu angkatnya di Kampung Sura Gate, Dungun bersama sekumpulan rakan-rakannya.

"Apabila tiba mereka ternampak seorang lelaki berumur 24 tahun di luar rumah itu dalam keadaan mencurigakan, dan mereka mengesyaki dia adalah pencuri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya kumpulan lelaki itu kemudiannya mengejar penagih berkenaan sehingga ke Kampung Alor Tembesu, kira-kira 170 meter dari Kampung Sura Gate, dan membelasahnya.

Mohd Shukri berkata akibat dibelasah, lelaki itu pengsan selepas mengalami kecederaan parah di kepala, mulut serta calar-calar di bahagian perut, dan dia meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

"Bedah siasat mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Alor Tembesu itu meninggal dunia akibat keretakan serius di tempurung kepala," katanya.

Beliau berkata semua suspek yang berumur antara 20 dan 25 tahun dari Dungun itu ditahan reman selama enam hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Katanya polis masih mencari seorang lagi lelaki yang sudah dikenal pasti identitinya untuk membantu siasatan. - BERNAMA